Bimbinan Allah (2): Keyakinan itu…. perkara yang sulit.

Pernah dengar bukan bagaimana Allah s.w.t memberikan ilmu dan hikmah kepada hamba-Nya. Tetapi…

Tahukah kita bagaimana Allah prosesnya, bagaimana Allah itu mendidik manusia?

Didikan Allah ke atas manusia itu konsepnya seperti bayi di dalam kandungan.

Bayi dalam kandungan tidak ada sesiapa di sisinya. Dia ada saluran makanan yang akan diterima, tetapi tiada orng tahu makanan bentuk bagaimana dia makan, atau hindarkan daripadanya.

Yang pasti, bayi dalam kandungan seorang itu ibu terus hidup di dalam perut si ibu tersebut. Walaupun begitu, bukan ibu tersebut memelihara atau melindungi si bayi, sebaliknya dia hanyalah sebagai orang yang mengandung dan bertangunggjawab terhadap apa yang dibebankan kepadanya.

Maksudnya…. jika sesuatu berlaku pada bayi tanpa disedarinya, bukan kesalahannya. Dia telah cuba mengambil dan pegang tanggungjawab tersebut, tetapi Allah ada kehendakNya.

Tetapi… jika bayi itu terus hidup, kecil, remaja sehingga dewasa si ibu dan ayah biarkan sahaja dia nak jadi ap yang dikehendakinya tanpa bimbingan dan agama, nescaya di sana akan dipersoalkan dan tenggelam dalam dosa dan kesalahan.

Moga Allah jauhkan dan pelihara daripada melakukan sebarang dosa.

 

Berbalik pada persoalan tadi,

Didikan Allah itu bentuknya seperti bayi dalam kandungan.

Bayi itu tiada sebarang pertolongan, harapan, pengetahuan, mahupun keupayaan,

Tetapi ada sesesuatu yang terus memelihara, menciptakan, meletakkan pengetahuan, dan memberikan kekuatan kepada si bayi.

Bayi itu…. hanya terus menerima tanpa sebarang persoalan dan ke’aku’an dalam dirinya.

Kesannya, bayi itu menjadi manusia yang sempurna, lengkap dengan anggota, pengetahuan dan sebagainya.

 

Itulah konsep utama didikan Allah. konsepnya seperti penciptaan pertama pada manusia.

Kemudian…. sekiranya Allah dengan kehendaknya ingin meneruskan didikan tersebut, nescaya cara dan kaedah yang serupa dipraktikkan kepadanya.

Ditambah dengan apa-apa yang dikehendaki olehNya supaya seseorang itu menjadi

Orang yang  bertakwa dan bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

 

Justeru, konsep didikan berterusan oleh Allah di atas dunia ini ada tiga:

1)      Mujahadah. Bersusah payah terhadap ujian yang menimpa, teruskan keranaNya.

2)      Sifat mulia. Dibuang sifat-sifat keji dalam diri dengan sentiasa praktikal sifat mulia dalam diri. Antara paling besar ialah sifat sabar, iaitu sifat yang mesti ada pada setiap Nabi Allah.

3)      Tahan diuji (tahnnuth)

 

Jalan untuk didikan ada dua:

1)      Pengalaman dan amalan yang berlaku sepanjang kehidupannya. Ilmu dalam buku, dalm otak atau melalui percakapan tidak bawa apa-apa makna. Selagi tak alami dan amal sendiri, selagi itu tiada sebarang didikan ke atas diri orang tersebut.

2)      Melalui jalan dakwah. Daku dah banyak bagitahu tentang perkara dakwah ini. Tetapi bukan maksudku di sini sebarang aktiviti atau sebarang pemikiran manusia nak kata tentang dakwah, tetapi dakwah yang Allah perintah para Nabi dan Rasul laksanakan ia.

Iaitu, dengan apa-apa cara tetapi tujuan dan niat adalah sama. Mengajak manusia kepada Allah, beriman kepada para Rasul dan hari akhirat, serta buat baik tinggalkan sebarang kejahatan.

Liku-liku dalam dakwah (berjumpa manusia, ragam mereka, penerimaan mereka, alasan, dan macam-macam lagi) itulah didikan Allah. kesannya… dia akan tahan diuji dna dia akan menjadi orang yang bertakwa kepada Allah.

 

Sebegitupun… semua ini hanya akan berlaku sekiranya Allah berkehendak untuk seseorang berada di jalanNya. Jika tidak….

Sepertimana kewujudan ramai manusia di mana-mana hari ini.

 

Bagi barang siapa yang Allah sedang menguji dan anda terasa diuji,

Sebenarnya Dia ingin menaikkan darjat anda, dan anda ada kedudukan tertentu di sana.

Hanya… bersabar dan teruskanlah melakukan apa-apa yang Allah suka anda lakukan ia.

(Sentiasalah berdoa moga Allah sentiasa memelihara dan memberikan taufik untuk anda. Keuntungan diri anda jika anda terus bersabar, kerugian pada diri anda sekiranya tidak mahu bersabar).

 

Sungguh…. membina keyakinan pada perkara ghaib (khususnya pada Allah) itu perkara yang payah dan susah. Tetapi, sesiapa yang berjaya membina keyakinan ini, maka tiada apa lagi yang mampu meruntuhkan kekuatan dirinya (rohani dan jasmani),

Sama ada dalam kehidupan dunia ini atau akhirat sana.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: