Masa sempit.

Bismillahir rahman nirrahim.

Rasanya hari ini sekadar menulis luahan hati di sini. Terasa penat dengan pelbagai urusan yang perlu perhatian dan tindakan.

Alhamdulillah… apa-apapun masih mampu untuk meneruskan penulisanku di sini. Ini suatu nikmat dan anugerah sebenarnya, kerana dalam keadaan tak menentu ini masih boleh melapangkan/ memberi ruang masa di sini.

Entahlah…. mungkin sebab tak beberapa pandai nak luahkan kepada orang lain. Malah, mungkin sebab tak mahu orang lain merasai beban diri ini. Mungkin kerana niatku menulis di sini kerana Allah, Dan Allah berkehendak untuk certain keadaan mengadu dan mengeluh kepadaNya, melalui penulisanku di sini.

Wallahua’lam.

Minggu-minggu ini….

Keadaan masa tak beberapa baik. Sibuk di sana sini, di samping perancangan yang tidak begitu teliti,

Terlalu banyak komitmen yang nak bina. Lebih membebankan apabila semuanya daku seorang yang perlu usaha. Kelemahan diri pula, menambah beban yang ada. Di samping pemikiran yang perlu banyak dimodifikasi, barulah semuanya –insya-Allah- dalam keadaan baik dan sejahtera.

Malah, Sekarang daku cuba meletakkan kepentingan masa. Maksudnya, ada masa untuk tumpuan urusan duniawi, dan ada masa untuk tumpuan pada ukhrawi. Berkenaan masa ini, daku teringat suatu pandangan yang mengatakan, “Bahagikan 1/3 pada 24jam kamu.” 1/3 -8 jam- untuk pekerjaan, 1/3- 8jam untuk berehat, 1/3- 8jam- untuk diri dan keluarga. Jadi, perancangan masa ini baik. Dan, cuba untuk menjadi pengurus masa yang baik ke arahnya. Malam, tidur. Siang buat kerja/perkara dunia. Malam, urusan diri dan agama (tak ada keluarga sendiri lagi).

Kira-kira balik…. urusan dunia… ya. Hampir 8 jam. Urusan tidur…. paling kurang 5 jam. Urusan diri sendiri dan agama…. 6-7 jam. Yang baki… ada termasuk kat mana-mana sisi. Macam itulah lebih kurang.

Tapi, jika ikut time semua tak ada apa-apa masalah. Yang jadi masalah ialah…. Beban nak tanggung semua.

Hhaa….. bab beban ini…. daku seorang saja tahu macamana. Nak kena uruskan diri sendiri…. nak kena buat kerja –cari maklumat, tulis, baca, edit, in and out of work, naik motor pegi sana sini- kelas mengajar, kelas mengaji, dakwah, menu makanan, dan lain-lain lagi,

Semua nak kena uruskan sendiri. Ini yang jadi beban yang menjadi asbab menimbulkan kepenatan yang panjang.

Kenapa? Sebab manusia ini memang lemah dan daif. Bukan mampu dia buat semua. Kalau dia berebut nak buat semua, nescaya lemah dan lesu tubuh badannya.Beban pemikiran lagi berat dari beban fizikal. Banyak fikir lagi terasa kesakitan, daripada yang terkena kecederaan fizikal.

Inilah yang berlaku sepanjang rutin harianku. Tak sempat nak duduk lama, kecuali bila menulis di sini dan buat kerja depan komputer. Kalau tidak nak kena berdiri…

Hhmm… itulah lebih kurang. Bila terasa begini, daku betul-betul rasa masa tiada ruang untuk buat kerja tak bermanfaat. Kerana kelemahan diri sendiri juga, terasa nak jumpa ornag yang boleh menggembirakan daku. Tetapi… entah siapa ya?

Dan daku tidak rasa Allah inginku memilih jalan mencari kepada manusia.

Bila berkata dengan Allah… Ia memerlukan suatu perjalanan yang panjang.

Kerana… nak berkata dengan Allah perlu usaha buat amalan dan keteguhan iman. Setakat nak kata tak ada usaha, susah nak dapat hasilnya. Jadi, keyakinan pada amalan baurlah merasai Allah mendengar setiap luahan hati hambaNya. Dia akan mencampakkan ketenangan kepada hati hambaNya.

Tetapi, tidak kegembiraan. Kegembiraan di sisi Allah ialah di alam sana. semuanya ada. Tetapi, di sini tiada. Oleh itu, Berkata/ mengadu pada Allah paling tinggi akan merasai ketenangan jiwa (lapang dada). Gembira…. belum lagi.

Kena banyak bersabar dan terus bersabar…. barulah nampak keinginan pada akhirat, dan teguhnya iman di jiwa. Ujian duniawi, untuk kesenangan di akhirat nanti.

 

Insya-Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: