Makanan hati vs makanan jasmani.

Sekolah kehidupan ialah sekolah Rasulullah dan para sahabat. Hal ini kerana…

Bila masa Rasulullah ada madrasahnya sendiri. Baginda menjadi masjid sebagai pusat pengajian utama para sahabat.
Bukan setakat al-Quran yang diajarkan, tetapi semua perkara yang berlaku dalam kehidupan diceritakan kaedah bagaimana cara terbaik untuk melakukan ia.


Mereka tidak memerlukan peperiksaan. Mereka tidak memerlukan sebarang kertas soalan.
Yang ada, masalah dalam hidup, tanya pada pesuruh Allah. Jika jawapan tak kena, maka turunlah wahyu menyatakan akan perkara yang hak.
Kesannya, manusia berilmu tetapi ikhlas kerana Allah. mereka tidak mewah dan berharta, tetapi dahsyat iman dan takwa. Mereka tak faham harga dunia, tetapi nilai akhirat sentiasa terpampang dan terbayang-bayang di depan mata.

Inilah sekolah yang terbaik sampai bila-bila. Sampai bila-bila.

Disebabkan suasana dah berubah, akhir zaman nak menutup tirainya,
Hamba Allah ini hanya mampu menceritakan perkara yang hak moga ada manfaat kepadaku sendiri,
Pada hari ini dan kemudian nanti.
Insya-Allah.

—————–
Ada satu analogi. Analogi antara al-Quran dan solah.
Sedar atau tidak,
Orang yang sentiasa membaca al-Quran sudah pasti dia akan menunaikan solah.
Tetapi, kenapa orang yang solah, belum tentu dia dapat baca al-Quran?
Dan, lebih teruk, orang tak tunai solah sudah tentu tak baca al-Quran.
Kenapa?

Kerana….
Al-Quran itu makanan hati. Dan hati hanya mampu merencanakan sesuatu keputusan kepada jasad bila ada kekuatan padanya.
Jika hati tak kuat/lemah kerana tiada makanannya, maka pasti jasad lagi lemah nak lakukan perbuatan yang hati rasa betul untuk melakukan ia. Tetapi, jika hati sentiasa diisi dengan makanannya, nescaya mudah hati nak merencanakan sesuatu perintah, mudah lagi jasad melakukan usaha akan perintah yang diterima.

Makanan hati.
Baik. Daku bagi tahu makanan yang paling lazat, sedap, dan istimewa bagi hati.
Iaitu,
Al-Quran dan hadith nabi.

-dua ni je?
Ya. Dua saja. Cukup.

Apabila seseorang itu sentiasa mengisi masanya dengan al-Quran dan hadith (walaupun tak faham, tetapi sentiasa membacanya) nescaya akan terbina kekuatan zahirnya untuk melakukan ibadah kepada Allah.
Sebab itulah, apabila 3 hari tidak dibaca al-Quran dan hadith, maka akan ada titik hitam pada hati, dan mengkaratkan ia.
Kerana… hati itu bila diisi dengan makanannya, akan terpancarlah sinar iman. Sinar iman ini yang mendorong kekuatan kepada jasad melakukan sesuatu urusan menurut kehendak Allah dan RasulNya.

-Tetapi, walaupun mungkin makanan hati itu sentiasa diisi, masih tidak mempunyai kekuatan pada jasad untuk melakukan ibadah. Kenapa? Iman tiada lagi ke?
Tidak. Iman itu ada, tetapi masih lemah. Kerana… makanan hati ada musuhnya. Iaitu, makanan jasad.

Makanan jasad.
Makanan jasad ialah… apa-apa sahaja yang dimakan melalui mulut. Termasuk pensel, pen, dan kertas, kalau bubuh dalam mulut.
Yang paling manusia tak sedar dan faham, sebenarnya makanan jasad ini musuh kepada makanan hati. Apabila musuh kepada hati, dia ialah musuh kepada hati. Apabila musuh kepada hati, dia ialah musuh kepada iman. Apabila musuh kepada iman, tentu dia ialah mendatangkan ketidak sukaan (apabila berlebihan) kepada Allah dan RasulNya.
Kerana itulah… ada dalil al-Quran dan hadith yang mencela pada makanan yang menjadi musuh pada hati. Bukan sebarangan dicela, tetapi ada sebab yang manusia tak faham tersirat di sebaliknya.
Pendekkan cerita… makanan jasad itu pendorong kepada nafsu. Makanan jasad ialah untuk nafsu. Apabila makanan jasad banyak, maka nafsu pun kuat. Apabila nafsu kuat, syaitan pun senang nak jalankan kerjanya. Bila dua-dua berganding tenaga, sampai bila manusia jadi lemah iman dan lemah lagi nak buat ibadah seperti kehendak Allah dan Rasulnya.
Kerana itulah… telah menjadi kebiasaan para ahli Allah atau orang yang benar-benar beriman kepada Allah menahan perutnya dari memenuh akan ia. Lebih baik berlapar, berpuasa, berkering dengan dahaga, tetapi cerdas pemikiran, kuat tenaga melakukan sesuatu urusan, dan kuat hubungan kepada Allah daripada syaitan laknatullah.

Ok. Faham kan rentetan perkara ‘makanan’ ini? Simple ialah teori. Nak buat, belum tentu lagi.

Pada setiap benda baik yang nak buat,
Kena ingat dan lakukan dulu pada dua perkara.
Iaitu :
Berdoa untuk sentiasa diberikan hidayah dan taufik dariNya. Kerana, tiada sesuatupun perkara akan berlaku melainkan Allah beri keizinan untuknya berlaku.
Mujahadah. Apa-apa benda sekalipun kalau tak ada mujahadah, tak akan dapat kesan terbaik pada perbuatan tersebut.

-selagi manusia itu memenuhi perutnya, selagi itulah imannya masih lagi lemah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: