Masa yang bermanfaat.

 

Alhamdulillah… segala puji bagi Allah kerana telah memberikan daku masa yang bermanfaat. Masa yang baik, dan masa yang berguna untukku buat dunia dan akhirat.

Alhamdulillah… segala puji bagi Allah kerana dengan rahmat dan belas kasihan daripadaNya telah memilih daku mengambil sedikit cebisan-cebisan usaha kenabian, menegakkan kebaikan dalam diri, dan membuang segala keburukan yang telah lama berkarat dalam diriku ini, di samping menyampaikan kepada orang lain.

Alhamdulillah…. segala puji bagi Allah… kerana masih mmeberikan daku kesempatan dan taufik untukku terus menulis di sini. Taufik untuk fikiranku terus menyampaikan agama melalui penulisan, moga-moga bermanfaat jua kepada mana-mana pembaca di sini.

Insya-Allah.

 

Baru- baru ini telah mengeluarkan diriku sendiri dari kelompok kerja harian yang sentiasa tidak putus-putus menerjah ke dalam ruangan hidupku. Lari terus… di samping memohon pada Allah untuk memilihku untuk melalui jalanNya, dan usaha atas agamaNya, di dalam rumahNya yang mulia di muka bumi ini.

Jadi…

Bukannya daku banyak masa, bukannya tak ada kerja nak buat, bukannya tak ada aktiviti nak diuruskan. Tetapi, daku terpaksa korbankan semuanya untuk seketika sahaja (ya… seketika sahaja!) untuk memberikan tumpuan penuh kepada Dia.

Allah subhanahu wa taala.

 

Pengorbanan…. bukan mudah!

Mungkin orang melihat… macam-macam kata-kata mereka. Bagi orang yang berada di dalam jalanNya pula… ada macam-macam pemikiran mereka.

Tetapi, bagiku, satu sahaja.

Daku buat semua ini kerana semata-mata Dia. Itu sahaja.

 

Di waktu daku berada di jalanNya,

Ada sahaja kerja menanti. Ada sahaja aktiviti nak kena pergi. Ada benda lain nak kena selesaikan.

Tetapi, daku korbankan segala kepentingan itu untuk daku berjumpa dengan Dia di rumahNya. Bukannya lama, tetapi hanya seketika.

Sungguhpun sementara, tetapi manfaatnya sampai lebih 10 hari-20 hari- tambah lebih sedikit dapat dirasai akannya!

Tambahan lagi, segala yang daku kecapi hari ini datang kerana Dia yang berikan kepadaku. Kenapa daku nak angkuh dan sombong pula (nauzubillah.. jauhkanlah daku ya Allah) konon daku yang usahakan untuk dapatkan semua ini dan kerana usahaku, dikecapi nikmat itu hari ini.

Sebagai tanda syukurku, daku berikan masa yang seketika moga Dia bertambah sayang kepadaku, dan melindungi dari godaan duniawi, yang datang silih berganti.

Amin.

 

Waktu yang dikorbankan…

Berkata benda yang terpaksa ditinggalkan, pastilah ada kesannya yang tidak diharapkan. Seperti seekor kerba atau lembu yang dibuat korban, pasti dan pasti lembu itu akan mati. Tetapi, dagingnya dapat dinikmati dan dijadikan bahan masakan.

Oleh itu, masa untuk lain yang dikorbankan, tentu sahaja ada. Dan, daku terpaksa menerima. Cuma, daku harapkan yang terbaik daripada Dia. Itu sahaja.

Apa sahaja yang berlaku, daku cuba buat persediaan awal dulu. Apabila dah berlaku daku bertawakal kepada Dia. Apabila selepas berlaku, daku bertawakal dan bersabar dengan apa-apa yang bakal diterima.

Memang macam itu pun apabila daku berada di jalan Allah. Dan, daku faham. Dia inginkan daku lebih mencintai kehidupan dunia yang selama-lamanya, dari pada kehidupan dunia yang sementara.

Oleh itu,

Sekiranya daku tidak melalui jalan ini, benda yang dalam kehendakNya, pasti dan pasti akan terjadi. Daripada daku merugikan masa sendiri, lebih baik daku fikir mana yang lebih bermanfaat untukku kecapi dan lalui.

 

Hanya orang yang melalui dan hati itu wujud pada Allah boleh memahami.

Orang yang tak lalui, hati tidak pada Allah,

Cakaplah seribu kali benda yang sama,

Tetap sama. Tiada buah.

 

Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: