Keunikan usaha atas keimanan.

Pada suatu ketika, seorang ulama’ besar dalam usaha dakwah Ilal llah pernah ditanya,
“Sekiranya usaha dakwah ini perlu diberikan nama, apakah nama yang sesuai tuan?”
Kemudian, ulama’ itu berkata,
“Dahulu, perkara ini pernah ditanya kepada Maulana Ilyas rah. Kemudian dia berkata, ‘sekiranya ingin diberikan nama pada usaha ini, maka namakanlahia sebagai, ‘usaha atas iman.”

Pada hari ini, usaha atas iman telah tersebar ke seluruh dunia. Baru-baru ini, ada satu jemaah usaha ini telah datang ke kampung halamanku. Mereka dari Mesir dan datang selama hampir 1 bulan di kampung halamanku. Antara tujuan kedatangan mereka:

1) Mengislahkan diri sendiri. Iaitu agar mereka dalam kembali berada di landasan agama yang benar, sepertimana kehendak Allah dan RasulNya. Hidup dalam suasana manusia berbincang, bercakap, berfikir, dan mengamalkan apa yang wujud dalam agama. Meyakini akan kekuatan Tauhid dan melazimi sunnah Rasulullah dalam kehidupan.

2) Berusaha untuk menghidupkan suasana di Masjid sebagaimana pernah diamalkan ketika berada di Madinah dahulu. Dengan ini, lima perkara yang wajib ada di Masjid perlu diusahakan, iaitu fikir atau mesyuarat untuk agama Allah, hidupkan bacaan Hadith/ kitab di Masjid, berikan masa selama 2 jam setengah mengajak dan menyeru manusia kepada Allah dan rumahNya, buat usaha ziarah mingguan di Masjid sendiri dan masjid jiran, serta usahakan ke atas ummat untuk berada di jalan Allah SWT.

3)Menyeru manusia kembali ke landasan agama yang syumul. Bermula dengan ketauhidan dan amalan. Ilmu itu mendorong dan menunjukkan jalan kepada amal, bukan untuk mendabik dada kata dia betul orang lain semua tak betul (ego).

Berdasarkan tujuan ini, dapat diketahui maksud utama dakwah ialah untuk dirinya sendiri dahulu. Bukan untuk orang lain dulu.

Dengan erti kata lain, sekiranya seseorang itu tidak dapat (sebenarnya hakikat Allah tak pilih dia untuk usaha dakwah) untuk meneruskan usaha dakwah, maka dia sudah berubah dari jauh ke masjid, dekat kakinya ke Masjid. Dari suka cakap merapu, kepada cakap baik-baik dan agama. Dari tak ada janggut, sudah ada taufik simpan janggut (tak ada ulama’ yang suruh potong janggut. Nabi SAW sendiri melarang dari memotong janggut, wahai ummat….). dari tak pernah pakai pakaian sunnah (adat) kepada pakaian sunnah yang nyata orang tengok tahu sudah ini identiti orang Islam.

Ini pun sudah cukup baik. Apatah lagi sekiranya dia sendiri usahakan terus atas kalimah Iman.

Khidmat kepada jemaah dari Mesir
Pada kala itu, daku berada di kampung. Takdir Allah mereka (jemaah daripada Mesir) pun baru tiba. Ketika itu, daku ambil sikit masa untuk berkhidmat kepada jemaah ini di samping jumpa beberapa orang di kampung halaman untuk diajak mengingati Allah bersama-sama.

Malam hari, daku pelawa diri sendiri untuk berkhidmat makan kepada mereka. Alhamdulillah, ibu dan ayahku banyak membantu (walaupun sebenarnya tiada niatku untuk meminta pertolongan mereka). Sedap ibuku masak. Jika tak kerana teringat daku kena banyak berlapar dari makan, dah tentu daku lahap semuanya (hahaha…..).

Terima kasih jua pada ayahku. Susah payah ayah tolong belikan bahan-bahan nak masak. Moga Allah sentiasa berikan terbaik jalan yang Dia suka pada ayah dan ibu, dan memberikan syurga firdausi di sana.
Amin.

(Trivia: barang siapa yang sentiasa memberi makan kepada orang lain, nescaya Allah akan kurniakan beberapa perkara. Antaranya dibuka dan dipermudahkan pintu rezekinya, diberkati rezekinya, dijauhkan dari kebuluran, dan menarik rahmat Allah SWT. Barang siapa yang sentiasa mengajak tetamu ke rumah (sepatutnya setiap rumah ada kawasan lapang untuk tetamu) maka Allah akan melimpahkan kebaik kepada ahli rumah, kasih sayang, dijauhkan dari kemudaratan ahli rumah dan rezeki yang baik kepada ahli rumah. Lebih-lebih lagi kepada tetamu Allah-mereka yang datang ke rumahNya, ikhlas keranaNya, mengusahakan atas agamaNya, maka banyak lagilah ganjaran Allah berikan kepada ahli rumah yang berkhidmat kepada mereka. Biiznillah.)

Iman penentu pada usaha
Sepanjang daku usahakan atas manusia kepada Allah,
Inilah neraca seseorang itu untuk berada di jalan yang sama. Iaitu iman yang akan menentukan dia untuk menjalankan usaha dakwah.

Apabila seseorang itu istiqamah dalam usaha ini, nescaya wujud iman yang baik dalam hatinya. Kenapa? Kerana dia bercakap, fikir dan risau akan imannya dan iman orang lain, maka impaknya dia dulu yang akan datang kepada iman yang terbaik.

Tetapi, berhati-hati. Sekiranya buat usaha bukan kerana Allah (kerana kawan, kerana kesalahan orang lain atau tiada kesedarang kesilapan diri) nescaya tak ada effect yang baik kepadanya malah boleh jadi buruk lagi.

Apabila seseorang itu berada di jalan ini, nescaya dia ada kekuatan untuk datang bersolah di Masjid dan Surau. Dia tahu prioriti untuk dirinya dan hak kepada Tuhannya. Dia kenal dirinya sebagai hamba Allah dan ketika yang lain untuk berkhidmat pada masyarakat.

Malah, sepanjang pemerhatian dan pengalamanku sendiri, apabila tak buat usaha ini, nescaya dia tidak ada kekuatan untuk datang ke masjid. Dan jaga solat fadhu, jaga zikir, jaga hubungan sesama muslim, dan semakin sibuk dengan urusan diri sendiri. Perkara ini bukanlah menunjukkan kualiti iman yang baik, tetapi iman yang sakit.

Inilah keunikan dalam usaha dakwah. Tiada jaminan untuk seseorang kekal dalam usaha. Terlalu unik dan nilai keiklhasan, sehingga tiada sesiapa yang mampu kata dia boleh kekal dalam usaha dakwah ke atas iman melainkan ada hidayah dan taufik daripada Allah. Allah yang pilih manusia untuk datang kepada usaha ini, dan Dia yang pilih orang untuk usahakan atas perkara ini.

Doa dan sentiasa meminta Allah pelihara diriku dan selain ummat untuk usaha yang terlalu bernilai ini, yang mana ganjarannya bukan sahaja di akhirat sana, malah untuk dunia Allah akan memudahkan urusan-urusannya.
Insya-Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: