Sistem yang baharu.

Hari ini sebenarnya hari kelahiran ibuku. Setiap Tahun –insya-Allah- daku akan ingati dan menyambutnya. Diberikan hadiah sebagai kenangan. Sungguhpun begitu, jasa dan pengorbanan serta kasih sayang ibuku yang selama ini buat diriku tak akan ada yang sama sekali-kali.

Jadi, hari ini agak terdahulu daku postkan di sini. Tambahan lagi…. ntah kenapa hatiku terasa sesuatu yang perlu daku sampaikan juga hari ini.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

 

Bagaimana ya nak katakan perkara ini…. sebab orang lain tidak mengalami seperti mana yang daku alami. Malah, daku juga tidak mengetahui apakah yang orang lain alami.

Hanya, apa yang terbaik dan daku rasa inilah yang terbaik atau menyatakan kehendak Allah untuk memberi yang lebih baik, itulah yang cuba untuk daku lalui.

Daku hanya mencuba, sedangkan Allah yang memberi keupayaan atas usaha yang dilaksanakan.

Firman Allah s.w.t:

Katakanlah: Ya Tuhan yang memiliki segala kekuasaan.Engkau berikan kekuasaan kepada barang siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari barang siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan barangsiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu adalah Maha Kuasa.

Engkau masukkan malam kepada siang dan Engkau masukkan siang kepada malam, dan ”Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau memberi rezeki siapa yang Engkau kehendaki dengan tidak berkira.

(Ali Imran:26-27)

Hal ini menunjukkan kemutlakan kuasa Allah yang menguasai sekalian alam. Allah bukan sahaja menguasai satu bintang, bulan atau matahari, tetapi dinyatakan sesuatu perkara itu hanya akan berlaku apabila Allah s.w.t berkehendak akannya.

Pada sekalian kejadian makhluk selain jin dan manusia,

Mereka semua tiada iradat untuk menyatakan kehendak, atau keinginan diri sendiri. Mereka sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah apabila diperintah untuk dilakukan ia.

(Iradat itu berlaku kerana wujud dua perkara: akal dan nafsu.)

 

Kehendak manusia.

Tetapi, tidak bagi jin dan manusia. Jin dan manusia mempunyai iradat untuk menyatakan kehendak. Kehendak inilah yang tampak akan perbuatan, akal yang memikirkan, dan niat yang menyatakan. Kehendak ini mendatangkan rasa atau nilai sesuatu perkara yang diinginkan. Dengan kehendak inilah manusia merancang untuk melakukan sesuatu tindakan.

Namun, iradat atau kehendak ini hakikatnya Allah jua yang menciptakan. Dengan kehendak ini, Allah menunjukkan keadilanNya apabila ingin ditempatkan manusia tersebut sama ada di syurga atau neraka.

Allah meletakkan takdirNya meliputi iradat manusia. TakdirNya hanyalah diketahui olehNya. Setelah itu, Allah meletakkan iradat pada manusia. Iradat manusia hanyalah manusia itu sendiri mengetahui akannya, tetapi tidak sama sekali keluar dari takdir yang ditetapkan Allah s.w.t.

Allah menjadikan dunia ini sebagai medan mereka untuk menuju kembali kepada akhirat. Maka, setiap manusia itu sebenarnya dikurniakan petunjuk atau jalan sama ada baik atau buruk untuk mereka lalui akannya. Jika dia menuju jalan baik, maka di sana ada kejayaan untuknya. Sebaliknya, balasan buruk pula menunggu di sana.

Inilah serba ringkas fungsi iradat dalam diri manusia. Kerana adanya iradat, mereka tahu untuk mencipta dan menghasilkan pelbagai perkara. Tetapi tidak pada gunung, angin, matahari, ikan dan pelbagai makhluk yang lain kerana mereka tidak dikurniakan akal untuk menyatakan iradat sendiri.

 

Kehendak Allah.

Sebegitupun wujudnya kelebihan pada manusia, mereka tetap hamba Allah s.w.t. Mereka diciptakan dan kelak akan kembali kepada pencipta mereka. Kehendak Allah tetap melangkaui kehendak manusia. Kehendak manusia berada dalam kehendak Allah s.w.t

Misalnya, manusia berkehendak berlari ke Balai Polis Ampang. Tiba-tiba terjatuh dalam longkang. Sedangkan tiada dalam kehendaknya untuk jatuh dalam longkang.

Inilah kehendak Allah. Allah ingin dia jatuh, sedangkan diri manusia itu tidak. Maka, Allah yang menguasai dirinya sedangkan dia tidak sedar kerana Allah itu tidak nampak dalam kelibat pancaindera.

Orang sakit, muflis, bangkap, berpecah belah dan sebagainya sebahagian dari kehendak Allah yang bukan dalam perancangan manusia. Jelas, Allah yang menguasai setiap makhluknya tanpa perlu mereka taat atau tidak kepadaNya.

Hanya,

Kehendak Allah mengikut sangkaan manusia. Bagi manusia yang dekat dan mengenali Allah, kehendak Allah adalah menurut kehendak manusia itu. Inilah peranan doa. Doa yang membuka kehendak Allah tambahan, yang membawa maksud,

KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN.

 

BERKAT itu yang tiada dalam ketetapannya sejak azali penciptaan manusia. Ini pemberian Allah kepada manusia yang beriman dan berharap kepadaNya. Ini tanda keRahiman Allah s.w.t.

 

Jantina: hikmah kejadian

Allah itu telah menciptakan setiap jantina itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Bukan sengaja diciptakan Adam dahulu tanpa Hawa, bukan sengaja diciptakan Hawa selepas Adam diciptakan, dan bukan sengaja dibiarkan Adam seberapa lama tanpa Hawa, dan bukan sengaja menjadi kisah dalam al-Quran akan batasan aurat dan tempat mereka dulu di syurga sana.

Ini semua ada hikmah. Hanya orang-orang yang berakal (ulul albab dan ahlul fikr) sedar akan nilai dan perkara ini semua.

Oleh itu, hikmahnya suatu permulaan penciptaan Adam sebagai seorang lelaki,

Dialah seorang pemimpin kepada apa-apa yang wujud dalam dirinya sendiri. Dialah juga pemimpin akan apa-apa yang wujud setelah dia diciptakan nanti.

Dia diberikan kurniaan sebagai tonggak pemula kejadian. Dibina dengan seberapa kekuatan dan kelebihan sebagai diri yang menegakkan jalan kepimpinan yang akan dipertanggungjawabkan.

Adam dikurniakan akal yang menguasai, hati membidang bertemu dan mengenali Allah yang menciptakan dirinya daripada ‘tangan’Nya. Dia sangat mengenali Allah yang telah menciptakannya. Dia telah bertemu dan mendengar sendiri kalam Allah untuk dirinya.

Hawa pula diciptakan selepas Adam. Telah dijadikan dari pimpinan Adam, rusuk Adam a.s. Menemani Adam dan memberikan Adam kekuatan untuk meneruskan suka duka kehidupan.

Hawa telah diciptakan Allah untuk menjadi pimpinan Adam a.s. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar iaitu mengenali Allah sebagai Tuhan Pemilik sekalian alam dan kehidupan.

Hawa diciptakan penguat dalam menyatakan keinginan (penguasaan emosi +nafsu), kekurangannya pada menguasaan akal fikiran, membuatkan Adam tidak boleh hanya terus menurut kehendak Hawa tanpa kebijaksaan akal (yang dianugerahkan), yang nyata kelak menjatuhkan kedudukannya sebagai pemimpin yang berwibawa dan sama-sama di lembah kebinasaan.

Inilah hikmah serba sedikit kejadian manusia yang berlainan jantina. Saling melengkapi dan mempunyai peranan yang perlu dilaksanakan.

 

Kehendak Allah: untuk akhirat.

Hakikatnya,

Perjalanan yang daku tempuhi, lalui, dan jalani, sebenarnya bukanlah berakhir lagi. Pengakhirannya apabila nafas itu terhenti dan kembali bertemu dengan Ilahi.

Perjalanan itu mengenalkan nilai akhirat dalam kehidupanku dan kasih sayang Allah melebihi kemampuan manusia untuk memberi kasih sayang sesama mereka. Semakin banyak cabaran, dugaan dan ujian, sebenarnya makin kuat ditanam keimanan, hikmah, dan kekuatan pada pandangan hati.

Demi suatu tanggungjawab yang perlu dipikul, untuk membetulkan ummah yang makin hanyut dari jalan Ilahi.

Peranan ini besar. Hanya, ulama’ akhirat membataskan ia kepada kecil dan bersama-sama, agar semua orang mampu melakukannya dan sama-sama mengingatinya.

Begitu juga padaku. Hanya, dari permulaan sehingga kini,

Ada sedikit daku rasa berbeza dengan mereka. Kerana itulah daku cuba melangkau lebih jauh yang mana tetap dalam kehendak Allah buat hambaNya.

 

Masa yang ada padaku untuk memberi, sememangnya terhad. Tetapi, bagi Allah yang sentiasa memberi,

DIA TIDAK PERNAH MEMBATASKAN KEMAMPUANKU UNTUK MEMBERI.

 

Dia akan berikan KEBERKATAN dalam setiap perbuatan yang daku lakukan. Hanya, daku perlu melakukan suatu kerja yang telah ditugaskan buat setiap zaman, demi kemuliaan dunia ini,

Dan akhirat sana.

 

Ingin mengenali harga akhirat,

Bersabar dan berkorbanlah buat sedikit masa untuk dunia ini, hanyasanya keranaNya.

Kerana,

Dalam pengorbanan keranaNya, Allah akan beritahu nilai akhirat yang sangat indah, cantik dan lebih bermakna,

Kerana kesabaran mereka akan kekurangan di dunia ini. Kerana susah payah mereka untuk menegakkan agamaNya di dunia ini. Sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau masyarakat.

Nilailah ayat-ayat ini dengan mata hati. Allah itu bukan bayangan manusia, tetapi Dia ingin bersua dengan manusia yang sentiasa mengharap kepadaNya.

Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal

(al-Mukmin:39)

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

(al-A’la:17)

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

(ar-Ra’d:26)

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang bertawakal kepada Tuhannya;

(As-Shura:36)

 

 

Hikmahnya,

Walaupun susah apabila dengar akan perkara ini. Tetapi hakikatnya akan menjadi manis apabila dilalui. Cuma, bila tak pernah rasai (tak diberi taufik oleh Allah lagi) itu yang rasa pelbagai, rasa itu dan ini.

Moga Allah bagi faham. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: