Kefahaman itu berbeda-beda.

Memahami perihal kehidupan dunia,

Terlalu mudah. Bagai tidak perlu diajar.

Nak main laptop? Komputer? Internet? Ipad? Iphone? Smartphone?

Semua orang tahu. Picit sana sini tanpa lihat pada manual, dah berjaya main dan tahu fungsinya dengan baik. Hanya orang-orang tua saja tak pandai dan cekap akan perkara ini. Kerana mereka tidak dilahirkan dan hidup ketika generasi gadget ini.

Jika ada macamana ubi kayu, bersawah, tanam padi, baiki rumah atau cucuk tanam tahulah. Tetapi, itu pun di kampung. Di bandar, orang tua pun sibuk dengan gadget dan nak masuk universiti.

Terkesan dengan suasana duniawi.

Malangnya,

Terlalu sukar nak kenal dan faham akhirat. Terlalu sukar dan sulit nak faham dan jelaskan akan kepentingan kehidupan beragama dan akhirat.

Cakap berpuluh-puluh kali pun belum tentu berjaya memahaminya. Tak kira di mana-mana. Sama ada orang yang belajar agama atau langsung tak belajar tentangnya. Sama ada di desa atau bandar raya. Semuanya sama.

Bila tanya tentang Islam, dipanggilnya orang yang lebih tahu sebagai ustaz, ustazah, syaikh dan sebagainya. Padahal dia hanya tahu lebih sikit saja. Belum tentu betul atau tidak perkara yang dijawabnya.

Bila tanya macamana nak tegakkan Islam, kita buat majlis ceramah, aktiviti, persatuan, pergerakakn, pasti poli9tik, dan lain-lain lagi. Tak terdengar pula seseorang yang berkata,

“Saya yang kena betulkan keimanan dan ibadah. Ajak orang lain sama-sama beri dan ambil peringatan.”

Ha… ayat ini power tetapi memang lagi power sebab orang terdengar terus terdiam.

 

Suasana.

Inilah harga suasana. Suasana yang membentuk pemikiran dan personaliti manusia.

Suasana itu…. dia tidak perlu besar usaha dan pergerakannya. Cukup kecil dan halus pun tak apa. Kesannya, terlalu besar sehingga orang yang dah berubah tak akan sama sekali sedar akannya.

Macam terkena sihir atau pukau. Bukan sedar pun bila kena.

 

Kenapa terjadi begini?

Kerana mereka buta atau dibutakan oleh Allah mata hati. Mata depan hanya untuk lihat. Mata akal hanya untuk fikir. Mata nafsu hanya untuk berkehendak. Dan mata hati untuk sedar kewujudan kehendak-kehendak Allah dan kepentingan agama serta hari akhirat.

Rumusannya,

Buta mata hati, butalah lagi manusia itu fikir, manusia itu menahan kehendak, dan melihat mana yang penting buat kehidupan yang sementara.

That is the central of vision. The truth vision will guide people to the truth and meaning of the truth life.

 

Suasana itu,

Dia menepati kehendak nafsu. Nafsu itu apabila berkuasa dan sentiasa berkuasa, dia yang akan memblock mata hati dari melihat keadaan yang berlaku.

Akal tak mampu menilai rasional akan sesuatu perkara apabila pemandu utamanya (iaitu hati) dalam keadaan tertutup atau diblock. Dia hanya tahu berfikir. Jadi, apabila nafsu yang suruh dia berfikir, maka fikirannya akal mengikut kehendak nafsu.

Jasad hanya melakukan. Melakukan kerana dia hanya sebagai kenderaan. Kenderaan untuk manusia ketika hidup di dunia ini.

 

Suasana itu,

Tidak menipu akal. Akal tidak bersalah akan perkara ini.

Apabila dikatakan akal tidak bersalah, maka dia dikaitkan dengan ilmu. Maka, bukan manusia itu tak ada ilomu menilai kerosakan dan kejahilan mereka menurut hawa nafsu itu.

Ada manusia tinggi ilmunya. Mengaji sampai professor dan ulama’ besar dalam bidang agama. Tetapi, tak mampu kawal nafsunya. Ikut juga perubahan zaman dan suasana, sehingga kata, “Solat itu wajib. Tetapi kewajiban itu perlu tunaikan bila masih adanya masa.”

Bukan solat itu wajib tetapi terlalu singkat masa yang ada untuk tunggu nak kerjakan ia.

 

Suasana itu,

Memerhatikan pelbagai kefahamn manusia akan agama Islam yang indah dan diredhai Allahb ini. Pelbagai kaedah, method, dan usaha untuk menegakkan agama Ilahi. Namun,

Satu maslahat yang timbul.

 

Iaitu,

Mereka… ya…. usaha untuk menegakkan agama Allah. tetapi,

Terlupa usaha itu sekadar memenuhi kehendak nafsu dan usaha itu sekadar memenuhi fardhu kifayah.

 

Langsung tidak ada menilai di manakah kehendak Allah dan RasulNya. Keutamaan memberi atas perkara fardhu ain dan kepentingan memelihara.

 

Apabila Islam semakin menjadi fitnah,

Lahirlah ramai manusia atas Islam yang sama,

Tetapi tidak mengenal Allah yang menciptakannya, Rasul sebagai panduan dan jalan hidupnya, serta

Akhirat tujuan dan keutamaan kehidupannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: