Niat. (1)

Hari ini agak sibuk. Daku sedang menyelesaikan beberapa tugasan, di samping perlu selesaikan tugas major di sini.

Daku tidak mahu olah lebih-lebih. Sebahagian sahaja kerana yang lebih untuk Dia yang menjadi tempat mengadu dan permohonan selama ini.

Yang penting, semoga setiap yang lihat laman ini doakan sentiasa kepadaku moga di permudahkan segala urusan. Sama ada dunia dan akhirat.

Terima kasih.

Hari itu ada menulis satu perkara. Berkenaan niat.

 

Bagiku, niat ini terlalu penting. Kerana dengan niat, lahirnya azam. Dengan ama yang jitu, lahirlah perbuatan.

Malah, niat yang baik dapat pahala. Niat yang buruk membawa kepada dosa (ada kata sampai berdosa).

 

 

Niat: permulaan perbuatan.

Niat ini sebenarnya bernilai di sisi Allah. Hatta, dengan niat Allah boleh menghitung hati seseorang hamba dan kedudukanNya di sisiNya.

Niat seorang yang ikhlas sentiasa merujuk kepada Allah. Sedangkan seorang yang tidak ikhlas atau tak beriman kepada Allah, maka selain Dia menjadi hitungan di niatnya.

 

Niat menggambarkan perbuatan seseorang. Seseorang yang betul niatnya, akan mudah untuknya melakukan perbuatan. Niat baik digambarkan oleh perbuatan baik. Dan niat buruk digambarkan pada perbuatan yang buruk.

Benar, niat itu di hati, tiada sesiapa pun tahu. Sebegitupun, apabila sentiasa betul hati, setiap perbuatan pasti orang tahu.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: