Mata yang melihat

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera diucapkan untuk sekalian ummah, agar sentiasa berada dalam keadaan sejahtera atas nikmat Iman dan Islam.

Semoga Allah s.w.t. sentiasa memelihara dan mengurniakan kebaikan sesama kita sehingga mendorong kita untuk beramal kepadaNya, ikhlas kepadaNya.

Menjadi penggerak kepada agama Allah yang mulia, seterusnya dikurniakan nikmat terbaik di dunia dan akhirat sana.

Amin.

Hari ini tiada idea tertentu yang nak disampaikan di sini. Hanya beberapa perkara yang berlaku dalm kehidupan untuk sama-sama berfikir dan selusuri.

 

Usaha dan pemerhatian

Antara usaha dan pemerhatian ini merupakan dua istilah yang berbeza. Ada manusia hanya memerhati dan kemudian mulutnya berbicara akan usaha/ perbuatan orang lain di sekeliling mereka. Bagi orang yang berusaha, ada yang banyak berkata dan ada yang tidak. Tetapi hakikatnya, orang yang berusaha lebih beruntung kerana mereka telah berusaha ke arah hasil, sedangkan orang memerhati hanya melihat hasil yang akan mereka (orang yang berusaha) perolehi.

 

Inilah keadaan masyarakat, keadaan majoriti ummat. Kebanyakan orang lebih suka perhati dan kritik, daripada lakukan dengan bersungguh-sungguh.

Jadi, jadilah orang yang berusaha. Jauhkanlah perbuatan sia-sia,walaupun hanya dengan melihat dan suka mengkritik.

Sekirannya kritikan untuk membina diri sendiri tak apa. Tetapi kritikan demi menambah dosa (umpat, kutuk, keji, hina, fitnah) nak buat apa?

 

Mata yang melihat.

Mata yang melihat itu ada empat punca. Punca-punca tersebut ialah mata di kepala (mata zahir), mata akal, mata nafsu, dan mata hati.

Setiap mata ini saling berkait. Lebih utama ialah mata batin, yang terdiri daripada mata akal, mata nafsu dan mata hati. Sekiranya ditakdirkan mata zahir tiada dan makin kabur, tetapi mata batin yang murni sentiasa terang, maka nilainya sempurna. Tetapi jika mata zahir sahaja terang, tetapi mata batin gelap dan buta, ini nilainya binasa.

Diumpamakan, mata zahir adalah kenderaan. Untuk melihat akan sesuatu, mata zahir yang akan mulakan. Kemudian, saluran mata zahir akan diterima kepada mata batin. Centre (pusat) mata batin ialah hati. Namun, pagar kepada mata hati ialah mata nafsu. Sekiranya mata nafsu itu tebal, maka penglihatan pada mata hati ialah dosa dan maksiat diterjemahkan oleh akal fikiran sebagai menteri yang menjadi sumber penyampaian, buah pemikiran dan komunikasi. Tetapi sekiranya mata nafsu itu nipis dan bersih, maka mata hati yang menerima ialah baik, kebajikan dan demi Allah, setelah dikomentar oleh mata akal sebagai penasihat dan pemberi buah fikir.

Mata hati ini yang akan melihat ke arah langit, menjadi pengantara penerimaan amal dan ilham daripada Allah. Jadi, mata hati menerima dua perkara. Satu daripada mata zahir yang melihat pada kehidupan, satu lagi pada ilham Ilahi yang disampaikan.

Mata hati ini penyuciannya ialah iman. Iman yang baik maka mata hatinya pun baik. Iman yang rosak/maksiat yang banyak maka mata hatinya buta dan tak ada fungsinya (mata nafsu ambil alih memerintah. Jadi, untuk sucikan mata hati, kaedahnya usahakanlah untuk menerima iman setiap hari. Usaha atas iman paling sempurna melalui percakapan yang baik mengingatkan manusia kepada Allah dan agamaNya.

 

Sebegitupun, tiada sesuatu yang tahu kebenaran yang diterima oleh mata hati. Selagi syahwatnya tidak bersih, tiada amal yang istiqamah, tiada ilmu yang benar menuju Allah, selagi itu yang dilihat oleh hati ada tersasar dan tersalah keadaannya.

Wallahua’lam.

Moga Allah lindungi daripada segala kesilapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: