Perang antara dua dimensi.

Alhamdulillah… rahmat Allah mencurah-curah menimpa bumi ini di pagi hari. Syukur, Dia masih lagi meniupkan roh kehidupan yang bakal menyuburkan tanah dan nafas setiap makhlukNya yang sentiasa mengharapkan belas kasih sayang dan rahmat dariNya.

Maka, wajib lagi bersyukur buat hamba yang beriman kepadaNya. Nyata, apabila bersyukur seseorang hamba, lagi Allah bertambah sayang kepadanya, lagi Allah ingin melihat kejayaan dan kemudahan kepadanya,
Buat dunia dan akhirat sana.

Hanya,
Bagi hamba yang beriman kepada Allah, Allah tidak suka hambaNya itu sentiasa memikirkan dan meletakkan harapan selain daripadaNya. Maksudnya, keinginan pada dunia.
Apabila seseorang berkeinginan pada dunia, pasti dan pasti dia akan mencari kepuasan untuk memenuhi hawa nafsunya. Sedangkan nafsu itu awal penciptaan dah degil tidak mahu taat perintah Allah s.w.t.
Tetapi barng siapa yang mencintai akhirat, pasti dan pasti dia rela atau terpaksa untuk menekan hawa nafsunya. Apabila ditekan dan tidak mengikut keinginan hawa nafsu, baruloah nafsu itu dibawah kawalannya, dan pasti Allah menjadikan nafsu itu untuk kembali mentaati kepadaNya.
Ini peranan nafsu yang telah berjaya dikawal. Tetapi, kena melepasi dasar (keburukan)nya dulu barulah boleh kawal.
Apa-apapun, semuanya daripada Allah s.w.t yang akan memelihara dan memberikan kekuatan.

Dua dimensi.
Orang bijak dan berhikmah,
Sentiasa akan berfikir pada dua dimensi ini.

Orang yang jahil dan tiada wawasan,
Hanya mampu fikir pada satu dimensi.

Dimensi satu: dunia.
Dimensi dua: akhirat.

Ini secara teori. Praktikalnya, bukan semudah teori.

Praktikal tanpa mujahadah, hanya mainan kata-kata. Mujahadah tetapi tiada praktikal, sia-sia (tak ada perkembangan). Mujahadah dan praktikal ialah orang yang berjaya.

Cabaran luar dan dalam.
Sesungguhnya, Allah itu Maha Menguasai. Dia Menguasai segala-galanya yang hamba itu tidak mampu buat dan bayangkan.
Oleh itu, Dialah yang menguasaiku. Dialah yang meletakkan sesuatu yang daku pasti tidak akan tahu.
Tetapi, Dia berbuat sesuatu demi kebaikanku. Terutama, pada dimensi kedua nanti. (Insya-Allah… Amin….)

Dimensi kedua itu tempat memungut hasil. Dimensi pertama tempat membajak hasil.
Sudah tentu tempat pertama lebih sukar (untuk diusahakan) dari tempat kedua. Penat, lelah, jatuh, menang, dan lain-lain adalah perkara biasa.

Jadi, dimensi pertama ini penuh dengan cabaran. Luar dan dalam. Tetapi, semuanya demi keutuhan dan kedalaman perkara yang dalam. Iaitu sifat diri sendiri dan hati.
Ada cabaran yang dari luar demi untuk yang dalam. Ada yang dalam demi yang dalam.
Yang pasti,
Dalam itu kena berubah,
Sehingga sifat itu berada pada keinginannya, dan hati itu sentiasa melihat kepadaNya.

Hati yang sentiasa melihat,
Bukan sekadar zikir kalimah. Tetapi fikir yang berterusan sampai ke akhir hayat di dimensi pertama.

Cabaran yang paling sukar?
Luar dan dalam sama. Dua-dua sukar. Kerana… ia datang dari kedudukan nafsu yang telah diciptakan.
Tetapi, dalam itu rasasnya lebih sukar. Sukar kerana bukan mampu lihat dan bayangkan. Yang pasti, kena melakukan perubahan. Mengikut kehendakNya, dan usahaku dengan menolak dari nafsu memainkan peranan sehingga mati ia dari menghantar mesej dan dorongan di minda.

Permulaan pada sebuah perjuangan,
Lapar, ibadah, dan dakwah. Menuntut ilmu itu perkara biasa (sebab untuk kepentingan dunia -Nauzibillah… bukan niatku untuk benda merepek ini). Tetapi, tiga perkara tadi memang biasa nafsu tak suka.

Moga Allah memberikan taufik dan hidayah kepadaku untuk melakukan perubahan, mengikut kepada kehendakNya, moga golongkan daku dan semua orang menjadi orang yang beriman kepadaNya.
Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: