Sedutan penulisan lalu

Assalamualaikum w.b.t.

KE hadapan sekalian ummah, moga kalian sentiasa dalam kasih sayang dan pemeliharaan Allah s.w.t.

Hidup tempoh hari telah pergi, hidup hari ini sudah pasti, hidup esok hari belum tentu lagi.

Nyata, setiap manusia hanyalah diberikan masa untuk digunakan di dunia ini. Kelak, setiap masa yang telah diberikan akan kembali di tanya olehNya.

Baik masa yang digunakan, senang dan gembira di sana.

Buruk masa dibuang dan sia-sia, merana dan azab berterusan di sana.

Dalam lingkungan inilah tangan dan jiwa ini sentiasa memutar-mutar menyedarkan diri sendiri dan ummah akan masa yang diberikan olehNya. Moga ada kasih sayang daripada Allah untuk daku dan mereka, diselamatkan dari godaan duniawi, demi kepentingan hawa nafsu dan dorongan syaitan dilaknati Allah.

Dalam setiap penulisanku terdahulu,

Kadang-kadang daku akan juga perhatikan balik.

Dan, daku sendiri suka akan penulisan itu, terasa tersirat satu ilmu yang dalam dari Allah melalui tangan untuk disampaikan.

Oleh itu, ketika ini teringin daku mengajak kepada setiap pembaca kembali merujuk sebahagian artikel terdahulu yang mempunyai beberapa tema.

1)      Tema kebesaran dan kekuasaan Allah.

2)      Tugas kenabian dan peristiwa akhirat.

3)      Kecelaan duniawi dan kecintaan ukhrawi.

4)      Dakwah sebagai kerja ummat Nabi.

Ini antara isu-isu besar yang sentiasa ditampilkan. Diharapkan pembaca mampu berfikir secara analitikal akan karyaku ini, di samping moga Allah s.w.t memberi anda kesedaran akan pentingnya nilai dan kerja Nubuwwah ini.

(setakat ini tidak mengkategorikan secara keseluruhan ikut tema. mungkin lain kali akan susun. Insya-Allah)

Fi amanillah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: