Monthly Archives: Oktober 2013

Masa yang bermanfaat.

 

Alhamdulillah… segala puji bagi Allah kerana telah memberikan daku masa yang bermanfaat. Masa yang baik, dan masa yang berguna untukku buat dunia dan akhirat.

Alhamdulillah… segala puji bagi Allah kerana dengan rahmat dan belas kasihan daripadaNya telah memilih daku mengambil sedikit cebisan-cebisan usaha kenabian, menegakkan kebaikan dalam diri, dan membuang segala keburukan yang telah lama berkarat dalam diriku ini, di samping menyampaikan kepada orang lain.

Alhamdulillah…. segala puji bagi Allah… kerana masih mmeberikan daku kesempatan dan taufik untukku terus menulis di sini. Taufik untuk fikiranku terus menyampaikan agama melalui penulisan, moga-moga bermanfaat jua kepada mana-mana pembaca di sini.

Insya-Allah.

  Continue reading →

Makanan hati vs makanan jasmani.

Sekolah kehidupan ialah sekolah Rasulullah dan para sahabat. Hal ini kerana…

Bila masa Rasulullah ada madrasahnya sendiri. Baginda menjadi masjid sebagai pusat pengajian utama para sahabat.
Bukan setakat al-Quran yang diajarkan, tetapi semua perkara yang berlaku dalam kehidupan diceritakan kaedah bagaimana cara terbaik untuk melakukan ia.

Continue reading →

Perang antara dua dimensi.

Alhamdulillah… rahmat Allah mencurah-curah menimpa bumi ini di pagi hari. Syukur, Dia masih lagi meniupkan roh kehidupan yang bakal menyuburkan tanah dan nafas setiap makhlukNya yang sentiasa mengharapkan belas kasih sayang dan rahmat dariNya.

Maka, wajib lagi bersyukur buat hamba yang beriman kepadaNya. Nyata, apabila bersyukur seseorang hamba, lagi Allah bertambah sayang kepadanya, lagi Allah ingin melihat kejayaan dan kemudahan kepadanya,
Buat dunia dan akhirat sana.

Continue reading →

Dakwah: suatu ujian!

Hari di waktu daku menulis ini sebenarnya…

Daku rasakan ialah hari yang tersilap.

Sepatutnya… hari ini daku biasa pergi ke tempat lain. Tetapi… disebabkan beberapa tugas nak kena siap dan hantar esok, daku terpaksa tidak pergi ke sana.

Berbelah bagi hati ini sebenarnya. Nak pergi ke tidak.

Akhirnya, tidak. Insya-Allah, daku akan usahakan untuk siapkan tugasan tersebut.

Tetapi, hati ini masih terasa bersalah. Dan, daku rasai kini, hari ini hari yang tersilap. Moga Allah ampunkan daku, dan jangan dikenakan hukuman kepadaku.

Ampunkanlah daku ya Allah….

Continue reading →

Mencari impian!

Hari ini hari Isnin. Tiada apa-apa yang menarik untukku baitkan di sini.

Sekadar mengisi kekosongan, agar tidak usang dan terbiar. Malah, biarlah sarat dengan pengisian, pengetahuan, dan pembukaan jiwa

Dari melihat dunia yang fana’ dan sementara, kepada akhirat selama-lamanya.

Continue reading →

Apa itu pendidikan?

Daku suka melihat suatu aspek yang sangat luas. Luas sehingga tak ada batasan.

Kadang-kadang batasan pada pemikiran itu membuatkan daku sesak, runsing, dan tiada pergerakan minda. Kesannya, hanya boleh pening dan pusing atas perkara itu sahaja.
Oleh itu,
Setiap Nabi dan Rasul Allah mereka memiliki daya pemikiran (akal fikiran) yang luas dan tinggi. Sehinggakan melepasi batasan mata kasar, mata akal (pemikiran biasa), sehingga terbuka mata hati (melihat dan meyakini kehidupan selepas mati dan akhirat). Mereka Allah s.w.t mengurniakan anugerah ini, agar bolhe membawa ummat ke atas petunjuk dan jalan yang diredhai.

Continue reading →

Di kala manusia sukakan dunia,

Aku bukan dari kalangan mereka!

(Hhmmm… apa lagi yang merepek lagi si penulis ini….)
Tak faham kan, macamana nak boleh buat perkara macam ini? Adakah orang yang mampu buat perkara macam ini??
Semua orang ada TV, handfone, Ipad, Apple, laptop, notebook dan macam-macam gadjet,
Rumah pula besar-besar, ada kereta mewah, motor power,
Pangkat tinggi, gaji beribu-ribu, harta melimpah ruah, bank macam-macam ada,
Shopping tak kira kat mana-mana ada, pusat beli belah, pusat hiburan mana-mana ada,
Akhbar, majalah, media, drama, movie, semua orang suka,
Facebook, website, business, komersial writing, semua orang ada dan ingin mencuba.

Continue reading →

Allah perlukan masa?

Baiklah. Hari ini kita akan teruskan dengan persoalan yang tertangguh pada beberapa hari yang lalu.

Apakah Allah s.w.t itu perlukan masa?

 

Siapa yang dapat menjawab? Silakan.

Continue reading →