Monthly Archives: Januari 2014

Jadilah roh kepada kebaikan!

 

Hari demi hari yang berlalu,

Daku semakin berasa hidupku dan masa yang daku ada terlalu bermakna. Terlalu bernilai dan bermakna!

Sehingga daku terasa tak boleh lalai dan leka membiarkan masaku berlalu begitu sahaja. Daku ingin menggunakan masaku dengan benar-benar bermanfaat, hanya kerana Allah dan RasulNya.

Dari detik fikir dan risau (untuk agama dan amalan agama), dari hati yang sentiasa berdegup (untuk mengingati Allah dan perkara yang disukaiNya), dan setiap kelakuan dan pancaindera, dan lain-lain lagi yang wujud dalam diriku,

Hanyalah kerana Allah dan RasulNya. Hanyasanya kerana Allah dan RasulNya.

Continue reading →

Advertisements

Ilmu Allah: dua perkara

Sungguh, bukan datang sendiri kefahaman atas agama Allah, atau kefahaman atas nilai dunia dan akhirat, melainkan Allah s.w.t. yang memberikan kepada seseorang itu petunjuk.

Kefahaman atas agama Allah itu amatlah luas. Kefahaman atas nilai dunia dan akhirat juga tidak oleh dinilai dengan mata zahir ini. Tetapi, kedua-dua kefahaman ini akan datang di atas kelapangan hati, pandangan hati yang bersih dengan kurniaan dan rahmat dariNya.

Oleh itu, apabila diceritakan atau dikhabarkan akan nilai dunia, akhirat atau agama Allah, bukan setiap orang yang dikhabarkan itu faham akan perkara yang sama. Tidak semua dikurniakan keinginan dan kemampuan untuk menilai akannya.Walaupun di dalam kelas yang sama, medan yang sama.

Continue reading →

Makanan: risiko pada rohani

Daku pun tak faham keadaan kini. Sepanjang daku berjumpa manusia untuk menyampaikan agama, terlalu sukar daku lihat keinginan dan penghayatan mereka kepada ad-din yang hak.

Terlalu banyak fitnah (ujian). Sama ada golongan tua atau muda, kaya atau tak berupaya, sihat atau sakit, semuanya sama sahaja.

Bukannya mereka tidak tahu nilai Islam dalam kehidupan, tetapi tidak dapat faham macamana nilai itu ingin diterapkan dan sentiasa menjadikannya tujuan dalam setiap tindakan. Inilah yang sentiasa berlaku apabila daku berjumpa orang tertentu untuk menyampaikan maksud agama Allah.

Continue reading →

Bimbingan Allah (3)

Alhamdulillah…. segala puji bagi Allah yang masih memberikan daku kehidupan dan rezeki untukku meneruskan kehidupan, sama ada untuk keperluan duniawi ini, dan hari akhirat yang akan berkunjung tiba nanti.

Bersyukur lagi kepada Allah, dengan limpahan rahmatNya, masih lagi dikurniakan nikmat Islam dan Iman, kerana tiada daya manusia untuk menggapainya, sekiranya tiada langsung pilihan Allah untuk merahmati hamba-hambaNya.

Bersyukur lagi dengan kurniaan Allah, betapa banyak diberikan kepadaku taufik untuk terus menyatakan keimanan dan melakukan amalan, yang nyata memang daku tak mampu melainkan Dialah yang memberikan daku kekuatan dan kelapangan untukku melakukan.

Terima kasih ya Allah. Moga Engkau sentiasa memberikan daku petunjuk di atas jalanMu yang sentiasa benar dan jauhkanlah daku daripada jalan yang Engkau tidak redhai sama ada di dunia atau akhirat nanti.

Juga kepada kedua ibu bapaku, guruku, sahabatku, jauh dan dekat, dan buat sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.

Amin.

Continue reading →

Pemeliharaan Allah.

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera kepada baginda Nabi s.a.w. Solawat dan salam kepada baginda dan ditujukan kepada isteri dan para sahabat r.anhum.

Semoga Allah menerima solawat kami kepadamu, ya Rasul Allah. Semoga kami dibbangkitkan kembali dengan menerima syafaatmu, wahai kekasih Allah.

Continue reading →

Ujian besar dalam dakwah.

Daku tak tahu sama ada orang lain mengalami perkara yang sama atau tidak. Tetapi bagiku sendiri,

Nak benar-benar mendakap perkara akhirat dan keyakinan pada Allah, adalah perkara yang terlalu sulit dan payah.

Masakan tidak. Orang lain hidup dan sentiasa senang-senang dapat itu ini begitu begini, kita susah-susah tahan diri dari melibatkan perbuatan dan bersenang-senang seperti mereka. Bukannya tidak mahu, bukan lagnsung tak ada keinginan, tetapi selalu terbayang kurniaan dan bimbingan Allah serta gambaran nikmat dan kemuliaan di akhirat sekiranya menahan ini semua, sekadar kemampuan yang ada.

Continue reading →

Maqam Daie.

Beberapa hari lepas, daku mendengar satu kuliah agama yang bertemakan tasawwuf yang sentiasa diadakan setiap minggu, hari Ahmad di area ini. Kuliah itu agak menarik kerana huraiannya yang jelas, tak meleret, ada point, dan hikmah dalam penyampaian. Ramai juga orang yang hadir mendengar walaupun setiap minggu diadakan.

Pendek kata, beliau yang mengajar ialah seorang yang berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Moga Allah berikan keberkatan kepada guru agama tersebut. Moga Allah melimpahkan taufik untuk beliau terus menyampaikan dan daku yang mendengar diberikan kefahaman.

Amin.

Continue reading →

Jahiliyyah kembali tanpa disedari.

Assalamualaikum w.b.t.
Ke hadapan ummat Islam yang dikasihi,
Moga Allah sentiasa pelihara kita dan lindungi kita dunia dan akhirat nanti.

Wahai para orang yang beriman,
Peliharalah diri kamu dari sebarang perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah kepada kalian. Terutama jauhilah dari sebarang jenis kemaksiatan, walaupun kalian sentiasa sibuk dengan kesenangan duniawi yang berpanjangan.

Wahai para orang yang bertakwa,
Peliharalah hubungan dirimu dengan Allah SWT. Jadikanlah sunnah RasulNya yang dikasihi, Muhammad SAW sebagai jalan hidup dan panduan dalam melakukan sesuatu perkara. Jadikan akhlak mulia itu pakaian peribadimu, sehingga menjadi pakaian yang paling indah, dalam dirimu yang sentiasa taat, takut, dan harap kepadaNya.

Continue reading →

Sistem yang baharu.

Hari ini sebenarnya hari kelahiran ibuku. Setiap Tahun –insya-Allah- daku akan ingati dan menyambutnya. Diberikan hadiah sebagai kenangan. Sungguhpun begitu, jasa dan pengorbanan serta kasih sayang ibuku yang selama ini buat diriku tak akan ada yang sama sekali-kali.

Jadi, hari ini agak terdahulu daku postkan di sini. Tambahan lagi…. ntah kenapa hatiku terasa sesuatu yang perlu daku sampaikan juga hari ini.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

 

Continue reading →