Antara doa dan semangat.

Daku terkesima akan suatu perkara. Terasa baru kali ini daku berjumpa manusia yang apabila berkongsi akan perihal keimanan dan agama,

Dia menunjukkan keinginan yang mendalam, dari riak wajah, perbuatan sehingga ke pendengaran.

Sungguh… daku tak pernah jumpa orang sebegini selama ini. Selama usahaku menyebarkan akan nilai agama dalam kehidupan dan berjumpa sekalian ramai manusia atas demi agama Allah yang murni dan sempurna,

Inilah kali pertama daku berjumpa orang sepertinya.

Di sebalik kekurangan yang dirinya,

Tergambar cahaya pengharapan dan keinginan yang mendalam demi agama Allah SWT.

Hatinya dan perbuatannya tertarik dengan cahaya agama. Moga Allah sentiasa memberikan kemudahan kepadanya, kebaikan pada hari-harinya, dan menempatkan tempat terbaik kepadanya di akhirat sana.

Moga di sana dialah orang yang kacak, tampan, gagah, kaya, sang raja dan memiliki apa yang terkurangnya di dunia ini.

 

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu….”

“Wahai kasihanilah hambaMu ini yang lemah dan tidak berdaya…”

“Kurniakanlah hambaMu ini mendapat …….”

Dan lain-lain lagi. Ini adalah antara salah satu kepelbagaian doa manusia kepada Allah SWT.

 

Doa menunjukkan pengharapan. Pengharapan yang paling menonjol apabila seseorang itu benar-benar menunjukkan keinginannya, dengan beberapa tanda:

1)      Menangisi. Menangis atau keluarkan air mata di sisi Allah terlalu berniali harganya. Sehinggakan mata yang banyak menangis kerana takut akan Allah dan azabNya, akan melindunginya di hari akhirat kelak. Perkara ini juga menunjukkan bahawa mata yang menangis kerana takut akan Allah itu sedikit. Bukan mudah untuk lakukan, melainkan seseorang itu benar-benar merasai dan beriman kepada Allah SWT.

Lebih mudah untuk menangisi pemergian atau kekecewaan sesama manusia atau harta benda, daripada menangis sentiasa kerana Allah SWT.

2)      Mengangkat tangan. Perkara ini menunjukkan keinginan yang mendalam akan sesuatu permohonan. Sekiranya seseorang yang meminta sedekah tidak mengangkat tangannya, pasti orang tidak tahu sebenarnya dia meminta sedekah.

Tetapi tidak bagi Allah. Allah tahu orang yang meminta walaupun tidak mengangkat tangan. Tetapi, terlalu beratkah tangan itu  untuk menunjukkan pengharapan kepada Allah? Terlalu mahalkah tangan itu untuk diangkat semata-mata kerana Allah? terlalu berhargakah diri orang yang meminta sehingga tidak mahu mengangkat tangan memohon kepada Allah?

3)      Doa di mana-mana. Ini satu lagi menunjukkan kekurangan menyatakan pengharapan pada Allah. Ramai orang fokus doa hanya ketika lepas solat. Sedangkan, tak ada yang kata doa itu hanya khusus selepas solat. Doa boleh dibuat di mana-mana. Banyak tempat dan waktu terbaik untuk berdoa. Malah, doa terbaik sebenarnya ketika bersujud kepada Dia.

4)      Pengharapan dari Allah yang sentiasa sama ada sebelum atau selepas berdoa. Perkara ini memang agak payah nak rasa sekarang pada kebanyakan orang. Meliaht kewujudan Allah di mana-mana hikmah dari point ini. Ada masalah, ingat Allah, kemudian doa. Dapat nikmat, ingat Allah, kemudian doa. Sukar bukan? Ramai yang ingat selain dia bila ada masalah atau nikmat kurniaanNya.

 

Sekiranya timbul dan sentiasa wujud keadaan macam ini, barulah benar pengharapan  itu lahir untuk Allah, kerana Allah. jika tiada salah satu, belum lagi mengharap pada Allah, hakikatnya. Kesannya, bagaimana Allah yang Maha Besar dan Berkuasa itu mahu memakbulkan doa?

 

Lupa. Antara yang lagi penting untuk mengharap pada Allah,

Kenallah diri itu hamba, Dia ialah Tuhan dan Penguasa kepada diri si hamba. Jangan suka bermaksiat kemudian berdoa kepadanya. Tiada dua dalam satu perkara. Bertaubat dan istighfar dulu, barulah meminta kepadaNya.

 

Apa pula kaitan semangat?

Daku menilai akan keadaan yang mana, satu orang yang beriman dengan Allah dan satu lagi tidak meyakini kuasa dan kewujudan Allah.

Orang yang beriman apabila dia kurang atau teringin sesuatu, dia meminta kepada Allah.

Tetapi, orang tidak beriman apabila kurang atau ingin sesuatu, dia berusaha dengan keupayaannya.

Orang beriman, tidak memerlukan kekuatan utama pada semangat, tetapi memerlukan kekuatan kerohanian.

Sedangkan orang yang tidak beriman memerlukan kekuatan semangat, tiada kaitan dengan kekuatan kerohanian.

 

Impaknya, orang beriman walaupun dah hilang semangat, tiada punca, dah mengaku kalah, tetapi sentiasa berdoa,

Dia masih digelar tidak putus asa. Peluangnya akan datang dan semangatnya akan kembali bila-bila masa. Kerana, Allah itu bukan semangat manusia untuk hidup, tetapi Allah itu yang memberikan manusia untuk hidup.

 

Orang yang tidak beriman pula, setelah habis daya usaha, habis perancangan dan tenaga, habis perasaan dan segalanya, dia akan hilang punca.

Apabila hilang segalanya, dia berputus asa, akhirnya merana tiada kekuatan nak bina.

 

Inilah perbezaannya. Semangat atau spirit ialah perkara yang berbeza dengan kerohanian. Semangat datangnya daripada diri, sedangkan rohani itu datangnya daripada Ilahi.

 

Ibarat kata,

Orang berohani akan memiliki dua kekuatan. Satu diri sendiri dan satu lagi Allah yang bersamanya.

Orang bersemangat memiliki satu kekuatan. Hanya semangat dirinya yang berlegar, antara berjaya atau tidak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: