Maqam Daie.

Beberapa hari lepas, daku mendengar satu kuliah agama yang bertemakan tasawwuf yang sentiasa diadakan setiap minggu, hari Ahmad di area ini. Kuliah itu agak menarik kerana huraiannya yang jelas, tak meleret, ada point, dan hikmah dalam penyampaian. Ramai juga orang yang hadir mendengar walaupun setiap minggu diadakan.

Pendek kata, beliau yang mengajar ialah seorang yang berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Moga Allah berikan keberkatan kepada guru agama tersebut. Moga Allah melimpahkan taufik untuk beliau terus menyampaikan dan daku yang mendengar diberikan kefahaman.

Amin.

Memahami ilmu tasawwuf ini bukan perkara yang mudah. Terlalu sulit dan payah.

Ia ilmu peringkat tinggi. Kalau nak tahu saja-saja bolehlah. Tetapi kalau nak mendalami atau mengamalkan memang kena ada guru yang mursyid (yang benar, lurus dan beramal dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah). Jika tidak, mudah orang tersesat dan menyeleweng dari kefahaman ilmu ini. Tambahan lagi ia ilmu untuk memahami martabat, maqam atau sifat yang ghaib yang bukan ada bentuk pun kat dunia ini.

Sebab itu, sekiranya ada orang yang nak mengajar tasawwuf  secara benar perlu berguru dulu. Jika dia nak mengajar juga ilmu ini, kena tukar tema dan subjek yang diajar dengan berkonsepkan ‘akhlak’ saja. Tak boleh pergi sampai huraian kata-kata para ahli sufi atau wali Allah, kerana mereka (ahli sufi atau wali Allah ini ) ialah orang yang mengetahui, mendalami, memahami, dan mengalami akan ilmu tasawwuf yang dalam. Setiap yang mereka terima atau alami diterjemahkan dalam penulisan atau kata-kata. Justeru, kata-kata mereka bukan kata-kata manusia biasa nak faham akannya. Hanya golongan atau orang yang melalui perkara yang sama akan faham apa yang disampaikan oleh mereka.

Wallahua’lam. Apa-apapun, belajar tasawwuf memang kena ada guru mursyid. Terutama pada orang yang nak buat master atau PhD dalam bidang tasawwuf, kena pergi kelas tasawwuf di tempat yang ‘lebih baik’ atau terbaik baru boleh menulis akan perkara ini.

Kecuali dia diberikan pengetahuan terus daripada Allah.

Wallahua’lam.

Ilham Allah.

Alkisah, kuliah pada hari tersebut diceritakan tentang wali-wali Allah. Ya…. memang dalam tasawwuf para wali antara golongan yang disanjung dan dijadikan contoh teladan. Jadi, tak syak lagi sebutan aatau perkara yang berkisarkan tentang mereka sentiasa disebutkan.

Tengah duduk mendengar akan pengisian kuliah tentang perihal maqam wali ini, tiba-tiba terbit idea (atau mungkin ilham dari Allah) dalam fikiranku. Iaitu, maqam selain daripada berkisarkan para dan peringkat para wali.

Ada lagi satu maqam atau peringkat, iaitu maqam daie.

Apa itu maqam? Apa itu daie?

Sebelum mendalami lebih lanjut, diulaskan di sini beberapa definisi. Secara mudah dan ringkas, maqam ini ialah kedudukan. Pada definisi yang lain maqam ialah peringkat. Maka, maqam di sini bukan bermaksud kubur. Daie pula ialah istilah arab merujuk pada orang yang menyeru. Daie pada istilah di sini ialah para penyeru agama Allah, yang seruannya merujuk pada apa yang diseru oleh para nabi dan Rasul Allah, peringatan yang disampaikan juga perkara yang sama (tauhid: tegakkan kalimah Allah dalam jiwa, peringatan akan hari akhirat, dan peranan anbiya’ serta ummat hari ini akan kerja nubuwwah).  Kedatangan mereka ada beberapa ciri. Ciri-ciri tersebut boleh merujuk pada artikel terdahulu.

Tetapi di sini ada satu lagi ciri (jika tak pernah tersebut dulu) iaitu mereka datang menyampaikan berita gembira untuk orang beriman dan berita ancaman untuk orang tak beriman.

Daie pula terbahagi pada dua bahagian. Satu bahagian menyeru pada Islam. Satu bahagian lagi menyeru kepada keimanan. Hal ini kerana (berdasarkan istilah di sini) Islam adalah kunci seseorang untuk menyembah/ mengakui Allah sebagai tuhannya. Manakala iman adalah kunci untuk masuk ke tempat terbaik di sana (syurga).

Jadi, ada orang penyeruannya kepada Islam (juga pada perkara tauhid yang disebutkan) dan  ada dakwah yang disampaikan menyeru kepada iman, juga berdasarkan perkara tauhid yang disebutkan.

Bezanya, orang yang diseru (mad’u). Siapakah mereka?

Bagi seruan kepada Islam ialah untuk golongan bukan Islam. Bagi seruan kepada iman ialah untuk orang Islam. Inilah serba sedikit tentang definisi dan huraian da’ie.

Seterusnya, untuk setiap da’ie ini ada maqamnya tersendiri. Sepertimana maqam para wali. Inilah hikmah pada satu ungkapan popular oleh Syaikh Qadir Jailani,

“Dibandingkan aku (kedudukanku) dengan sahabat Rasulullah s.a.w ibarat debu-debu yang berada di kuda para sahabat.”

Mengapakah begitu?

Kerana… maqam mereka berbeza.

Para wali peringkat tertinggi ialah wali aktab/qutb. Para da’ie maqam tertinggi mereka ialah anbiya’.

Jadi, para sahabat bawah sedikit dari maqam anbiya’. Wali berada di bawah maqam (da’ie) para sahabat.

Tetapi, ‘jalan yang dilalui’ oleh mereka adalah sama. Kerana Allah s.w.t ialah tuhan yang menentukan dan hanya dia yang membimbing mereka untuk berada di jalan diredhaiNya.

Ok. Di sinilah penjelasan umum kedudukan para da’ie. Sehinggakan barangsiapa yang buat kerja da’ie (dakwah) ini sebagai kerja mereka (patuhi tertib ulama’ akhirat, bersifat baik, menghindar dari perkara yang sia-sia dan lain-lain lagi), nescaya paling kurang mereka mencapai maqam wali-wali kecil (paling rendah, lebih kurang). Syaratnya, kena patuhi tertib ulama’ akhirat. Ikut tertib ulama’ akhirat, memberi kesan kepada orang yang melakukan kerja dakwah untuk dekat dan takut pada Allah. Tetapi kaalu tak ikut, jadilah sebaliknya dan terkeluar dari definisi ini. Wallhua’lam.

(banyak lagi…. tapi cukup sekadar ringkas dan padat. Harap semua memahami).

Paling penting….

Walau bagaimanapun kedudukan dan maqam yang diletakkan,

Semuanya datang dan berlaku dalam kehendak Allah.

Allah yang menetapkan segala urusan, yang mana manusia tak mampu melakukannya, sekiranya Allah s.w.t yang menciptakan mereka tidak izinkan.

Oleh itu,

Tak gunalah nak berbangga kedudukan yang sikit pun tak ada upaya anda sendiri peroleh atau melakukannya. Walaupun seseorang itu nabi Allah,

Allah sendiri boleh melucutkan jawatannya dan buat tak peduli lagi tentang mereka, jika ada sesuatu yang tidak kena atau bukan dalam kehendakNya.

Yang perlu dan sentiasa dilakukan,

Buat saja kerja yang anda berada sekarang. Sentiasa bersyukur kerana Allah pilih kedudukan terbaik untuk anda atas perkara agamaNya. Dialah segala-galanya yang sentiasa memelihara daripada terpesona dan terkesan dengan makhluk dan godaan duniawi.

Sebagai tanda syukur, buatlah kerja anda keranaNya dengan bersungguh-sungguh. Yang dikira kelak di akhirat ialah amalan dan kerja anda yang lakukan. Itu saja.

Niat ikhlas. Pelihara perbuatan dan tindakan anda dalam setiap perkara.

Moga Allah sentiasa memelihara dan membantu kita.

Amin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: