Dakwah: suatu ujian!

Hari di waktu daku menulis ini sebenarnya…

Daku rasakan ialah hari yang tersilap.

Sepatutnya… hari ini daku biasa pergi ke tempat lain. Tetapi… disebabkan beberapa tugas nak kena siap dan hantar esok, daku terpaksa tidak pergi ke sana.

Berbelah bagi hati ini sebenarnya. Nak pergi ke tidak.

Akhirnya, tidak. Insya-Allah, daku akan usahakan untuk siapkan tugasan tersebut.

Tetapi, hati ini masih terasa bersalah. Dan, daku rasai kini, hari ini hari yang tersilap. Moga Allah ampunkan daku, dan jangan dikenakan hukuman kepadaku.

Ampunkanlah daku ya Allah….

Disebabkan perkara ini,

Daku menulis akan kesilapan yang sepatutnya memang tugas dan kerjaku pada setiap hari.

Iaitu…. usahakan atas agama Allah aka DAKWAH.

 

Disebabkan definisi dan konsep dakwah terlalu luas, daku bataskan skopnya kepada

Berjumpa sesama manusia kerana Allah, menyedarkan hakikat kehidupan, dan tugas kerasulan.

 

Bunyinya simple dan bagai mudah, bukan?

Tetapi,

Ini sebenarnya BUKAN SEKADAR TULISAN. TETAPI SUATU USAHA YANG BERTERUSAN.

Dan,

Inilah sebab mengapa dakwah itu sebenarnya UJIAN.

 

Mengapa ujian?

Sebelum daku meneruskan,

Terus terang daku menerangkan di sini. Suatu hakikat yang perlu diketahui.

Barang siapa yang buat dakwah tetapi tak terasa diuji,

Bermakna DIA BUKAN BUAT DAKWAH IKUT KEHENDAK ALLAH ATAU CARA PARA NABI, melainkan

Kerana idea dan keinginan dalam diri sendiri.

 

Hal ini kerana,

DAKWAH KERANA ALLAH DAN RASUL= DIUJI aka UJIAN.

Inilah hakikat atau formula dakwah sebenarnya.

 

Baik. Daku bagi beberapa perumpamaan.

 

Ada sebuah persatuan. Menggunakan nama organisasi dakwah.

Ada sebuah pusat ilmuan atau institusi. Bidang kajian ialah dakwah.

Ada satu rancangan TV. Tema atau topiknya ialah dakwah.

Ada satu majlis ilmu. Tujuannya ialah dakwah.

Dan ada satu aktiviti. Aktivitinya ialah dakwah.

 

Semua ini ialah ingin disampaikan perihal dakwah. Alhamdulillah, tujuannya baik dan insya-Allah ada pahala.

Tetapi, jika dikatakan anda bekerja untuk tujuan dakwah, disebabkan dakwah,

Sebenarnya bukan lagi.

 

-hah, kenapa?

Kerana….

Dakwah itu terletak pada beberapa perkara.

 

Pertama….

Buat tak dapat gaji atau elaun atau imbuhan.

Yang dapat,

Sifat ikhlas dan buat untuk capai redha Allah.

 

Kedua…..

Buat mesti ada ulama’ yang menggaris panduan. Walaupun berjuta idea atau saranan atau pandangan,

Selagi tak ada panduan ulama yang hak (belajar dan usaha full time untuk agama dan akhirat, langsung tak ambil peduli akan hal duniawi, rezeki atau apa-apa sahaja Allah yang ambil tanggungjawab memberi di samping mereka usaha sekadar sahaja), selagi itu tak dinamakan dakwah.

Kerana, ulama hak ini adalah pewaris para nabi.

 

Ketiga….

Bagi masa setiap hari dan setiap ketika. Yang penting, doa bersungguh-sungguh kepada Allah di malam hari ketika bangun tahajud.

Kenapa ada kaitan dengan masa?

Kerana dakwah yang sebenarnya bukan satu organisasi atau persatuan atau sekadar aktiviti.

Tetapi,

Ini ialah kerja. KERJA. Bila dikatakan kerja pasti ada masa (macam orang kerja pejabat lah). Bila ada masa pasti ada hari, bulan, tahun, dan lain-lain.

Oleh itu, dakwah hakikatnya dinamakan KERJA. Kerja yang pasti tak akan boleh faham melalui akal atau bahan bacaan, melainkan ALLAH sendiri ambil tanggung jawab nak bagi faham (pengalamanku… daku terpaksa islah atau keluar dari kepompong dunia semata-mata nak faham maksud KERJA DALAM DAKWAH).

 

Keempat….

Berjumpa bukan seorang dua. Tetapi, semua orang kenal atau tidak kena jumpa. Kenapa? Mereka ummat nabi s.a.w. kena jumpa dengan penuh kasih sayang, ajak kepada kebaikan. Sampaikan perkara yang benar dan seolah-olah nak bagi faham suatu perkara yang besar.

Kemudian, mesti diajak kepada agama dan kerja ini. Ini ialah nilai ujian sebenar dalam dakwah.

Kerana… rata-rata ramai yang diajak, ramai lagi yang tiada datang kepada ajakan tersebut.

Yang pernah diajak dan bersama-sama pun… bila-bila masa boleh keluar dari landasan ajakan tersebut.

Kenapa? Sebab….

Dakwah yang benar, betul-betul tekan hawa nafsu. Bila tekan hawa nafsu, mesti tekan jiwa dari merasai keseronokan duniawi.

yang tak ikut ajakan atau terbabas dari ajakan sebab….

1)      Suka pada hawa nafsu

2)      Dunia penuh dalam hati (ghairullah)

3)      Syaitan punya kerja. Dia bukan suka orang panggil kepada agama macam dakwah, seperti orang azan dia lari terkentut-kentut, bila solat dia datang balik.

 

Terakhir (tetapi masih banyak lagi)….

Harapan dan keinginannya…

Hanyalah pada ganjaran Allah s.w.t.

 

Ada seorang ke… dua orang ke… tak ada orang ke….

Dia tetap buat usaha dan kerja, kerana Allah yang akan bayar kelak.

 

Ini kerja para anbiya’. Apa yang anbiya’ buat dan rasai,

Orang buat dakwah akhir zaman tetapi bukan para nabi, turut akan merasai.

 

Bersabarlah para daie yang benar kerana Allah dan Rasul,

Kelak, pasti besar dan power ganjaran buat anda di akhirat nanti.

 

AMIN……..

 

“Barang siapa ingin merasai ujian Allah, buatlah dakwah cara yang dikehendakiNya. Nescaya, anda akan terasa anda sentiasa diuji, yang berterusan tiada henti. Kesannya, sama ada anda makin dekat dengan Ilahi, atau makin jauh dengan Ilahi.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: