Terlalu luas dan berterusan!

Hari demi hari terus berlalu….
Tak tahu lah nak kata, sedar atau tidak pada seseorang,
Yang mana masa itu sentiasa bergerak dan meninggalkan setiap manusia.
Bersedia atau tidak, peduli atau tidak, masa tetap akan pergi dan tidak akan kembali.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran (al-Asr: 1-4)

Allah s.w.t menyatakan setiap manusia itu dalam kerugian. Kecuali pada empat jenis orang:
1 Orang yang beriman
2 Orang yang beramal soleh
3 Orang yang berpesan dengan perkara benar
4 Orang yang berpesan dengan sifat sabar.

Sebahagian ulama’ menyatakan, bukan salah satu dari empat jenis kategori manusia ini yang tidak rugi, sebaliknya orang yang beramal dengan empat perkara ini yang tidak rugi.

Jika demikian, ramai lah yang berada dalam kerugian?
Benar. Ramai yang rugi. Kerana itu digunakan perkataan “al-Insan” yang menggambarkan kuantiti manusia yang ramai, bukan “al-Mukminun” atau “al-Muttaqun”, yang menjelaskan golognan atau kuantiti yang tertentu, bertambah lagi kualiti yang tertentu.

Oleh hal demikian, adalah penting seseorang yang rasa akhirat itu lebih dan sangat lebih baik daripada kehidupan di dunia ini, perhatikan dan beramal dengan ayat al-Quran ini. Semua orang yang suka pada kehidupan yang sementara, sempit, serabut, pentingkan diri sendiri, tak peduli kepentingan agama, tak peduli amal nak bawa lepas mati, tak sedar akhirat itu pasti, tak terbayang akhirat itu selama-lamanya, akan sentiasa berada dalam golongan yang rugi. Sedangkan mereka yang bukan dari golongan ini, dan beramal dengan empat perkara ini akan menjadi hamba Allah yang berjaya, di dunia dan akhirat sana.
———————-
Hari demi hari terus berlalu….
Berterusan daku mengukir dan membaitkan kalam-kalamku di sini.
Kalam dari hati di sanubari, kadang-kadang dikurniakan petunjuk dan ilham, kadang-kadang saja ikut perasaan dan akal fikiran.

Tetapi, apabila daku kata dan nukilkan tentang ketuhanan, bukanlah daku sembang kosong atau sekadar pandangan.
Ia benar dan nyata. Tetapi tak semua orang akan tahu, kenal dan faham akannya.

Sebab itulah,
Setiap kali daku menulis, banyak kali cuba selidik hasil yang telah ditulis. Jika berkata tentang Dia, lagilah daku selidik, takut terlalu terlebih atau terkurang sehingga mendatangkan kerosakan.
Masa dan jangkaannya.
Masa Allah itu…
Terlalu luas dan berterusan!

Apakah maksudnya? Maksudnya Allah itu tidak memerlukan masa untuk menyatakan kehendakNya. Tetapi Allah mencatitkan nilai masa dan peredarannya, agar manusia (tumpuan: orang beriman) berfikir akan kekuasaanNya.

Perhatikan. Setiap perkara di dunia ini ada jangka hayatnya. Pokok, haiwan, tumbuhan, ikan, sotong, dan lain-lain ada masanya yang tertentu. Masanya telah ditetapkan dan tidak lagi dapat diubah.
Hatta pada diri jin dan manusia. Mereka semua mempunyai masa dan jangka hayatnya. Apabila telah tamat masa dan sampai akhir hayatnya, mereka akan menjadi semakin lemah dan meninggalkan kehidupan ini.

Tetapi, masa setiap jenis makhluk itu tidak sama.
Ada sesetengah makhluk itu masanya sangat lama, seperti masa untuk benda yang besar peranannya, seperti bumi, matahari, bulan, bintang, galaksi, daratan, dan lautan. Benda-benda besar dan banyak kegunaannya ini Allah berikan masanya sangat lama.
Manakala benda-benda (atau jenis makhluk) yang sangat banyak, kecil-kecil, peranannya sikit, tidak konsisten dalam memberikan fungsinya, maka masanya terlalu singkat dan pendek. Ada yang sekadar beberapa saat, minit, jam. Ada yang sehingga berhari-hari dan bertahun-tahun. Ada yang sampai puluhan tahun. Ya. Sampai itu sahaja.

Antara yang paling lama jenis makhluk kedua ini ialah pokok (bukan tumbuhan aka buah atau sayur). Hal ini kerana pokok itu banyak peranan dan kegunaannya. Sentiasa konsisten dalam memberi dan sentiasa memberikan manfaat kepada banyak benda lain di sekelilingnya.

Suatu analisis.
Sekiranya seseorang itu sedar akan perkara ini,
Dalam disimpulkan dua perkara.

Perkara pertama ialah berkenaan masa yang setiap orang ada. Kedua, bagaimana nak mengira atau berkira dengan masa yang kita ada, boleh menghasilkan sesuatu output yang terus berganda, setelah tamat hayat kita di dunia ini.

Berkenaan perkara pertama, setiap orang kena sedar kewujudannya. Tak boleh tidak, seseorang kena sedar dia ada masa tertentu untuk kehidupannya. Sampai bila? Itu tidak diketahui, tetapi yang pasti umat Nabi yang terakhir ini mengikut riwayat sekadar antara 60-70 tahun sahaja.

Ya. Terlalu singkat. Sekiranya seseorang merancang atau merencana untuk hidup lebih usia ini, nescaya anda menjadi orang yang terlalu tercela dan rugi.
Ketika itu harta anda sudah tak nilai untuk anda terus genggam dan pegang. Anak isteri tidak lagi bersama, rapat, dan sentiasa berkasih sayang. Kesihatan anda mula meruncing. Kekuatan tubuh badan mula menurun. Anggota tubuh mula nampak suram.

Jadi, rugilah barang siapa ingin menguruskan masanya pada ketika ini. Belum lagi beritahu kerugian yang akan menimpa pada diri orang ini apabila dikaitkan dengan orang lain.

Output yang berterusan.
Perkara kedua ialah output yang berterusan.

Apabila masa terlalu singkat, tak boleh rancang terlalu banyak masa, jadi bagaimana nak bina output atau hasil yang lebih baik?
Jawapannya, lihat pada perbezaan usia jenis makhluknya. Telah diterangkan, makhluk yang besar peranan, mempunyai banyak peranan, memberikan banyak fungsi dan manfaat, mereka mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

Oleh itu, wahai tuan dan puan sekalian,
Untuk masa yang singkat, tetapi output yang lama,
Anda perlu jadi seperti mereka.

Manfaatkan masa yang masih ada dengan beramal. Ya, BUAT AMAL.
Amal ini ialah amal kebajikan. Seseorang yang sentiasa memberi kebajikan. Banyak memberi kebajikan, sentiasa memberi kebajikan, dan masyarakat sentiasa menerima kebajikan darinya, maka output anda adalah berganda dan terus berganda.

Tak kira. Jika untuk dunia, output itu berganda di dunia. Jika untuk akhirat, ouput itu akan berganda di sana.

Tetapi, akhirat itu ada sistem dan strategi yang sangat berbeza dengan output dunia. Jika diguna pakai dan sentiasa digenggam sistem ini, anda orang yang paling beruntung sekali.

Sistem itu bermula dengan perintah Allah (lihat al-Quran) dan sunnah Rasulullah (rujuk setiap hadith. Lihat kepentingan dalam setiap amalan). Kemudian, guna masa hidup atau masa yang ada ini pada 4 perkara sahaja, iaitu

Beriman, beramal soleh, berpesan/mengingati kepada kebenaran, dan berpesan/ mengingati dengan sifat penuh kesabaran.

Allah perlukan masa?
Ok. Baik. Dah terlalu jauh.
Soalan terakhir, adakah Allah perlukan masa?
Jawapannya…
insyaAllah artikel yang lain kelak.

Semoga sentiasa sihat sejahtera dan gembira, moga sentiasa dipelihara dan dirahmati Allah bersama keluarga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: