Antara kesedaran dan kefahaman.

Ada sesuatu yang daku sangat menilai sehingga ke hari ini.
Suatu perkara yang mana…. sebelum ini tak pernah wujud dalam hidupku. Sikit pun tak ada dalam fikiran dan hatiku. Sikit pun tak pernah faham ‘benda’ ini wujud dan boleh berlaku.
Sungguh… daku sendiri pun tak tahu bagaimana ia boleh wujud dan nyata keberadaannya. Tambah lagi Allah membuktikan ‘ada’ dan memang ‘ada’, kini daku dengan 100% sudah dah boleh nafi langsung keberadaannya!

Ah…. sulitlah barangsiapa yang nak faham apa yang akan daku bagi tahu di sini. Melainkan… orang yang cukup kenal dan faham siapa aku dulu dan kini.

…Alkisah….
Daku bagi tahu terus terang…. ini kisah dan kuasa Allah. Bagi sesiapa yang tidak tahu nilai iman dan takwa, kalian tidak akan faham apa benda yang daku katakan di sini.
Ia abstrak, subjektif, tak nampak, ghaib, dan terlalu umum. Tak ada kayu penilai dengan sebarang jenis teknologi dan kecanggihan hasil buatan manusia kini.

Satu perkara saja….. Satu perkara saja……
Dan satu perkara ini cukuplah bagi Allah SWT menguasai ia.
Benar! Ini sahaja!

Itulah Hati. Itulah Hati.
Ya… H-A-T-I. Hati.

Barangsiapa yang benar-benar menjaga nilai dan kebersihan hati, dia akan tahu bagaimana Allah sangat memerhatikan apa yang terdetik dalam hati, bagaimana Allah tambah ilmu di hati, bagaimana Allah memberikan kefahaman berdasarkan kewujudan hati, dan bagaimana Allah meneguhkan atau membolak-balikkan hati.

Apabila semua orang merenung akan hati (bahasa Inggeris = heart, bahasa Arab = qalb/fu’ad/ lubb, bahasa melayu sains = jantung), maka kalian akan faham mengapa Nabi Muhammad s.a.w sentiasa dan banyak berdoa dengan doa ini, iaitu
Doa ketetapan hati.

416897_128724130586421_100003465055006_119165_1319823972_n1

Cukuplah Allah memberikan aku pengetahuan tentang perkara hati ini. Sekadar nilai sebuah hati, daku semakin kuat keyakinan pada Allah, dan mengapa Allah menetapkan sesuatu peristiwa padaku secara tidak disangka-sangka akan ia.

Benarlah…. sekiranya seseorang itu mengenal Allah, dia mesti kenal di mana kedudukan hatinya pada Allah.
Benarlah…. sekiranya seseorang itu mengaku mencintai dan yakin pada kekuasaan Allah, dia mesti membuang sebarang kecintaan pada harga (dua puluh sen naik) dunia dan seisinya.
Benarlah….  seseorang itu adalah jahil + dungu bila mengatakan taat pada Allah, sedangkan hatinya tidak memandang pada Dia. Hal ini kerana permulaan sifat taat apabila hati itu tunduk menyembah dan berserah kepada Allah, menandakan kerendahan kedudukan dirinya, dan dia tidak ada apa-apa melainkan Allah yang sentiasa bersama denganNya.

Daku tidak dapat mengolah banyak akan perkara ini. Takut Dia tidak suka, sedangkan daku menulis keranaNya.
Cuma,
Barangsiapa yang yakin pada Allah, maka anda tahu apa yang daku nukilkan di sini, dan keajaiban hati tersirat yang sangat perlu dikata dan dipelihara dari perkara yang Dia redha atau tidak diredhai.

Wallahua’lam. Agak sibuk dengan kerja itu ini, di samping agama Allah yang sentiasa di hati.

(Sedikit nasihat. –walaupun tak selalu amal- doalah sentiasa akan doa itu. Kerana manusia tidak ada kuasa menguasai akannya, dan Allah terlalu dan sangat berkuasa menguasai akannya).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: