Menulis itu… dari hati.

Alhamdulillah… segala puji bagi Allah kerana memberikan daku kesempatan untuk menulis di sini. Sungguh, daku sangat bersyukur kepadaNya akan perkara ini! Kerana, daku pernah dan beberapa kali menulis di beberapa laman dan buat beberapa perkara berkaitan penulisan tetapi tidak lama dan berpanjangan. Entah beberapa lama, daku tutup laman itu atau tinggalkan saja menjadi sepi.

Tetapi, laman ini berbeza. Dan, memnag sangat berbeza.

Walaupun beberapa peristiwa yang berkaitan, bukan itu yang daku ingin nyatakan di sini. Yang ingin daku katakan,

“Apabila Allah berkehendak akan sesuatu perkara dan memberikan kekuatan untuk melakukan ia, pasti akan terjadi.”

Berkehendak= hidayah/ petunjuk

Kekuatan = taufik.

Salah satu (taufik @ hidayah) tak boleh. Dua-dua wujud, baru boleh berjalan sesuatu urusan dengan baik.

 

Baiklah,

Di sini sekadar ingin berkongsi one of story in a piece of my life. About as a writer and the effectiveness of the writing style.

Maksudnya,

Seseorang yang banyak berkata, dia banyak kesalahan dalam perkataannya. Seorang yang menulis, banyak salah laku dalam penulisannya.

Tetapi, seorang yang berkata untuk perkara yang bermanfaat dan menulis untuk suatu nilai yang bermanfaat, nescaya dia tahu nilai sebuah perkataan dan sebuah penulisan.

Kata-kata sang utusan Allah bernilai sehingga menjadi pedoman. Penulisan Imam al-Ghazali dan Imam mazhab fiqh bernilai sehingga dijadikan panduan.

Kenapa? Kerana mereka menulis atau berkata bukan kerana nafsu, sebaliknya kerana kebenaran yang ingin  disampaikan.

Kunci yang tersirat ialah KEIKHLASAN DALAM PENYAMPAIAN.

 

Penulisan ikhlas dan tak ikhlas.

Daku pernah ulas akan perkara ini sebelum ini. Hari ini, daku ingin ulangi perkara yang sama sekali lagi.

Kerana, ulangan itu suatu peringatan. Peringatan terbaik membawa nilai ketakwaan (taat dan takut kepada Allah).

Malah, kerana sedang menulis sesuatu. Tetapi, ternyata berbeza dengan nilai dan niatku menulis di sini (cuba ubah, tetapi nyata memakan masa…).

 

Penulisan yang paling ikhlas lahir daripada hati. Penulisan tak ikhlas dari fikiran dan nafsu atas sesuatu kepentingan sama ada tertentu atau peribadi.

Lahir dari hati pula bukan bermaksud luahan hati. Maksudnya, ikhlas menulis demi Allah untuk disampaikan kepada ummah.

Atas definisi ini, ada beberapa kelebihan yang akan didapati. Pertama, nilai dakwah. Kedua, pahala tangan yang menulis. Ketiga, jiwa akan dibina kekuatan iman. Keempat, penulisannya menjadi rujukan. Kelima, penulisannya menjadi evergreen, tak luput kerana zaman.

Ini antara perkara yang diperoleh ganjaran. Dan, mungkin banyak lagi.

Cuma, mungkin gaya penyampaian untuk yang menjadi tarikan. Tetapi, nilai ikhlas bukanlah terletak pada ramai yang melihat atau menatap,

Tetapi buah yang didapati dari tulisan dan mengesankan hati untuk dijadikan amalan oleh orang yang membacanya.

Inilah kesan sebuah penulisan yang ikhlas. Yang pasti, bukan sekadar nombor hasil jualan atau kualitinya di pasaran.

 

(Pandanganku,

Rata-rata mencari nilai ikhlas penulisan di pasaran amat tipis sekali. Kerana,

Memang ibarat orang ikhlas itu memang sangat sukar dicari.)

 

Penulisan tidak ikhlas pula,

Bukan bermaksud tiada nilai dalam penulisan. Ada  nilainya, Cuma tak terbina akan kelima-lima ciri tadi. Lompang salah satu, sehingga tak tercapai martabat ikhlas.

Mungkin orang yang membaca mengatakan, “Eh, seronok dan mengesankanlah penulisan tokoh ini”. Ya benar, memang dia berjaya menulis dan menggemparkan manusia yang membaca, malangnya ikhlas itu tidak terletak pada kata-kata pembaca,

Sebaliknya nilai penulis itu dengan Ilahi.

 

Suatu ketika (diceritakan), anak kepada Syekh Qadir Jailani ingin menggantikan tempat duduk ayahnya bagi menyampaikan syarahannya. Malangnya, setelah diusahakan tidak daapt menarik dan mengesankan para yang hadir sepertimana ayahnya menyampaikan. Lalu, Syekh berkata,

“Kamu menyampaikan dengan apa yang kamu banggakan dari apa yang kamu alami. Sedangkan, daku mengembara ke langit, dan menyelongkar rahsia langit untuk disampaikan di sini.”

 

Sekiranya seorang penulis itu mencapai darjat mulia di sisi Allah, hatta tak ada pembaca atau seberapa sahaja, nescaya penulisannya ada harga yang sentiasa bersambung nilainya. Tetapi, jika seorang penulis itu sekadar menghasilkan karya dan penulisan, hatta ramainya pembaca, nescaya penulisannya hanya ada satu harga dan nilainya tidak akan berterusan.

Bandingkanlah karya ini: Ihya Ulumiddin, al-Umm, Riyadhus Salihin, Halal Haram, Muwattaq, Sahih Sunnan Sittah, Muntakhabah Ahadith, dan Fadilah Amal; dengan karya  hari ini; novel, buku, majalah, akhbar, dan lain-lain, nescaya akan kenal,

Penulisannya hanya pada satu harga dan nilainya tidak akan berterusan, sehingga meninggalkan dunia ini.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: