Kehidupan itu berpasang-pasangan.

 

Dalam setiap penciptaan Allah, sentiasa ada hikmah dan pengajaran.

Hanya, adakah disedari atau tidak, itu sahaja perbezaannya.

Sebab itulah hikmahnya jua Allah berikan akal fikiran. Agar manusia tahu untuk berfikir, tetapi belum tentu benar, dan belum tentu itu sahaja digunakan.

Yang tetap dan benar, ialah al-Quran. Kerana al-Quran ialah kata-kata Pencipta, dan kata-katanya tidak memerlukan suasana, keadaan, kedudukan, atau sebarang perkara berkaitan makhlukNya. Sedangkan makhlukNya perlu sedar dan ikuti kehendak pencipta mereka.

Diselusuri bahasa dan kata-kata al-Quran, nescaya ummat ini tidak memerlukan lagi sebarang panduan yang paling berkesan, utuh, jitu, hebat, mantap, dan kekar

Melainkan cukup dengan intisari al-Quran apabila diamalkan.

Hadith bagi lebih khusus dan memudahkan urusan setiap manusia. Kerana hadith adalah dari seorang nabi, yang mempunyai sifat, karekteristik, dan pergaulan sebagai manusia biasa.

 

Amalkanlah kedua-duanya, pasti kita tidak akan sesat selama-lamanya.

 

Inilah fungsi utama akal, iaitu mengenal Allah dan RasuNya. Apa yang dikaitkan antara kedua-duanya, dan kepentingan akan kedua-dua perkara.

Tetapi, kedua-dua perkara ini sukar dilakukan kerana adanya musuh mereka, iaitu syaitan, nafsu. Penglihatan mereka pada medan duniawi, sama ada melalui makhluk atau dalam diri mereka sendiri (keinginan).

…………………………..

 

Cuba menghuraikan konsep berpasangan. Hal ini perlu dilihat supaya ketahui hikmah penciptaan Allah yang Maha Adil.

Allah telah menciptakan setiap sesuatu itu secara berpasangan-pasangan. Tidak kira apa benda, pasti ada pasanganNya. Dua, tiga, empat dan seterusnya, pasti ada pasangan untuk mereka.

Yang tidak berpasangan, hanyalah Dia. Apabila tidak berpasangan, bermakna tunggal, tidak ada nombor meletakkan kedudukannya.

Bila tunggal, tidak boleh beranak dan diperanakkan olehnya. Jika boleh beranak (berkembang) dan diperanakkan (meletakkan kepadanya untuk diperkembangkan), nescaya itu bukan Dia.

Tidak layak sesuatu yang agung, hebat, unggul, dan terulung ada sesuatu yang boleh diisbatkan sebarang perkara kepadanya. Tiada sesuatu boleh menyamai dan boleh dikatakan mampu untuk meletakkan sandarang kepada zat yang Maha Menguasai segala-galanya.

Ini konsep Allah. bukan satu, tapi Esa. Jadi, barang siapa yang mengatakan Allah itu berbilang atau sebarang perkara boleh bersandarkan (berkembang) daripada atau disandarkan (dikembangkan) keapda Dia, maknanya

Manusia tidak faham erti Tuhan, tak sedar nilai keTuhanan.

Hanya sekadar kepercayaan, meletakkan suatu anggapan. Anggap ini berguna bila terasa lemah dan tak terdaya. Terdaya atau mampu, tak peduli tentang Tuhan yang mereka percaya.

 

Khususnya kepada orang kafir (bukan Islam). Tetapi, tidak terkecuali kepada orang Islam.

Kenapa?

Bagi orang kafir (kufur-tertutup-tidak percaya pada Allah), mereka memang terang dan jelas sembah selain Dia. Bagi orang Islam (menyembah-menyerah diri kepada Allah) memang sembah Allah, tetapi keyakinan itu tidak ada dalam diri mereka.

Ya. Mereka sembah Allah. sembah itu di ruangan zahir, yang wajib dilakukan oleh setiap muslim. Tetapi, bagaimana ruangan batin/hati?

Adakah zahir di hati itu meletakkan keEsaan Dia? Jika benar keEsaan Dia dalam hati seorang muslim, nescaya keyakinannya bukan sekadar suatu ibadah, tetapi kehidupan sehariannya nampak kepentingan untuk Dia.

Jika berada pada kondisi ini, mereka  bukan sekadar muslim, tetapi mukmin, iaitu beriman (meyakini) Allah.

Jika tidak berada dalam kondisi ini, nescaya tindakan mereka seperti orang kafir. Maksudnya, bila rasa lemah, baru mengharap atau melihat kepada Allah. apabila terasa kuat atau mampu, melupakan dia.

 

Baik, kembali kepada persoalan. Apakah yang dimaksudkan dengan berpasangan?

Pasangan itu sebenarnya menunjukkan pada istilah ketidak kemampuan. Bila tidak mampu seorang, dia memerlukan pertolongan. Pertolongan itu datang melalui pasangannya.

 

Langit perlu ada bumi. Bulan perlu ada matahari. Siang perlu ada malam. Pasang perlu ada surut. Lelaki perlu ada wanita. Bunga perlu ada buah. Haiwan betina perlu ada haiwan jantan.

Misal yang lain, kaya dia perlukan orang miskin. Orang miskin itu perlukan orang kaya. Baju baru perlu baju cantik. Baju cantik perlu baru buruk. Ada wang perlu pada yang tak ada wang. Tak ada duit perlu yang ada duit. Raja perlukan rakyat, rakyat perlukan raja. Murid perlukan guru, guru perlukan murid.

Sekiranya lemah, carilah kekuatan. Sekiranya banyak bercakap, carilah ruang untuk mendengar. Sekiranya banyak mendengar, kena sekali sekala kena berkata-kata.

Barulah terjadinya keseimbangan berdasarkan kekurangan yang berlaku. Maka, betapa adil-Nya Allah menciptakan sesuatu kekurangan adanya kelebihan.

Inilah bukti fitrah Allah, sunnah Allah. Sekiranya manusia meletakkan dirinya seorang sudah mampu, bermakna dia telah lari dari fitrah Allah kepada makhlukNya.

Wallahua’lam. Sekadar mengolah kelebihan dan kekurangan yang wujud pada diri sendiri, dan hikmah penciptaan alam ini.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: