Di kala manusia sukakan dunia,

Aku bukan dari kalangan mereka!

(Hhmmm… apa lagi yang merepek lagi si penulis ini….)
Tak faham kan, macamana nak boleh buat perkara macam ini? Adakah orang yang mampu buat perkara macam ini??
Semua orang ada TV, handfone, Ipad, Apple, laptop, notebook dan macam-macam gadjet,
Rumah pula besar-besar, ada kereta mewah, motor power,
Pangkat tinggi, gaji beribu-ribu, harta melimpah ruah, bank macam-macam ada,
Shopping tak kira kat mana-mana ada, pusat beli belah, pusat hiburan mana-mana ada,
Akhbar, majalah, media, drama, movie, semua orang suka,
Facebook, website, business, komersial writing, semua orang ada dan ingin mencuba.

Macam mana pula boleh kata tak suka ini semua?
Macam mana nak hidup dengan baik kalau tak ada ini semua?
Tak siuman lah kalau buat macam ini… tak ada orang yang sanggup nak buat macam ni…

Itu belum cerita tambahan lagi. Orang yang menggunakan agama ikut kepentingan hidup duniawi. Seperti,
Tuntut ilmu tinggi-tinggi, berhujah sana sini, keluar dalil itu ini, pusing sana pusing sini,
Belajar tak habis-habis sampai tua, dan guna ilmu agama untuk kepentingan dunia.
Itu semua untuk kepentingan nafsi-nafsi. Bukan kepentingan Ilahi.

-Hah? Mana ada! Yang pertama itu bolehlah lagi nak terima. Yang kedua ini tak boleh diterima. Tak masuk akal! Kami belajar niat kerana Allah dan buat semua ini kerana Allah apa?
Ya.
Tentu ramai akan berkata macam ini kan?
Daku rasa setiap orang akan akuinya. Kerana, dulu daku pun berada dalam kotak (mind set) yang sama.
Fikiran kita sama. Tak apa yang beza.
Apabila orang bagi tahu perkara macam ini, pasti dalam kepala kita tidak akan dapat terima. Nonsense. Tak logik. Merepek.
Keluarlah dalil dan hujah berdasarkan kisah terdahulu atau pandangan ulama’. Semua keluar lah nak back up pandangan sendiri.

Ikhlas.
Apabila Allah telah menunjukkan daku suatu jalan yang sangat indah dan manis ini (dalam kesibukan menghayati apa yang dipelajari dan menyampaikan agamaNya yang mulia ini), daku terasa makin sayang pada Ilahi. Terasa lagi kasih sayangnya pada hamba-hambaNya, yang daku sendiri terasa akan kasih sayangNya yang tidak terhingga.
Allah s.w.t telah mengajar suatu yang sangat indah. Keindahan ini membuatkan daku sedar dan realiti mana patut dipijak dan berada.
Itulah ikhlas dalam berbuat sesuatu perkara kerana Dia.

Ya. Ikhlas
Cukup satu istilah ini dalam hidupku dan moga hidup anda semua. Sifat ini sahaja telah menjawab semua jenis persoalan di atas.

Apa kaitannya?
Ikhlas itu,
Ia bukan benda, material, atau ruang waktu.
Ia tiada kaitan atau perlukan pada benda, material atau ruang waktu.

Ikhlas hanya perlu,
Apa yang Allah suka, dia akan buat. Apa yang Allah tak suka, dia tidak akan buat.

-loh… macamana nak tahu apa yang Allah suka dan Allah tak suka…
Allah suka pada hambaNya yang bertaubat. Dia suka hambaNya yang sentiasa mensyukuri nikmat. Allah suka pada hambaNya yang menjaga waktu solat. Dia suka hambaNya yang suka kebajikan, bencikan maksiat.
Allah suka hambaNya yang sentiasa meningati Dia di mana-mana sahaja. Dia suka hambaNya yang suka berdoa dan mengharap kepadaNya. Dia suka hambaNya yang memohon perlindungan dariNya. Dia suka hambaNya yang sanggup berkorban untuk agamaNya.

Allah s.w.t memberi manusia itu suatu ruang masa untuk buat apa yang Dia suka. Jadi, ruang masa itu letaknya di dunia.
Kelak, apabila hambaNya balik, Dia akan menunjukkan kesukaanNya pada perbuatan sang hamba. Jika hamba itu buat sebaliknya, kemurkaanNya jelas terpancar di sana.
Dan, di sana tiada lagi ruang masa. Kekal selama-lamanya.

Ikhlas itu,
Tidak ada dalam dictionary manusia. Ia bukan sifat manusia.
Ikhlas sifat Allah. Dia akan berikan kepada hamba-hambaNya yang benar-benar berharap, pada iman dan takwa benar kepadaNya.
Jadilah apa-apa sahaja pada dunia, mereka tidak akan terkesan atau terpengaruh pada keadaan yang menimpa.
Jadilah perubahan itu ini pada dunia, mereka tak pelru ambil tahu dan perlu tahu itu semua.
Perubahan yang terus berlaku tak satu pun memberi manfaat untuk kekalkan hidayah dan iman dalam diri, bagaimana boleh dikatakan memberi manfaat kepada perkara duniawi (yang akan merosakkan imannya sendiri).

Keikhlasan itu pendinding daripada merasai keseronokan dan kemegahan yang sementara. Dalam minda orang ikhlas, apa sahaja yang ada pada dirinya, digunakan semata-mata untuk memudahkan kerja, yang sedikit pun tak melalaikannya daripada beribadah kepada Dia.
Jika ada perkara lalai, itu sebenarnya bukan dari sifat ikhlas. Jika ada kepentingan sendiri, itu juga bukan sifat ikhlas. Jika ada rasa megah, cinta dan asyik pada benda/ material yang dicari, itu jua bukan dari sifat ikhlas.

Ikhlas itu demi akhirat!
Hakikatnya,
Allah akan memelihara hambaNya yang ikhlas.
Kerana,
Sangat diketahui,
Sepenuh ruang pandangan dan tempat,
Pasti akan berusaha dunia dan syaitan menggoda dirinya,
Kerana ada kekuatan nafsu di dalam dada.

Siapa yang tahu dan kenal Allah itu Rabb yang Maha Pengasihani,
Dia sentiasa memelihara hamba-hambaNya yang dikasihi,
Dari terkesan, ternoda dan terpengaruh,
Dengan kesenangan sementara, tiada makna, melalaikan, hina, membawa perpecahan, dan banyak keburukan daripada kebaikan,
Demi suatu nikmat yang nyata, kekal, selama-lamanya, berpuluh sehingga beratus-ratus kali ganda, tak berkurang tetapi sentiasa meningkat, dan terbaik yang berada di sana.

Sekiranya seorang kanak-kanak boleh menanam cita-cita nak jadi engineer, akautan, saintis, angkasawan, doktor,
Sedangkan usianya baru hanya 7,8 atau 9 tahun,
Mengapa tak boleh tanam cita-cita,
Suatu benda yang lebih baik dan terbaik dan pasti akan dapat yang terbaik, sehingga tiada yang lebih baik,
Walaupun mengambil masa bertahun-tahun buat sementara ini?

 

One response

  1. Reblogged this on Istighfaar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: