Ujian besar dalam dakwah.

Daku tak tahu sama ada orang lain mengalami perkara yang sama atau tidak. Tetapi bagiku sendiri,

Nak benar-benar mendakap perkara akhirat dan keyakinan pada Allah, adalah perkara yang terlalu sulit dan payah.

Masakan tidak. Orang lain hidup dan sentiasa senang-senang dapat itu ini begitu begini, kita susah-susah tahan diri dari melibatkan perbuatan dan bersenang-senang seperti mereka. Bukannya tidak mahu, bukan lagnsung tak ada keinginan, tetapi selalu terbayang kurniaan dan bimbingan Allah serta gambaran nikmat dan kemuliaan di akhirat sekiranya menahan ini semua, sekadar kemampuan yang ada.

Dulu, hidup seperti keinginan dan kebiasaan manusia memang telah menjadi lumrah kehidupanku. Ya lah, mana ada manusia yang terus jadi baik, sedangkan sekeliling dia semuanya menjadi tunggang terbalik.

Tetapi, Allah s.w.t telah melakukan sesuatu dalam kehendakNya. Dia memilih daku untuk kembali dan melihat keagungan Dia. Segala-galanya dirasakan dengan wujudnya pelbagai peristiwa dan pengalaman dalam melakukan urusan, yang niat hati kepadaNya.

Apabila daku terfikir dan muhasabah akan kehidupan dulu dan sekarang, ternyata sangat berbeza dan nampak sangat tak sama. Sememangnya kehidupan sekarang lebih baik daripada dulu. Hanya, ujian itu yang sentiasa berkunjung tiba. Antaranya nak kena tahan diri dari nak berseronok atau bersenang-senang seperti mereka (orang lain).

Daku tidak membicarakan kehendak Allah ke atas hambaNya. Kerana daku sendiri pun tak tahu di manakah dan apakah sebenarnya kehendakNya. Tetapi daku lakukan semua ini kerana atas kehendakku sendiri sebagai tanda syukurku kepadaNya dan rasa tanggungjawabku kepada bimbinganNya selama ini. Jadi, daku bersabar juga untuk menanggung susah payah ini.

Ya lah…. nak bagi ganjaran terbaik bukannya ‘tup tap’ terus dapat. Kena alami pelbagai rintangan dan ujian barulah boleh dapat.

Moga Allah sentiasa bersamaku dan mengurniakan ketabahan untukku menanggung bebanan ini. Amin.

**************

Manusia ini memang sukar nak meyakini akan perkara yang ghaib. Perkara ghaib yang dimaksudkan ialah menuju pada keimanan. Bukan menuju pada jin atau syaitan. Hal ini kerana manusia lebih percaya pada jin dan syaitan daripada kuasa Allah dan akhirat. Sedangkan dua-dua ialah perkara ghaib. (inilah bukti dan beza iman)

Jadi, nak melihat keyakinan sebenar dalam diri kita pada perkara yang ghaib (Allah dan akhirat), maka lihatlah apa yang sedang di hati dan fikiran ketika sedang mengerjakan solah atau apa-apa amalan khusus kepadaNya.

Jika penuh khusyuk, nampak bacaan dan nilai ‘Allah’ dalam solah, maknya iman dalam keadaan betul. Tetapi jika masih nampak duit, kerja, anak ,keluarga, apa yang dah buat, apa yang kena buat, fikir salah orang dan lain-lain lagi, bermakna iman itu ada ‘something wrong’ walaupun anda memang kaki ke masjid dan selalu menunaikan solat secara berjemaah.

Tiada orang yang terkecuali akan perkara ini. Sehinggakan ada orang kata, “Nak dapat khusyuk ini sebenarnya adalah satu anugerah Allah kepada orang yang dikehendakiNya!” (Hhmm…. bila fikirkan kembali, mungkin ada betulnya kata-kata ini.)

Begitu juga dalam usaha dakwah Ilallah. Usaha dakwah ini sebenarnya seperti lebih kurang juga untuk berusaha nak dapat khusyuk dalam solah.Malah, lebih mencabar lagi daripada itu. Lebih mencabar dan pelbagai ujian lagi ketika buat dakwah ini (walaupun sebenarnya usaha yang sekarang ini tak sempurna pun seperti usaha para nabi).

Sebab, neraca mereka yang akan usahakan dakwah ini ialah bergantung kepada iman dalam hati. Jika iman itu kuat bila ada ramai orang, maka bila ramai baru boleh buat. Jika kuat seorang, seorang pun buat usaha. Bila tak kuat iman langsung, ramai atau tak langsung tak akan buat dan datang kepada usaha.

Hal ini kerana usaha dakwah Ilallah ini mengajak yakin pada perkara yang ghaib dan kembali kepada amalan sunnah. Huh…. ibarat pandangan ahli dunia, ‘lapuk punya kerja’. Apa nilainya? Kerana itulah sesiapa yang benar iman pada perkara yang ghaib sahaja akan usahakan dakwah ini. Kalau tak, entahlah.

Sebegitupun, semuanya bergantung pada Allah untuk memilih hambaNya dari kalangan ummat ini untuk buat kerja mulia yang pernah diberikan kepada para utusanNya. Yang perlu manusia lakukan ialah doa meminta petunjuk dan teruskan buat usaha. Itu sahaja.

Hanya rahmat Allah yang mengatasi segala keadaan dan keinginan manusia.

Ujian terbesar dalam dakwah.
Diselongkar sepanjang daku usahakan dakwah ini, ada kesedaran akanku ujian yang paling besar dalam mengusahakan perkara ini.

Dirasakan ujian dalam dakwah ini bukan lagi seperti dulu. Dulu, mujahadah atau susah payah para daie Allah datangnya daripada masyarakat untuk menerima atau keperluan yang perlu mereka tanggung untuk buat usaha atau keluar di jalanNya.

Terasa ujian yang ditanggung kepada para daie Allah pada masa ini sudah lain dan berbeza. Malah, neraca ulama di benua Hind atas usaha dakwah di Malaysia menguatkan lagi pandanganku ini.

Ujian dakwah hari ini bukan datang dari orang yang ingin ditemui. Tetapi datang dari orang yang mengusahakan dakwah itu sendiri.Maksudnya, datang dari kelompok daie. Bukan keperluan atau mad’unya.

-Hah? Macamana pula boleh jadi begini?
Entahlah… daku nak bagi reason kukuh tak pandai. Tetapi yang pasti inilah yang daku lihat dan rasakan. Nak kekal dalam usaha kerana kerenah para pendakwah lebih sulit daripada usaha untuk berjumpa dengan manusia.

Hari ini, ramai para daie mula sukar dan nampak tidak bersemangat untuk bergerak berjumpa manusia. Terkesan dengan suasana yang makin hari makin seronok pada kelalaian dunia. Banyak perihal dunia ditanggung daripada fikir tentang agama. Dan tak sedia untuk hidup suasana dakwah walaupun di kalangan mereka, sama ada ketika keluar atau tidak di jalanNya.

Ia jadi macam kerja individu atau kelompok tertentu. Jika seseorang berusaha nak ikut tertib yang dipandukan, dikatakan sebegini dan sebegitu. Tergambar pelbagai kerenah dan ragam daripada para daie sendiri, daripada berusaha bersama-sama memikirkan tentang ummat nabi. Tiada kemampuan untuk terus bergerak. Antaranya, kerana banyaknya perihal dunia yang sentiasa menolak ajakan para daie kepada Ilahi.

-habis, kenapa terus buat usaha, sedangkan banyak kesusahan datang daripada kalangan orang yang buat usaha?
Kenapa daku teruskan usaha? Kerana….

Daku usaha dakwah ini kerana Allah. Bukan kerana manusia. Daku bukannya datang kepada usaha dakwah dengan asbab manusia. Daku tidak bersemangat untuk buat dakwah ini kerana manusia. Daku tidak buat dakwah kerana harapkan sesuatu daripada manusia.

Daku buat dakwah ini kerana Allah. Daku usaha sedaya upayaku keranaNya. Daku usaha sedaya upayaku untuk taat dan patuh pada tertib yang diberi oleh ulama’ akhirat. Itu sahaja.

Allah itu benar… nabiNya Muhammad s.a.w adalah benar…. akhirat adalah benar…. dan apa yang daku buat ini adalah benar….

Jadi, tak kiralah apa yang berlaku dalam atau luar dari usaha, daku tak peduli semua itu. Bukan sebab itu daku terlibat dalam medan dakwah pada hari ini. Hanya, apa yang boleh daku lakukan ialah menegur sesuatu yang dirasakan menyimpang jauh dari metode sebenar usaha ini. Malah, daku sendiri –insyaAllah- mengamalkan apa yang memang perlu dilakukan.

Bukan jenisku memaksa manusia sepertimana daku tak suka manusia memaksaku untuk buat sesuatu perkara. Sentiasa beri kesedaran dan berterusan lakukan itulah yang daku sentiasa usahakan. Jika seseorang tak bersedia dan tak boleh terima, bukannya daku boleh berikan hidayah kepada mereka. Yang boleh dilakukan ialah terus berdoa dan berusaha. Itu sahaja.

Hayat ini bukannya lama. Jadi, biarlah bermanfaat untuk diri sendiri dan moga-moga orang lain dapat manfaat yang sama. Bukannya pentingkan untuk diri sendiri atau semata-mata untuk orang lain saja.

Oleh itu, daku sentiasa berdoa dan meminta pada Allah, berilah kepadaku jalan terbaik untuk kehidupanku dunia dan akhirat di samping berusaha menegakkan dan menyebarkan agamaNya ini di muka bumi. Selagi ada hayatku di sini, daku meminta moga Allah terus memberikan taufik untukku melakukan perkara kebaikan, dan moga Allah sentiasa memilihku untuk menjadi sumber petunjuk kepada manusia kembali kepada Islam yang diredhai, berdasarkan keupayaanku yang memang diciptakan lemah dan tak terdaya ini.
Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: