Makan atau lapar? (2)

Daku tahu.

Ingin berikan kefahaman tentang kerja dakwah ini bukanlah perkara yang mudah. Malah, terlalu sukar dan sulit dan tak boleh.

Sebab kefahaman tentang agama itu datangnya daripada Allah SWT. Dia yang akan berikan kefahaman agama kepada hambaNya yang Dia suka.

Jadi hakikatnya, nak bagi faham tetang nilai agama dan kerja mengusahakan agama,

Bukan terletak pada daku. Yang perlu (atau boleh) daku buat (dan diperintahkan) ialah menyampaikan.

Itu sahaja.

Dan itu jua peranan para Nabi (orang yang Allah bagi faham akan agama dan kerja mengusahakannya) dan Rasul Allah. iaitu mengajak manusia menyerah diri kepada Allah, beriman kepada Allah, memberi berita gembira kepada orang yang beriman kepadaNya dan menyampaikan peringatan pada orang yang tidak beriman kepadaNya.

Ini sahaja tugasnya. Bunyinya mudah bukan? Hakikatnya, ini yang paling susah, payah, dan bukan calang-calang kerja nak kena lakukan.
Kerana:

1) Kerana nak ajak orang yakin (bukan percaya) pada perkara yang GHAIB.

2) Kerana nak ajak manusia lawan kehendak dan keinginan mereka pada kemewahan dunia, kepada kemewahan akhirat (yang GHAIB)

3) Kerana nak lawan hawa nafsu, baru boleh faham nilai agama (agama dan mujahadah –susah payah- itu selari. Jika rasa agama boleh masuk ikut fahaman dunia, nescaya agama itu wujud dalam dirinya ikut hawa nafsunya, bukan kehendak Allah)

4) Kerana pilihan Allah. Dah Allah yang pilih, jadi pulun lah macamana sekalipun, kalau bos tak mahu tetap sampai bila-bila tak jadi apa-apa. Yang bos (Allah) suruh ialah,
KERJA UNTUK DIA. Itu sahaja. (Hahahaha…. memang tekan perasaan bagi sesiapa yang benar-benar buat kerja ini.)

Tetapi, kalau nak cerita kelebihan kerja atas agamaNya… huhu… .banyak sangat. Daku boleh ceritakan serba sedikit. Tetapi sama juga, hanya orang yang mengalami dan memahami serta terbuka mata hati saja faham akan kelebihan ini.

1) Dipermudahkan urusan hidup. Allah tak mahu dia susah payah buat kerja dunia, susah payah dia hanya buat kerja agama. Tetapi kadang-kadang Allah bagi susah supaya dia selalu melihat kepadaNya, dan tak lalai akan kesenangan yang Dia kurniakan.

2) Rezekinya dipermudahkan. Tak sempit rezeki. Ada banyak cukup, ada sikit pun cukup. Jika dah berkeluarga Allah cukupkan rezeki mereka sekeluarga.

3) Hidup tenang dan tenteram (dalam susah payah fikir dan mujahadah agama). Walaupun sentiasa bermujahadah dalam mengegakkan kalimah Allah di mulut dan hati manusia, mereka tetap dalam jiwa yang tenang dan tenteram. Tak gelabah. Ada masalah, kuat minta pada Allah. minta pada Allah dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah tolong dan bagi ketenangan kepada mereka.

4) Keluarga yang sakinah. Jika dah berkeluarga, dan keluarga juga sama-sama menanggung susah payah dalam kerja untuk agama Allah, nescaya Allah campakkan ketenangan, rahmat, keampunan, dan kasih sayang antara ahli keluarga. Memang orang pandang serong atau pelik, tetapi tidak bagi ahli keluarga tersebut. (berkenaan pandang serong manusia, itu biasa. Manusia kan… bukan Tuhan).

5) Rasa dekat dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

6) Merasai penghayatan dalam ibadah. Apa-apa sahaja sama ada zikir, ibadah fadu, sunnat, dan lain-lain. (Suatu ketika, ada suatu group present tanya ahli group macamana amal masing-masing. Ada slek sana, sini, dan lain-lain. Daku kata, “Iman pokok kepada semua amalan. Jika benar iman, pasti amal akan terjaga.” Tetapi, macam itulah. Manusia mana nampak iman dan nilainya dengan pancaindera kan?)

7) Akhirat nanti…. dapat gaji! Hah…. inilah yang paling ditunggu-tunggu. Dah penat bekerja, pengorbanan, bagi masa, susah payah, dan macam-macam lagi, inilah saat yang dinanti-nanti. Apa lagi? Orang dunia pun sibuk tunggu akhir bulan, inikan pula akan orang kerja untuk akhirat. Lagilah…. (tetapi, sebelum sampai akhirat lagi Allah dah tunjukkan kemulian dan kebaikan kepada mereka sebelum mereka meninggal dunia. Biiznillah.)

Ada macam-macam lagi, tetapi cukuplah bagitahu setakat ini. Dan, seperti yang diterangkan sebelum ini, hanya orang yang mengalami, memahami, bersusah payah, dan terbuka mata hati akan faham nilai kelebihan ini.

**************
Makan ini adalah suatu ujian yang sangat besar. Terlalu besar.
Makan ialah permulaan pada nafsu. Barangsiapa mampu menahan makannya, maka dia mempunyai kekuatan menahan hawa nafsunya.

Ia bukanlah perkara yang mudah. Menulis buku atau kat sini lagi mudah.

Bila saat lapar, dah boleh sentuh makanan. Terlalu lapar (bila tak puasa) hanya sikit sekadar lapik perut perlu buat.
Bila makan, tak boleh kenyang. Kalau kenyang, bukan ini maksud menahan lapar yang dia lakukan.

Tetapi, dengan berlapar banyak kelebihan seseorang akan peroleh. Dalam Ihya’ Ulumiddin, Imam al-Ghazali menyatakan 10 kelebihan lapar:
1. Menambah kecerdasan dan tajam penglihatan mata hati.
2. Menghalus dan membersihkan hati.
3. Menawarkan (mengurangkan) dan menghina (merendahkan kedudukan) nafsu. Dengan itu, tidak lagi memandang (suka) kepada nikmat (kesenangan), hilang (mencari) gembira dan tidak mensyukuri nikmat.
4. Menghancurkan seluruh (keinginan) nafsu syahwat, yang mengajak kepada maksiat dan perbuatan jahat.
5. Sentiasa merasakan akan kesusahan dan azab Allah.
6. Menolak (terhindar) daripada tidur dan kekal berjaga malam.
7. Memberi kemudahan dan kekuatan untuk rajin dalam ibadah.
8. Badan menjadi sihat dan dijauhi dari penyakit.
9. Mengurangkan kos perbelanjaan.
10. Menambah pahala kebajikan dengan sentiasa bersedekah dari makanan yang berlebihan kepada anak-anak yatim dan orang miskin.

Hakikatnya, nak ada kemampuan tahan lapar pun memerlukan taufik (kekuatan) daripada Allah. Apabila Allah izinkan, maka dia akan mampu menahannya. Jika tidak, sekejap saja lah. Setakat 1 minggu boleh. Satu bulan? Oohh… tidak…..
Lapar dalam dua kategori
Dalam usaha menahan lapar ini, ada dua jenis kategori manusia yang sentiasa cuba usahakan. Pertama ialah orang yang bertasawwuf. Kedua ialah orang yang berdakwah (yang benar. Bukan buat aktiviti). Kedua-dua ingin capai matlamat yang sama, iaitu menjadi hamba Allah yang bertakwa.

Bezanya, orang bertasawwuf buat hanya untuk dirinya sendiri. Tidak mengaitkan atau berhubung dengan orang lain.

Tetapi,bagi orang yang berdakwah, dia bukan sahaja melakukan untuk dirinya, tetapi juga menyeru orang lain usaha ke arahnya. Selain itu, kena tekan nafsu lagi apabila berusaha memberi makan kepada orang lain (demi menarik mereka kepada kebaikan Allah) tetapi dia sendiri tidak menikmati akan pemberian yang diberikan (kena tahan lapar).

Kerana itulah, kedudukan dakwah itu (walaupun pada perkara lapar) lebih besar dan melebihan tasawwuf. Kerana

Bukan saja dia kena untuk dirinya, dia juga kena usahakan untuk orang lain di sekelilingnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: