Makanan dan kelaparan: suatu usaha yang panjang.

Tetapi, impaknya besar!

 

Melihat suatu isu dalam makanan. Ah…. bunyinya seperti biasa, tetapi ingin melakukannya adalah luar biasa.

Ada orang melihat makanan, dia akan terfikirkan perutnya yang lapar. Ada orang bila sebut makanan, ingin pergi beli di kedai atau masak di rumah. Ada orang bila sebut tentang makanan, teringat nanti boleh bina perniagaan. Ada orang bila sebut makanan, teringin nak bina diet seimbang. Ada orang bila sebut makanan, terus nak jaga kesihatan. Ada orang bila sebut makanan, nanti time puasa tak boleh makan.

Tetapi ada tak orang sebut makanan, dia ingat Allah? atau bila sebut makanan, dia sanggup berlapar daripada kenyang perutnya? Atau bila sebut makanan, sanggup sekadar tak mahu nanti terlalu penat nak bekerja atau lesu buat sesuatu perkara? Atau bila sebut makanan, sanggup menahan nafsu  makannya di sini demi syurga yang pasti nikmat makanan ada bermacam-macam di sana.

 

Ha….. tentu susah bukan? Daripada bab makanan sahaja telah pecah dua pemikiran manusia. Satu aspek terfikir untuk hawa nafsu dan dunia. Satu aspek lagi lawan hawa nafsu dan ingat akhirat yang akan datang kepadanya.

Jadi, hari ini daku akan mengkritik tentang makanan dan keutamaan lapar. Tetapi isinya disampaikan secara rawak, ringkas dan padat. Semoga setiap orang di sini akan fahami apa yang ingin disampaikan (yang nyata perlu lakukan perubahan) tanpa meleret.

 

1)      Makan untuk perut.

Makan dengan perut adalah selari. Bila perut lapar, maka makanan akan dicari. Mana ada orang perut lapar, dia pergi main internet atau bola, bukan?

Sememangnya diakui, makanan itu sumber asasi dalam kehidupan. Tetapi, siapa kata makanan yang berlebihan itu adalah asas kepada kehidupan? Namanya pun asas, bukan perhiasan.

Jadi, perut makin kembang dan besar sebab terlebih makan. Masalah kesihatan banyak berasal daripada perut, sebab penuh dengan makanan. Bila perut kenyang, hati pun senang. Bila hati dah senang, tak akan dipeduli lagi orang yang dalam kesusahan.

Orang lebih sanggup isi perutnya dengan makanan diet, daripada biarkan ia berlapar. Padahal lapar itu lebih baik dan banyak manfaatnya daripada makanan diet.

Nak lihat kemampuan kita menahan perut daripada penuh dengan makanan? Cuba lihat juadah anda ketika berbuka puasa. Sekiranya mampu sekadar satu gelas air sejuk dan makan satu jenis makanan, maka anda berupaya untuk berlapar. Jika waktu puasa wajib pun tidak mampu tahan waktu berbuka, bertambah susahlah nak buat ketika bukan di waktu puasa.

Oleh itu,

Mula-mula nak tahan lapar, kurangkan waktu makan anda. Jika sebelum ini 4 kali sehari, jadi tiga kali. Bila buat tiga kali, mulalah terasa lapar. Bila lapar, tahan lah ia. Jangan dicari makanan. Jika anda buat, nescaya anda orang lemah terasa kekuatan diri sendiri terletak pada perut anda.

Belajar puasa 2 hari iaitu isnin dan kamis. Ketika berbuka, makan berbuka untuk makan malam saja, bukan ganti waktu tengah hari. Minum air lewat sikit lepas berbuka. Banyakkan amalkan sunnah makanan dari duduk lahap demi perut anda.

Kurangkan jenis makanan biasa anda makan. Makan jenis makanan yang kasar dan keras nak kunyah, bukan mudah dan senang untuk senangkan perut anda makan.

Kurangkan kuantiti. 3 kali makan, kuantiti makan kurangkan lagi.

Jika mampu, anda hebat. Jika tidak, berusahalah ke arahnya.

 

 

2)      Makan untuk perniagaan.

Sekiranya diteliti hari ini, banyak kedai, syarikat, restoran, kilang atau kedai yang menjual pelbagai jenis makanan. Dari bayi ke tua, dari sihat ke sakit, dari ada atau tak ada gigi. Semua jenis ada. Tambahan lagi di Malaysia ini. Syurga makanan.

Pendek kata, rata-rata Rakyat Malaysia sentiasa boleh makan kerana di mana-mana ada makanan.

Jadi, makanan mula menjadi buah topik perniagaan. Seminar, forum, kelas, dan buku mula tersebar akan kepentingan makanan sebagai perniagaan. Orang mula mencari sumber pendapatan hanya dengan melihat perspektif makanan.

Tetapi, betapa ramai orang nak kata, makan banyak bawa banyak penyakit? Atau ada tak buat seminar kurang makan hari demi hari demi kesihatan, atau jual buku kata, “Berhentilah makan sebelum kenyang!” Mungkin ada yang dengar atau beli, tetapi lagi ramai yang beli tapi tak dapat buat.

Ya lah…. lawan hawa nafsu bukannya mudah….

 

3)      Makanan untuk kesihatan.

Isu ini memang besar dalam Malaysia. Sudahlah banyak kes orang sakit NCD (non communicable disease), ini pun tak boleh rasa ralat lagi. Orang yang dah gemuk terus menggemukkan dirinya, yang diabetis teruskan menambah gula, yang darah tinggi teruskan lagi pendarahannya.

Huh… bukan mudah nak lawan sakit walaupun terang dan nyata penyakit itu datang sebab makanan yang sentiasa dimakan olehnya. Kerana apa? Kerana hawa nafsu dalam dirinya.

Nak sihat macamana? Buatlah klinik kesihatan, seminar diet atau sebagainya, selagi tak tahu dan konsisten untuk berlapar, selagi itu penyakit itu mendiami dia,

Yang nyata dia sendiri berusaha sedang menzalimi dirinya sendiri.

Oleh itu, lawan hawa nafsu pasti anda sihat! Banyakkan tahan lapar anda dijamin sihat (dan banyak lagi manfaat lain)!

 

4)      Makan untuk rumah tangga.

Perkara ini lebih besar daripada makan untuk perut sendiri. Perut sendiri, diri sendiri yang boleh sakit. Makan dengan keluarga, kita sama- sama tanggung sakit.

Jadi, makan dengan keluarga ini sebenarnya bukanlah suatu penyakit. Tetapi adalah perkara yang sangat baik. Kerana, makan berjemaah tidak akan dihisab makanannya. Malah, boleh eratkan hubungan kekeluargaan.

Tetapi, ada mudarat yang lebih banyak dibuat daripada manfaatnya. Pertama, masakan berlebihan. Kedua, masak sehingga tak ingat jiran. Ketiga, masak sehingga membazir. Keempat, ahli keluarga sikit tetapi masak banyak macam ahli keluarga besar. Lepas itu bila tak habis, dibuang dalam tong sampah.

Sekiranya malas nak masak, boleh beli dari luar atau makan kat luar. Bukan tidak boleh, tetapi jangan dibiasakan. Makan di luar terlalu banyak mudarat daripada manfaatnya. Makan tangan yang entah mana beli sumber makanan, entah mana amalan si tukang masak, entah macam mana dia masak, dan sebagainya perlu juga ambil kira sekiranya anda pentingkan hubungan makan bukan sekadar perut dan dunia.

Sebenarnya, jika diikutkan statistik perkembangan penyakit NCD ini datang daripada pemakan suka makanan daripada luar, bukan dari dalam rumah.

Dan ,sebaik-baiknya nak makan untuk rumah tangga, amalkan beberapa perkara ini.

1)      Masak janganlah berlebih sangat. Ok, kata lah anak ramai, pakat suka jenis masakan macam itu ini. Jangan dimasak semuanya. Letakkan hari untuk masakan mereka. Mereka tak puas hati? Terangkan kepada mereka. Berikan nasihat makanan yang berguna.

Nasihat berguna bukan bermaksud makan saja apa yang ada. Tetapi jaga adab dalam makanan, doa ketika dan selepas makan, amalan orang terdahulu tentang makanan, dan kata semangat makanan di syurga.

Ha, inilah nasihat terbaik! (Terkedu orang nak makan banyak)

2)      Jika ada lebih atau masak lebih, berikanlah pada jiran tetangga. Ini amalan mulia, dulu amalan rakyat Malaysia, tetapi sekarang tidak lagi bukan kerana ekonomi mencanak tetapi kerana banyak nafsu dalam perutnya. tak sanggup nak bagi orang lain sebab nak makan semuanya.

Jadi, usahakan untuk masak lebih niat demi orang lain. Bukan sahaja anda dapat pahala, malah Allah pun suka dengan perbuatan anda berusaha memberikan rezeki dalam genggamanNya.

3)      Masak makanan yang menyihatkan. Kurangkan gula dan garam, serta minyak. Banyakkan herba dan lain-lain yang menyihatkan. Makan buah sebelum benda berat, minum air lambat lepas makan nasi, dan amalkan doa ketika masak dan makan.

4)      Didiklah keluarga untuk makan hanya sekadar keperluan. Memang susah (sebab lawan nafsu) tetapi tetap kena buat jika nak lihat keluarga anda sihat dan jauhi maksiat.

 

5)      Makanan dan hiburan.

Ini lagi satu penyakit. Sebenarnya makanan tiada kaitan dengan hiburan, tetapi orang yang berhibur perlu makan.

Hiburan di sini menuju pada menonton TV, baca majalah atau lain-lain benda yang  tidak mendatangkan faedah dilakukan. Perbuatan ini ketika dilakukan secara automatik menyebabkan tangan cepat memasukkan makanan ke mulut (tanpa sedar kuantiti) kerana syok berhibur. Kesannya, duduk makan dengan banyak tanpa sedar kuantiti dimakan mendatangnya kegemukan lebih cepat daripada makan ketika tidak berhibur.

Kurangkan berhibur, kurangkan makan. Banyak berhibur, banyak makan.

 

6)      Makanan dan ibadat.

Hakikatnya, makan banyak, akan lemahlah nak buat ibadah. Ibadah dan makanan zahir sebenarnya tak selari. Banyak makan, kurang ibadah. Banyak ibadah, kurang makan.

Malah, setiap makanan itu nikmat Allah. bila datang dari Allah, kelak dia akan hisab balik nikmat tersebut. Jadi, banyak makan banyaklah hisab terhadap makanan anda. – –

 

7)      Makanan dan maksiat.

Makanan dan maksiat pula adalah selari. Setiap makanan yang masuk ke perut itu sebenarnya memberikan kekuatan untuk buat maksiat.

Kenapa? Kerana nafsu itu yang menjurus pada maksiat. Permulaan nafsu terletak di perut, dan permulaan kekuatan nafsu ialah apa yang senang diisi di perut, iaitu makanan. Bila nafsu dah kuat, maka kuatlah juga dorongannya kepada maksiat.

 

8)      Makanan dunia dan akhirat.

Ringkasnya, sekiranya seseorang ingin sentiasa merasakan akhirat depannya, dan dunia itu hina dan akan ditinggalkan,

Kurang dan jauhilah penuhi hawa nafsu di perut anda. Tak akan selari orang yang mencintai dunia dengan mencintai akhirat.

Kedatangan cinta pada dunia disebabkan terasa dan menikmati nikmatnya yang sementara. Seseorang hanya akan cinta dunia kerana nafsu sudah suka kepadanya. Nafsu yang suka disebabkan perut yang penuh dengan makanan yang dia sentiasa menyukainya.

 

9)      Makan atau lapar?

Pendek cerita, makan demi penuhi  nafsu. Lapar demi menekan hawa nafsu. Makan akan puaskan nafsu, lapar akan lemahkan nafsu. Makan akan kuat kepada maksiat, lapar kuat untuk jauhi maksiat. Makan akan kuatkan kecintaan pada dunia, lapar akan kuatkan keinginan pada akhirat. Makan akan mudah mendatangkan penyakit, lapar akan mudah untuk menjadi sihat. Makan akan menyukakan pada kelalaian dan hiburan, lapar akan jauhi dari lalai dan suka kepada hiburan.

 

Banyak lagi kritikan tentang makanan hari ini. Insya-Allah, lain kali moga ditambah akan perkara ini. Insya-Allah,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: