Makan: dalam dan bersama-sama!

Sebelum menulis akan perkara ini (dah agak lewat malam mula menulis), sempat selak akan artikel ini sebelum ini. Daku berminat akan penulisan hatiku berkenaan kerja atau usaha atas agama Allah yang telah disampaikan. Hal ini kerana ia datang dari hati dan penghayatanku, bukan atas kreativiti atau idea, yang nyata boleh berubah atau silih berganti.

Bila dikatakan dari hati dan penghayatan, ia adalah perkara yang sentiasa sama dan tetap keadaannya. Misalnya, nak menghayati nilai solah. Maka, perlu sentiasa datang awal, secara berjemaah, tidak makan sampai kenyang, dan jauh dari sibuk fikir atas urusan duniawi serta lain-lain lagi. Perkara ini semua kena lakukan dengan istiqamah, bukan sekejap buat dan esok tukar lain. Itu aktiviti. Antara aktiviti dengan menghayati berbeza. Hayati perlu istiqamah (tetap dan berterusan) keadaannya. Sedangkan aktiviti sekadar nak tambah atau bina suasana sahaja.


Oleh itu, apabila daku katakan dakwah sebagai istilah kerja, maka ia adalah istiqamah atau dari hayati (= hati). Bukan aktiviti (nak buat boleh tak buat boleh). Apabila ditulis akan beberapa perkara sebelum ini tentang dakwah, itulah juga yang daku alami dan rasai serta sentiasa fikirkan setiap hari. Diluahkan melalui penulisan, moga Allah sentiasa menambah kefahaman dan kemudian memberi kekuatan untuk mengamalkan pada diri sendiri dan orang lain.
Amin.
****************
Daku tahu.
Ingin berikan kefahaman tentang kerja dakwah ini bukanlah perkara yang mudah. Malah, terlalu sukar dan sulit dan tak boleh.
Sebab kefahaman tentang agama itu datangnya daripada Allah SWT. Dia yang akan berikan kefahaman agama kepada hambaNya yang Dia suka.

Jadi hakikatnya, nak bagi faham tentang nilai agama dan kerja mengusahakan agama, bukan terletak pada daku. Yang perlu (atau boleh) daku buat (dan diperintahkan) ialah menyampaikan.
Itu sahaja.

Dan itu jua peranan para Nabi dan Rasul Allah (orang yang Allah bagi faham akan agama dan kerja mengusahakannya). Iaitu mengajak manusia menyerah diri kepada Allah, beriman kepada Allah, memberi berita gembira kepada orang yang beriman kepadaNya dan menyampaikan peringatan pada orang yang tidak beriman kepadaNya.

Ini sahaja tugasnya. Bunyinya mudah bukan? Hakikatnya, ini yang paling susah, payah, dan bukan calang-calang kerja nak kena lakukan.
Kerana:
1)Kerana nak ajak orang yakin (bukan percaya) pada perkara yang GHAIB.
2)Kerana nak ajak manusia lawan kehendak dan keinginan mereka pada kemewahan dunia, kepada kemewahan akhirat (yang GHAIB)
3)Kerana nak lawan hawa nafsu, baru boleh faham nilai agama (agama dan mujahadah –susah payah- itu selari. Jika rasa agama boleh masuk ikut fahaman dunia, nescaya agama itu wujud dalam dirinya ikut hawa nafsunya, bukan kehendak Allah)
4)Kerana pilihan Allah. Dah Allah yang pilih, jadi pulun lah macamana sekalipun, kalau bos tak mahu tetap sampai bila-bila tak jadi apa-apa. Yang bos (Allah) suruh ialah,
KERJA UNTUK DIA. Itu sahaja. (Hahahaha…. memang tekan perasaan bagi sesiapa yang benar-benar buat kerja ini.)

Tetapi, kalau nak cerita kelebihan kerja atas agamaNya… huhu… .banyak sangat. Daku boleh ceritakan serba sedikit. Tetapi sama juga, hanya orang yang mengalami dan memahami serta terbuka mata hati saja faham akan kelebihan ini.
1)Dipermudahkan urusan hidup. Allah tak mahu dia susah payah buat kerja dunia, susah payah dia hanya buat kerja agama. Tetapi kadang-kadang Allah bagi susah supaya dia selalu melihat kepadaNya, dan tak lalai akan kesenangan yang Dia kurniakan.
2)Rezekinya dipermudahkan. Tak sempit rezeki. Ada banyak cukup, ada sikit pun cukup. Jika dah berkeluarga Allah cukupkan rezeki mereka sekeluarga.
3)Hidup tenang dan tenteram (dalam susah payah fikir dan mujahadah agama). Walaupun sentiasa bermujahadah dalam mengegakkan kalimah Allah di mulut dan hati manusia, mereka tetap dalam jiwa yang tenang dan tenteram. Tak gelabah. Ada masalah, kuat minta pada Allah. Minta pada Allah dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah tolong dan bagi ketenangan kepada mereka.
4)Keluarga yang sakinah. Jika dah berkeluarga, dan keluarga juga sama-sama menanggung susah payah dalam kerja untuk agama Allah, nescaya Allah campakkan ketenangan, rahmat, keampunan, dan kasih sayang antara ahli keluarga. Memang orang pandang serong atau pelik, tetapi tidak bagi ahli keluarga tersebut. (berkenaan pandang serong manusia, itu perkara biasa. Manusia kan… bukan Tuhan).
5)Rasa dekat dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
6)Merasai penghayatan dalam ibadah. Apa-apa sahaja sama ada zikir, ibadah fardu, sunnat, dan lain-lain. (Suatu ketika, ada suatu group present tanya ahli group macamana amal masing-masing. Ada slek (terkurang) sana sini, dan lain-lain. Daku kata, “Iman pokok kepada semua amalan. Jika benar iman, pasti amal akan terjaga.” Tetapi, macam itulah. Manusia mana nampak iman dan nilainya dengan pancaindera kan?)
7)Akhirat nanti…. dapat gaji! Hah…. inilah yang paling ditunggu-tunggu. Dah penat bekerja, pengorbanan, bagi masa, susah payah, dan macam-macam lagi, inilah saat yang dinanti-nanti. Apa lagi? Orang dunia pun sibuk tunggu akhir bulan, inikan pula akan orang kerja untuk akhirat. Lagilah…. (tetapi, sebelum sampai akhirat lagi Allah dah tunjukkan kemuliaan dan kebaikan kepada mereka sebelum mereka meninggal dunia. Biiznillah.)

Ada macam-macam lagi, tetapi cukuplah bagi tahu setakat ini. Dan, seperti yang diterangkan sebelum ini, hanya orang yang mengalami, memahami, bersusah payah, dan terbuka mata hati akan faham nilai kelebihan ini.

**************
Kali ini daku ingin discuss lagi tentang makanan. Seronok!

Hah?? Apa yang seronok?
….
Mungkin orang akan pandang apabila disebut tentang makanan, ia adalah perkara biasa. Tetapi, bagiku,
Ia adalah perkara yang luar daripada biasa. Ia perkara luar biasa!

Kenapa?

Sebab… daku sentiasa melibatkan isu makanan dengan atas tiga perkara.

1)Melibatkan ALLAH dalam perkara ini. Ya… Allah yang menggerakkan daku untuk berfikir, menulis, dan sebagainya dalam kehidupan ini, khususnya atas sebab makanan. Ya… apabila seseorang melibatkan Allah dalam urusan kehidupannya, nescaya yang berlaku kepadanya adalah pelbagai hikmah yang tak pernah dijangka akan berlaku kepadanya.

2)Ilmu yang dipelajari. Ya….. daku belajar akan perkara ini. Daku pernah belajar akan perkara ini. Dan daku sedang belajar akan perkara ini. Dulu dan sekarang adalah perkara yang berbeza. Bertambah beza apabila niat daku belajar atas tiga perkara, iaitu keberkatan, amalan dan penyampaian.

3)Amalan yang dilakukan. Inilah yang paling bernilai. Amalan ini merupakan suasana nilai yang sangat besar, yang nyata orang (kebanyakannya) paling susah nak lakukan. Sungguh… apabila diamalkan barulah terasa kesan yang dipelajari, betapa benar Allah itu yang sentiasa memberi taufik dan menguasai. Tanpa amalan, sekadar cerita bolehlah. Kesannya, tiada.

Hari ini daku nak terangkan atas amalan yang sentiasa cuba dilakukan. Moga Allah sentiasa memberikan daku kekuatan dan taufik untuk mengamalkan. Seterusnya dilakukan oleh orang lain. Amin.

Sejak Allah SWT melimpahkan taufik untuk daku belajar akan perkara ini, sentiasa terbayang dalam minda dan tindakanku betapa besa, penting dan hebatnya makanan dalam kehidupan. Mungkin orang lihat hanya buat perut, perniagaan, dan keperluan harian.

Tetapi bagiku lebih dari itu. Sehingga melibatkan amalan dan kepentingannya kepada agama Allah SWT.
Dahsyat bukan bunyinya? Haa…. memang macam itu pun. Orang-orang terdahulu menjadikan makanan ini isu besar dan memang dikaitkan dengan corak kehidupan mereka. Cuma hari ini manusia makin buta, kerana makanan penuh di perut, menutup pandangan hati mereka (sebab nafsu menguasai/ menutupi pandangan hatinya).

Makan di dalam, bukan di luar.
Salah satu amalan yang sedang daku usahakan ialah makan di dalam, bukan di luar.

Huh…. apa benda itu?

Maksudnya… makan di dalam rumah/ bilik. Bukan di luar seperti kedai,restoran dan sebagainya.

Hah…. kenapa?

Kerana… banyak perkara. Yang pasti, setelah daku sendiri amalkannya,
Memang nyata makan di luar itu banyak keburukan dan kerosakan. Sesiapa yang makan di dalam banyak manfaat dan kebaikan. Antaranya masakan orang lain (yang tak tahu amalannya-sedangkan kajian @pemerhatianku pada amalan, sumber dan bagaimana cara masakan), mata yang melihat masakan, dan tangan yang menggenggam makanan. (Namun, bukanlah terlalu rigid sampai tak sentuh langsung masakan/makanan di luar. Bukan begitu. Tetapi tak senang untuk makan di luar, lebih senang jika nak kena beli sebagainya untuk makan di dalam sahaja.)

Jadi, apabila dikatakan makan di dalam, perlu usaha untuk:
1)Masak/ sediakan makanan sendiri.
2)Bersama-sama. Makan sebenarnya tak boleh makan sendiri kecuali pada tiga waktu. Apa? Nanti akan diterangkan.
3)Doa. Ketika memasak/ sediakan makanan, sedang makan, dan selesai makan.

Memang bunyinya susah bukan? Tetapi, sekiranya sentiasa dilakukan pasti Allah akan beri kemudahan. Percayalah… sebab Allah itu yang Maha Berkuasa, sedangkan makhlukNya memang lemah dan tak berdaya.
Di mana-mana sentiasa daku akan ‘makan dalam’. Kalau pulang ke kampung pun, daku akan makan di rumah. Jika keluar di jalan Allah, daku makan secara berjemaah. Jika di pusat belajar, makan dalam bilik sendiri. Kalau kelak ada rumah sendiri? Sama juga.

Makan bersama-sama.
Makan ini terlalu banyak manfaatnya. Tetapi manfaat itu semakin diperoleh sekiranya makan bersama-sama.
Antaranya (yang sedang amalkan dan moga Allah sentiasa membantu) ialah makan bersama-sama. Terlalu banyak peranan dan kelebihannya, yang nyata akan diperoleh oleh orang yang bersama-sama.

Dengan makan bersama-sama, hubungan seseorang akan bertambah erat. Diberi keberkatan akan rezeki dan kasih sayang sesama orang yang makan.

Malah, apabila makan bersama-sama, niat untuk memasak atau sediakan makanan juga berbeza. Jika makan seorang, niat untuk seorang dan buat kurang pun boleh. Bukan orang peduli. Tetapi apabila makan bersama-sama, niat untuk sediakan sudah lain. Masakan pun nak kena jaga. Paling kurang, mesti lebih sedap dari makan sendiri.

Oleh itu, amalan yang penting (sama ada ketika di mana-mana) ialah makan bersama-sama. Tetapi, jika keadaan tak menentu untuk sama-sama makan, maka sebaiknya makan sendiri pada dua tempat ini.

Pertama ketika waktu sahur. Kedua ketika waktu berbuka. Pada waktu yang lain, hanya sekadar bagi sedap perut untuk buat kerja atau ibadah sahaja.

Sebab ada pandangan mengatakan, barang siapa makan pada tiga tempat ini, nescaya makanannya tidak akan dihisab. Pertama ketika waktu sahur, waktu berbuka dan waktu makan bersama-sama. Wallahu a’lam.

Inilah dua gabungan makan yang terbaik dan insya-Allah boleh diamalkan. Pertama, makan di dalam (kalau nak kena beli pun, preferlah makan di dalam rumah/bilik anda). Kedua, makan bersama-sama. Usahakan. Insya-Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: