Apa itu pendidikan?

Daku suka melihat suatu aspek yang sangat luas. Luas sehingga tak ada batasan.

Kadang-kadang batasan pada pemikiran itu membuatkan daku sesak, runsing, dan tiada pergerakan minda. Kesannya, hanya boleh pening dan pusing atas perkara itu sahaja.
Oleh itu,
Setiap Nabi dan Rasul Allah mereka memiliki daya pemikiran (akal fikiran) yang luas dan tinggi. Sehinggakan melepasi batasan mata kasar, mata akal (pemikiran biasa), sehingga terbuka mata hati (melihat dan meyakini kehidupan selepas mati dan akhirat). Mereka Allah s.w.t mengurniakan anugerah ini, agar bolhe membawa ummat ke atas petunjuk dan jalan yang diredhai.

Tetapi, skop keluasanku tidak boleh lari. Hanya pada skop agama.
Pusing dan fikir tinggi mana sekalipun, faktor dan ruang agama tidak boleh lari. Jika keluar dari skop ini,
Terdiam, tak faham nilai dan jadi pening.

Entah apa yang mereka seronokkan dengan isu dunia pun tak tahu. Asyik-asyik pada perkara yang sama, cerita yang sama. Pusing-pusing pada tempat yang sama.
Melihat situasi itu, daku sedar akan sesuatu. Bukan pada mulut yang meluahkan, bukan pada akal yang memikirkan, tetapi pada apa yang wujud pada hati mereka, itu yang diperkatakan.
Dari hati menuju akal menuju mulut. Hati sebagai “raja” yang ada penghuninya, akal adalah menteri yang akan melontarkan idea untuk apakah yang dipinta oleh penghuni hati, serta anggota tubuh meluahkan apakah yang tersimpan dalam hati yang difikirkan oleh akal fikiran.
Panjang penjelasan atas perkara ini. Takut tak faham dan meleret, cukup sekadar ini.

Hari ini daku nak jelaskan suatu isu, iaitu
PENDIDIKAN.

Daku tak faham akan masalah manusia hari ini. Kenapa pendidikan itu dikhususkan untuk kanak-kanak, remaja, dan orang nak belajar di universiti sahaja?
Apakah orang dewasa dan tua-tua tidak boleh dididik, hanya sekadar bertugas untuk bekerja, melahirkan anak, dan cari nafkah sahaja.

Persoalan pertama
Yang paling serius tak faham,
Kenapa orang sekarang menumpukan pembelajaran sejak dari sekolah rendah ke universiti pada faktor kemahiran untuk tujuan keduniaan? Seolah-olah sekolah itu pusat pengumpulan orang, membentuk mereka, kemudian memberikan mereka pilihan untuk melakukan kemahiran yang menjadi pilihan.
Sekolah rendah, kira ok lah lagi. Mengajar untuk mengira dan membaca. Pengetahuan umum akan sesuatu benda dan perkara.
Bab sekolah menengah sehingga universiti, subjek yang belajar bertambah dan macam-macam. Pening tengok orang belajar sekarang ini. Masa belajar dulu tak ada lah macam ini.
Masuk universiti lagi pening. Subjek tak ada kena mengena. Hanya nak penuhkan unit, subjek, hal ehwal semasa.
Demi segulung ijazah.

Satu pengalaman.
Kateogori pertama
Dulu pernah bekerja di satu tempat. Namanya dan tempatnya dirahsiakan. Apa yang nak dikongsi, dia berkata:
“Saya ini dulu belajar di UPM, ambil kos sains komputer. Dekan 4 atau 6 kali (terlupa). Tapi tengok sekarang apa yang saya buat. Hhmm… belajar di universiti tak ada apa-apa. Hanya nak pegang segulung ijazah.”

Seorang lain berkata,
“Saya ini SPM sahaja. Tak masuk univeristi. Tapi sekarang alhamdulillah… ada keluarga, kerjaya, dan anak-anak. Semua ok, tiada tanggungan beban hutang dan prosedur itu ini.”

Kategori kedua
Nak disimpulkan di sini melalui pengalaman yang lain,

Suatu ketika pernah jumpa seorang rakan,
“Eh masih belajar lagi ke?”
Katanya, “Tak. Dah kerja. Ada duduk dengan member di sini. Sedang rancang nak duduk di luar.”

Suatu ketika yang lain,
“Eh, tuan masih belajar lagi ke?”
Katanya, “Tak, dah habis belajar. Sekarang tengah cari kerja lah. Nanti ada education fair di Universiti. Itu yang ada di sini.”

Pada ketika yang lain,
“Tuan pelajar di sini?”
Katanya, “Tak. Saya dari Kuala Kangsar. Datang dari sana untuk hadir ke education fair di universiti.”

Sekarang, daku ingin semua buka mata akal dan hati. Keluar dari kelompok ummat yang sedang mengejar kerugian masa tua menunggu perkara yang tidak pasti.

Pertama,
Mengapa anda bersedia masuk ke universiti? Apa tujuan anda yang sebenar?
Rata-rata akan menjawab (pernah bertanya), “Untuk kerja nanti.”
Jadi, 3-4 anda telah rugi untuk tujuan duniawi.

Kedua,
Mengapa anda terus belajar sampai hari ini?
Sebahagian akan menjawab, “Tak dapat kerja lagi.”
Sebahagian lain ingin meneruskan bidang yang digemari.

Ketiga,
Apa harapan ibu bapa anda supaya belajar sehingga universiti?
Rata-rata akan mengakui,
“Supaya anak-anak dapat genggam segulung ijazah, dan dapat pekerjaan baik nanti.”

Itu sahaja tujuannya.
Maksudnya,
Dari kecil ke besar, tujuan hidup anda tak lain dan tak bukan,
Untuk suatu pekerjaan.
Dan pekerjaan itu tujuan hidup anda.

(-habis, tak payah kerja ke?
Tidak. Bukan itu maksudnya. kerja itu sekadar keperluan, bukan untuk tujuan hidup. Faham?
Orang yang faham akan jadi orang pada kategori pertama. Orang tak faham akan terus ikut arus manusia pada kategori kedua.)

Kesannya,
Habis belajar di universiti, bertebaran manusia mencari pekerjaan. Dari orang jurusan dunia sampai kepada agama.
Berdasarkan segulung ijazah, menjadi bukti anda ada kemahiran yang diharapkan. Tak perlu tanya banyak pada subjek yang berlambak belajar di universiti (tak kena mengena dengan sektor pekerjaan), tanya pada softskill (aka penglibatan kokurikulum) dan kemahiran yang lain. Tetapi, kena bukti pada atas kertas jua.
Pembelajaran terhenti setakat ini.
Susah payah berpuluh-puluh tahun belajar hanya sekadar ini.

Next generation pula akan meneruskan, bermula dari kanak-kanak sampai masuk universiti.
Itu sahaja.

Persoalan kedua:
Tahu tak kenapa orang sekarang belajar tinggi-tinggi, makin lama makin tak cerdik?

Hah… ini jawapannya. Yang kalau daku sampaikan pada setiap orang, pasti dan pasti mereka tak akan faham dan tak tahu jalan nak berubah (dah cuba, ramai dah jumpa…). sebab….
Mind is blocking. In progressing following what already programming by duniawi.

Cakap banyak mana sekalipun, tak akan dapat lepaskan diri lagi. Kecuali…
Bila Allah ingin menyedarkan dan ambil tanggungjawab memelihara mereka. Itu sahaja.

Tetapi, daku tetap akan sampaikan jua.
Sebab apa tak cerdik? Sebab….

Pendidikan sekadar atas kertas, belajar sampai universiti. Tujuan untuk pekerjaan. Untuk kehidupan duniawi (no related for ukhrawi). Belajar pula ilmu duniawi. Penuh. Dari kecil sampai ke universiti. Bila nak ajar tentang ilmu agama dan ukhrawi. Tiada langsung keinginan di hati. Apa nilai? Bukan boleh buat duit atau tambah gaji.
Yang paling penting,
tiada langsung kaitan dengan amalan, atau kepentingan hidup selepas mati.

Sedar atau tidak,
Belajar di universiti atau sekolah itu (apa-apa jenis) sekadar menyampaikan pengetahuan dan kemahiran,
Tiada sekolah ditubuhkan untuk pengamalan atau penghayatan.
Sekolah amalan itu,
Sekolah kehidupan.

Sekolah kehidupan itu,
Hanya wujud pada zaman Rasulullah dan para sahabat,
SAHAJA.

Next time:
Daku jelaskan apa itu sekolah kehidupan. Insya-Allah.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: