Mencari impian!

Hari ini hari Isnin. Tiada apa-apa yang menarik untukku baitkan di sini.

Sekadar mengisi kekosongan, agar tidak usang dan terbiar. Malah, biarlah sarat dengan pengisian, pengetahuan, dan pembukaan jiwa

Dari melihat dunia yang fana’ dan sementara, kepada akhirat selama-lamanya.

Walaupun fana’ sekalipun dunia ini,

Inilah medan untuk mengumpul amal dan iman untuk dibawa kembali di kampung halaman sana.

Bukan terus tak buat apa-apa, atau buat ibadah sahaja. Kerana,

Terbaik di sisi Allah itu

Apabila seseorang berbuat sesautu yang nampak kebiasaannya melalaikan, tetapi dia terus mengingati Allah dan tidak terpedaya dengan apa yang diperolehnya.

Sebagai contoh, ramai orang lalai apabila bersukan. Tetapi, ada orang yang bersukan juga, tetapi hati dan fikirannya mengingati Allah dan menghayati kebesaranNya. Inilah orang yang Allah lebih suka dari sentiasa duduk dalam masjid sambil mengingati Dia.

Ada orang suka pergi pasar malam nak beli makanan, tetapi ada orang yang berjalan ke sana untuk berzikir kepada Dia sambil mengingatkan orang di pasar supaya jua mengingatiNya. Maka, mereka lebih baik dan besar kedudukan dari mengingati di atas kerusi dalam masjid atau tempat persendirian.

Ada orang simpan duit untuk beli itu beli ini, tetapi ada manusia yang simpan duit agar dia dapat usahakan untuk bayar hutang tertunggak di samping tidak mengharapkan kepada orang lain. Duit yan tertentu disimpan lagi untuk keluarga dan keperluan dalam tanggungjawabnya. Mereka ini lebih baik dari orang yang sentiasa menghabiskan wang yang dia ada untuk bersedekah atau sebagainya.

 

Kesimpulannya,

Allah suka perbuatan yang susah dijangka orang pada aktiviti itu seseorang akan mengingati Dia. Allah suka pada perbuatan yang ramai orang bersama-sama mengingatiNya, daripada perseorangan berusaha keranaNya.

***************

 

Semua orang ada impian bukan? Begitu juga denganku. Daku pun manusia biasa, yang ada impian ingin dicapai dan diharapkan.

Tetapi, apabila dikatakan impian, daku lebih suka panggil ia sebagai angan-angan.

 

Sebab apa?

Sebab… memang macam angan-angan. Tak pastilah.

Walaupun sudutnya pada hari kemudian.

 

Angan-angan ini…

Apabila sesuatu perkara itu tidak pernah dilihat, dijangka, dinilai oleh pancaindera,

Maka daku gelar ia angan-angan. Bezanya, ada angan-angan itu berbukti, ada yang tidak ada bukti.

Yang berbukti ialah pad hari kemudian, dan nikmat atau azab yang akan diterima sebagai balasan. Hal ini memang angan-angan, kerana suatu kepercayaan yang tidak wujud di mata atau pernah dirasai oleh semua anggota tubuh badan. Tetapi, angan-angan ini menjadi tidak sekadar kepercayaan apabila wujudnya bukti dan keterangan yang kukuh sehingga tidak dapat disangkal ia.

Antaranya kedatangan seorang rasul, penyeru kepada benda kebenaran, dan  dailil yang tidak dapat disangkal dan mampu ditolak oleh akal fikiran. Inilah yang menjatuhkan martabat sekadar angan-angan, tetapi kepada suatu keyakinan.

Seterusnya,

Ada pula angan-angan bukan pada hari kemudian. Tetapi, pada urusan duniawi.

 

Dan,

Inilah yang sedang semua orang (termasuk daku) hadapi yang terlepas satu lingkaran, lingkaran lain pula yang mendatangi.

 

Angan-angan ketika hidup di dunia.

Ada dua jenis angan-angan yang ingin diterangkan di sini.

Pertama… angan-angan tanpa ketentuan dan nilai tersendiri.  Kedua, angan-angan dengan ketentuan dan nilai tersendiri.

 

Perkara pertama bermaksud angan-angan terhadap sesuatu tetapi tak nampak jalan dan sesuatu yang benar yang beroleh. Hanya pusing di kawasan itu saja, tanpa dapat apa-apa. Sekadar suatu hiburan yang nyata sia-sia dan buang masa.

Perkara kedua bermaksud angan-angan yang juga tak nampak jalan dan baik pun akan berlaku. Tetapi, dia tidak berpusing pada tempat yang sama, malah pergi lebih jauh tanpa diduga. Tidak nyata sama ada terhibur atau tidak, yang pasti ada nilai yang tidak disangka-sangka.

 

Ringkasnya, perkara pertama datang keinginan hawa nafsu. Nafsu… bila dapat atau tak sama sahaja. Tetap tak berubah. Manakala perkara kedua datang dari keinginan akal fikiran atau ketentuan Allah. Perkara ini membuatkan seseorang berfikir untuk berbuat sesuatu lebih baik tetapi tetap tak pasti kesudahannya. Yang pasti, berubah gaya fikir, hidup, peribadi, dan mungkin hubungannya dengan Ilahi.

Apabila dilihat pada dua perkara ini,

Perkara pertama sudah nyata sia-sia. Misalnya, main komputer, tengok TV, movie, facebook, dan lain-lain sampai berjam-jam. Hasilnya, apa pun tarak. Perkara kedua, walaupun tak nampak hasilnya,

Tetapi sekurang-kurangnya terasa kebaikan pada dirinya sendiri, sehingga dia boleh berubah jadi lebih baik.

 

Oleh itu,

Walaupun tidak nampak nilai pada perkara kedua, lebih baik menjadi orang kedua, daripada terus hidup menjadi orang pertama.

Wallahua’lam.

 

Fi Kulli Hal,

Esok adalah hari yang mulia, Hari Raya Menyambut pengorbanan Ibrahim a.s. dan Hajar.

Hari pula Hari Arafah, sangat baik untuk berpuasa kepada semua.

Moga menjadi hari yang bermakna, pedoman yang sangat panjang buat semua.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: