Masaku… milik Allah!

Baru-baru ini daku terbaca satu buku, iaitu Rasulullah is My Doctor. Dah lama beli buku ini, tetapi tak sempat nak baca sibuk dengan kerja dan keutamaan lain di sini. Alhamdulillah, di pagi mulia itu akhirnya daku sempat membaca dan Allah membuka ruang masa untukku membuat beberapa perkara lain. Kebaikan buku ini iaalh gaya penceritaan yang bersahaja berkenaan makanan yang bermanfaat untuk kesiahtan dan peberapa perubatan berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w dan tradisional.

Daku cuba untuk olah akan perihal kepentingan makanan ini lebih lanjut. Memang seronok apabila membicarakan perkara ini di sini. Kemungkinan besar kerana adanya kehendak Allah s.w.t yang baik untuk daku sampaikan dan kerana beberapa perkara yang daku pelajari daku sendiri amalkan. Alhamdulillah, bersyukur akan nikmat Allah dan taufik yang Dia sentiasa berikan.

Terima kasih ya Allah.

 

Tetapi, mungkin tak beberapa kesempatan pada waktu sekarang. Di lain masa, insya-Allah. Cuma, dalam perancangan dengan pembimbingku di sini, insya-Allah akan diusahakan untuk sebarkan maklumat dan kesedaran akan perihal makanan ini kepada khalayak ramai melalui penulisan buku, tidak lama lagi.

Moga dipermudahkan Allah dan tidak mengganggu keutamaan pembelajaran di sini. Diperbaiki niat supaya keranaNya dan doa ada hasilnya dari sekalian ummat.

Amin.

Alkisahnya…..

Dua minggu lepas daku agak kesibukan. Sibuk dengan beberapa urusan yang mendatang dan perlu diselesaikan. Hal ini berlaku boleh dikatakan serentak setelah daku mengubah satu etika dari urusan hidupku.

 

Impaknya, ia tiba seperti suatu  masalah baru. Peristiwa ini menjadi sentiasa berterusan sehingga terasa jengkel, sibuk dan terkilan pada setiap hari.

 

Maka, daku nilai kembali. Mesti ada sesuatu yang tak kena.

………….. (checking process)…………

 

Ya. Ada yang tak kena.

Setelah lama mencari dan menganalisa, satu kesimpulan tepat dapat dibuat. Kesimpulan yang paling jelas dan tuntas kerana pernah berlaku akan hal yang sama. Ya. Ini kesimpulan paling tepat.

 

Iaitu, ada sesuatu daripada perancanganku dan tindakanku yang bersalahan di sisi Allah SWT.

 

Ada kesilapan pada aturan perancangan hidupku. Dan apabila berjaya diselesaikan kesilapan itu, akan berlaku perkara lebih baik. Insya-Allah.

 

Masa: dua bahagian.

Sebenarnya kesibukan yang dimaksudkan ialah,

Merujuk pada perihal kerja dan pembelajaranku. Tiba-tiba datang banyak perkara yang perlu daku lakukan modified dan perancangan. Tambahan lagi idea tak datang dengan baik dan banyak kerenah pula ketika melakukan urusan ini. Oleh kerana itu, daku mula mencari masa yang lebih untuk melakukan. Jika sebelum ini tidur agak awal, terpaksa tidur agak lewat. Tetapi, pada pagi hari jadi tak efektif pula.

 

Walaupun masalah tiba-tiba datang, daku tak boleh ambil ketetapan masa yang sememangnya telah dibahagikan. Jika tidak, lagi banyak bencana lain akan menimpa. Hal ini berlaku kerana atas dua perkara. Pertama: masa itu bukan milikku. Maknanya, daku hanya merancang mana-mana yang terbaik. Tetapi Allah yang menciptakan masa. Oleh itu, daku perlukan masa darinya yang khusus dariNya, iaitu keberkatan masa (ketika melakukan kerja walaupun masa sikit/minima, tetapi boleh siap banyak perkara). Kedua: masa untuk urusan lain. Maksudnya, daku tak boleh pentingkan masa demi untuk diri sendiri. Hakikatnya, kebaikan pada masa akan datang apabila sedia dikongsi dengan orang lain. Hal ini kerana masa akan terus bergerak, sama ada guna atau tidak. Kalau guna perkara baik akan datang manfaat. Jika tidak, sebaliknya yang berlaku. Manfaat yang terbaik datang dari kebaikan yang diberikan, bukan dari kepentingan peribadi.

 

Oleh itu,

Sebenarnya pembahagian masaku kini wujud pada dua bahagian. Separuh masa untuk urusan agama Allah (ibadah, dakwah, dan lain-lain). Manakala separuh lagi untuk urusan kehidupan (belajar, baca buku, keluarga dan lain-lain.)

 

Wah… sulitnya!

Ya…. daku akui jika manusia menilai daku bahagikan masa,

Ia memang sulit dan sukar.

Sebab, daku sendiri yang buat perkara tersebut pun akui akannya.

 

Tetapi, kerana yakin dan keupayaanku, daku letakkan (tawakal) pada Allah. Jika Allah redha, pasti Dia sendiri yang bagi kemudahan dan kekuatan untuk mengatasi kekurangan yang berlaku. Maka, daku hanay cuba usahakan dan lakukan saja. Dan memang benar, Allah yang Maha Berkuasa yang membantu atas segala-galanya.

 

Di atas segala kepayahan ketika bermula dan memulakan, akhirnya dipermudahkan jalan. Alhamdulillah, daku berjaya melalui pembahagian masa ini dengan baik, mengikut kehendak Allah kepadaku. Terima kasih dan syukur padaMu ya Allah.

Dan, daku tak boleh curi masa yang telah daku berikan pada Dia. Jika tidak, bencana lebih buruk akan menimpa.Bukan kata kosong, tetapi memang dah berlaku sebelum ini. Dan, sesekian waktu ada daku catatkan di laman ini.

 

Jadi, apa-apa pun terjadi, mesti diselesaikan dalam separuh masa lagi.

 

Mengkoreksi diri

Muhasabah. Bagaimana kesulitan ini tiba dalam kehidupanku dan apakah yang menyebabkan berlakunya ia. Bagaimana pula nak menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya, daku sedar satu perkara. Yang memang ada kena mengena dengan masa yang disebutkan di atas.

Iaitu,

Daku telah curi masa yang separuh lagi tanpa disedari. Dan beginilah yang terjadi!

 

Oleh itu, ada beberapa perkara perlu dilakukan.

 

Pertama: betulkan balik niat. Niat kena betul bahawa Allah yang menguasai segala urusan, manusia hanya menjalankan/usaha menyelesaikan segala urusan.

Dalam niat dan perbuatan ini, ada dua perkara terbesar dalam Islam, iaitu kesatuan tauhid dan tawakal. Tapi maaf, daku tak boleh ulas di sini.

Kedua: betulkan amalan (bukan pertingkatkan).

Ketiga: berdoa mohon ampun dan pertolongan daripadaNya.

 

Doa: suatu usaha yang teguh dan berterusan

Mungkin ramai orang hari ini, makin mula tak yakin dengan kekuatan doa. (buat doa lebih kurang, malas nak doa lepas solat dan  sebagainya). Tetapi bagiku,

Tiada kekuatan dan senjata paling ampuh melainkan ini. Lebih dahsyat dari sniper atau rifle, lebih kuat dari bom atom atau nuklear.

Doa ialah kekuatan luar biasa. Suatu permintaan yang paling berkesan dan paling utama untuk dilakukan oleh sekalian manusia.

Doa menghubungkan hamba yang lemah dan tak terdaya dengan yang Maha Dahsyat dan Berkuasa untuk melakukan apa sahaja dan segala-galanya. Inilah kekuatan sebalik doa yang nyata tiada apa pun yang boleh menandinginya.

Cuma, kena bersabar, jaga adab dan tak gelabah dalam meminta. Itu sahaja.

 

Jadi, doakan daku dipermudahkan segala urusan di sini jua. Kepada setiap manusia yang kenal dan sentiasa di laman ini, terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan kepadaku selama ini, sama ada sedar atau tidak disedari.

Semoga kita semua dalam pelindungan, kerahmatan dan kasih sayang Ilahi sentiasa. Amin.

 

Suatu pengajaran.

Hikmah daku menukilkan perihalku di sini, agar setiap orang yang melihat ambillah ia sebagai pengajaran. Mungkin ada alami suatu masalah tetapi tak dapat cara terbaik untuk menyelesaikan.

Oleh itu, perhatikanlah kembali hubungan kita dengan yang Menciptakan kita. Mungkin kita tak ada masalah sesama manusia, tetapi kita ada masalah dengan Dia. Kesannya, hidup jadi tak tentu arah dan masalah datang tiba-tiba tanpa dijangka.

Apabila berlaku keadaan sedemikian, betulkanlah kembali amalan kita kepadaNya. Jika tak pernah beramal langsung, mulakanlah dari sekarang. Jika selalu beramal, betulkanlah amal itu dengan istiqamah dan tumpuan kepadaNya. Jika tak ada kekuatan untuk meneruskan, bermakna iman itu sedang kurang, penyelesaiannya kuatkan iman. Jika iman ok, tetapi amal kurang, itu namanya malas-nafsu +syaitan. Jadi, berlindunglah kepadaNya, jangan peduli dengan gangguan fikiran dan kemalasan anda.

Tekan nafsu anda berjaya. Ikut nafsu anda gagal sampai bila-bila.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: