Di mana etika/ adab manusia?

Suatu ketika, salah seorang guruku yang daku hormati dan segani telah berkata,

“Ada orang dia hidup bersama masyarakat, bergaul bersama masyarakat, berkata-kata dan berkerjasama dengan masyarakat. Sedangkan kita yang berada di sini tidak sebegitu. Mereka berfikir dengan dasar keintelektualan dan menjadikan pemikiran ini sebagai sumbangan kepada masyarakat.”

“Oleh itu, tidak wajar menjadikan perpecahan atau ketidak sefahaman hanya kerana bidang dan pemikiran yang berbeza. Masing-masing ada sumbangan, masing-masing ada kekuatan. Gunakanlah untuk bersatu, bukan nak menindas atau suka-suka mengatakan  mereka sesat, tak bagus, kritik sepanjang masa, dan lain-lain.”

Setuju.

Daku cukup suka dan segan dengan guruku ini. Malah, sepanjang daku bersama dengan beliau, beliau banyak menyuarakan sesuatu isu dan melihat di sebalik isu yang terpampang di depan mata orang lain.

Beliau seorang yang berpandangan luas dan menepati kedudukan wajar gaya pemikiran Islam berfikir. Tidak sekadar berilmu, tetapi tak tahu menilai kebolehan orang lain, seperti orang lain.

Pemikirannya jua terbuka. Banyak membantu dan sentiasa mengajar anak muridnya agar sentiasa berdepan dengan kehidupan, bukan sekadar teori pembelajaran.

Bagiku, beliau guru terbaik yang daku temui setakat ini. Di sebalik kelembutan dan toleransi beliau, tergambar kepimpinan dan wibawa yang manusia otak pendek tak dapat nak menilai ia.

Jika diizinkan Allah untuk daku sentiasa berkhidmat atau menjalankan sesuatu urusan dengan guruku, semoga Allah mudahkan dan memilihku.

Malah, ini pilihan Allah untuk daku belajar dengannya. Pilihan yang perlu daku tempuhi cabaran, rintangan, dan ujian, agar daku tahu dan faham ini pilihan Dia, dan kuat sentiasa daku memandang pemberian Allah kepadaku, di sebalik setiap peristiwa. Bukan sekadar komunikasi atau pertemuanku sesama manusia.

Benar, kelemahan dan kekurangan setiap orang mempunyainya. Daku tetap akui dan terima ia sebagai ujian untuk daku menghadapinya dengan hikmah dan pertolongan dariNya.

 

Kembali pada perbualan tadi.

Isunya mengenai pergerakan, perkumpulan, dan jemaah yang wujud, khususnya di Malaysia kini.

Banyak pergerakan di Malaysia ini. Macam-macam lah. Tetapi tumpuan diberikan kepada pergerakan Islami.Misalnya, PAS, ABIM, ISMA, IKRAM, JIM, DAKWAH TABLIGH, dan lain-lain.

Kata beliau, “Setiap pergerakan ada identiti dan manhaj tersendiri. Jadi, manhaj yang berbeza tidak wajar mengkritik mengikut manhaj yang dia ikuti.”

“ Lihat, Imam Syafie dan Imam Ahmad saling berbeza manhaj fiqhnya, tetapi tidak menunjukkan sebarang pertikaian atau saling menyalahi. Malah, saling menghormati dan segani ijtihad antara satu sama lain. Yang berbalahnya, orang yang taksub dengan mazhab, tetapi tak beramal dengan cara pengasas mazhab masing-masing.”

 

Begitulah. Ini antara edited dialog yang daku ingati. Cerita ragam manusia tak akan habis sampai bila-bila. Pengajarannya, buatlah apa-apa yang menarik di fikiran dan suka di mata, tetapi jangan sekali-kali melanggar perintah Allah dan RASulNya.

*********************

 

Ada satu lagi perkara yang membuatkan daku tergerak di sini. Tujuannya, untuk semua orang sama-sama berfikir akan masalah yang melanda umat ini.

Iaitu, adab dan etika tak pernah lagi dipeduli.

 

“Loh…. pentingke etika? Orang seakrang tak penting itu semua. Yang penting kejar matlamat, dapat result, kerja, anak, isteri, pendapatan baik, dan semua baik, cukuplah. Tak perlu etika-etika ini.”

Ya… inilah dalam pemikiran orang sekarang. Yang penting, kejar matlamat dan tujuan. Selain daripada itu, tak payah dipeduli.

 

Mengapa etika/adab tidak dipeduli?

Daku pernah mengajar di sebuah sekolah. Antara topik pengajaranku ialah subjek pendidikan Islam dan sivik.

Ok. Pendidikan Islam boleh tahan lagi. Bab sivik, ini yang agak payah.

Kenapa?

Sebab pendidikan Islam ada peperiksaan dan penilaian. Sivik? Tak ada. Sekadar lulus untuk lepas PMR atau SPM.

Pada tahun tersebut, mula diperkenalkan sistem PBS, iaitu satu sistem pembelajaran yang berterusan. Jadi, orentasi peperiksaan tidak lagi diamalkan, guna sistem penilaian dari semasa ke semasa. Syarat peningkatan pencapaian bergantung pada guru. Guru nilai bagus pencapaian akhlak atau kemahiran, maka dia dapat gred bagus.

Lebih kurang macam itulah. Tujuannya hanya satu, agar pelajar-pelajar masuk dalam kepala dan amal/mahir apa yang dipelajari dengan buat pelbagai aktiviti. Ya, itulah matlamat utama.

Dan, yang susah di sini… para guru. Jadi, para guru dapat tambahan gaji. (hahah…. macam kena suap untuk diam.)

 

Akar masalah

Permasalahan yang paling nyata di sini, bukan guru. Tetapi pelajar.

Guru memang tugasnya datang nak mendidik di sekolah. Masanya belajar dulu pun untuk mendidik agar pelajar tahu ilmu-ilmu dekat alam ini.

Tetapi, pelajar datang di sekolah bukannya bawa otak sahaja, tetapi personaliti yang makin rosak sekali.

Jadi, pihak kementerian mula buat kajian masukkan bab sivik agar ada kesedaran di kalangan masyarakat akan perihal ini.

Masalahnya,

Sivik itu bukan tugas seorang guru nak ajar. Tetapi, tugas ibu bapa nak ajar anak-anak dia.

Bila guru ajar sivik, kepala budak-budak dok nampak periksa. Padahal tak ada peperiksaan SPM untuk sivik. (Kalau masuk periksa, tetap di atas buku dan kertas, bukan amali).Jadi, tak payah lah nak ambil peduli.

Kalau ibu bapa yang ajar sivik, maka tak ada peperiksaan. Bila tak ada peperiksaan, maka belajar sivik ini kena berterusan. Bila perkataan berterusan, ini tanggungjawab ibu bapa nak ajar, bukan sekadar medan peperiksaan.

Pendek kata,

Kementerian kena  buat usaha ajar sivik pada ibu bapa. Kemudian, ambil periksa mak ayah ini, bagaimana mereka ajar sivik kat anak-anak.

Jika tak berjaya, potong gaji mereka. Kenapa potong gaji? Sebab orang Malaysia tak boleh tidur kalau tak ada duit!

Tiap-tiap hari sibuk kerja. Pukul 6 bangun bawa kereta, pukul 6 petang balik. Esok buat perkara yang sama.

Inilah masalah ibu dan ayah, tak belajar sivik nak ajar anak-anak. Kesannya, lahirlah kalangan pemuda pemudi yang tak tahu etika, sibuk urusan diri sendiri, dan tak langsung perihal agama (masing-masing).

 

Agama dan sivik.

Hakikatnya,

Orang yang beragama ini dia tahu hal sivik. Orang yang tak faham agama, tak peduli dan ambil tahu tentang sivik.

Mana-mana agama, kecuali agama batil dan zalim.

Islam cukup pegang akan perkara sivik @adab @ etika ini. Tetapi, salah letak tempat nak belajar, iaitu di sekolah bukan di rumah.

Pendek kata,

Hari ini, selain daripada orang Islam (alhamdulillah… walaupun makin kencang kemunduran agama dalam ummat, masih tahu maruah agama dalam diri) dah tak nampak gaya tak pertahan maruah agama masing-masing. Minta maaf, daku tak nampak di mana nilai agama kalian berdasarkan penganut masing-masing.

Semua nampak sama. Tiada beza. Cuma bangsa India masih lagi terjaga. Dan, sepanjang pergaulan dan ajarku di sekolah lalu, nampak agama di bangsa India ini masih tersemat di jiwa mereka. Datang sekolah masih pakai calet di dahi mereka. Malah, ibu dan ayah orang India lebih nampak keutamaan mereka pada keluarga. Sentiasa pagi-pagi datang dan permufakatan sama-sama.

Bangsa cina, ini agak materialisma. Mudah terpengaruh budaya manusia dari menjaga kepentingan agama. Lihat, mana-mana bank, rumah, atau kereta, rajanya ialah bangsa cina. Walaupun berpakaian lusuh, dalam bank mereka berharta. (Ya harta. Kalaulah mereka kenal harta di akhirat sana untuk orang yang menyembah Allah, dan balasan mereka di dunia ini, pasti mereka tak akan lepas punya. Namun, hidayah itu dari sisi Allah. bukan manusia.)

Sivik itu ialah agama. Tak sivik itulah dunia. Nak kenal sivik, kembalilah kepada agama masing-masing. Tak kenal dunia, buang maksud sivik dari diri anda.

 

Formula dunia,

Tiada batasan. Globalisation. Tanpa sempadan.

Selagi ada sempadan (sempadan dunia= amalan agama)… selagi itu anda tak akan kenal dunia. Tak ada jiwa dunia.

Akhir kata,

Dunia yang dikejar tetap akan pergi. Tunggu…. tunggu….. dan tunggulah apa yang bakal terjadi lepas kita semua melepasi alam dunia ini.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: