Pemeliharaan Allah.

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera kepada baginda Nabi s.a.w. Solawat dan salam kepada baginda dan ditujukan kepada isteri dan para sahabat r.anhum.

Semoga Allah menerima solawat kami kepadamu, ya Rasul Allah. Semoga kami dibbangkitkan kembali dengan menerima syafaatmu, wahai kekasih Allah.

Hari ini hari mauled Nabi s.a.w. Dan hari ini juga hari cuti umum.

Jadi, suasana tak sibuk seperti selalu. Daku pun –alhamdulillah- tak sibuk sangat seperti selalu.

Tetapi, masa yang terus bergerak membuatkan daku rasa rugi kalau tak berbuat sesuatu. Jika masa itu berhenti untuk tak perkara yang tidak perlu, tak apa juga. Tetapi ia terus bergerak membuatkan daku sentiasa cuba mengisi perkara yang lebih bermanfaat, seperti menulis apa-apa di sini.

 

Alhamdulillah… hari ini Allah berikan nikmat kesihatan. Diberikan rasa dan nilai Iman  yang perlu sentiasa diusahakan.

Tambahan lagi hari kelahiran Baginda s.a.w, sangat perlu dilakukan sesuatu paling kurang pun selawat tambah satu dua daripada sebelumnya.

 

Semalam….

Hari tak berapa elok telah berlaku pada malam hari. Mungkin kerana kesalahan diri sendiri.

Difikirkan juga kenapa musibah itu menimpa diriku. Ya lah.. mesti ada something  dosa atau kesalahanku yang telah dilakukan, sehingga takdir Allah berlaku perkara tidak diingini.

Mengkoreksi diri… akhirnya disedari mungkin daku telah lakukan perkara ini. Iaitu  tidak jaga atau istiqamah akan amal yang telah dilakukan sebelum ini.

 

????

Ya. Bunyinya tak Nampak apa-apa kesan bukan? Tetapi, di sisi Allah yang terbaik amalan yang sedikit dan berterusan, bukan banyak tetapi seperti chipsmore.

Jadi, inilah yang dirasakan telah daku lakukan. Nasib baik sikit saja Dia bagi. Kalau banyak ‘kena’, mohon Allah jauhkan. Amin.

 

Pemeliharaan Allah.

Daku sentiasa memohon akan perkara ini, iaitu perlindungan dan pemeliharaan Allah.

Daku tak tahulah apa yang boleh dilakukan olehku tanpa pelihara dan petunjuk Allah. Nak harap dekat manusia, mereka pasti jauhkan daku daripada Allah (cari penyelesaian selain daripadaNya). Nak harap pada usaha sendiri, tak semua pasti berjaya.

 

Walaupun sedetik tanpa pemeliharaan Allah, pasti dunia dan syaitan akan menguasaiku. Tetapi disebabkan pemeliharaan Allah, daku dilindungi dari benda-benda fana’ ini.

Malah, pemeliharaan Allah yang membawa daku untuk terus menulis di sini. Sebab, Dialah yang berkehendak untukku meneruskan. Walaupun tak ada atau ada orang yang melayari website yang ntah apa-apa melainkan menceritakan kembali kebesaranNya dan berlaku pada diri sendiri.

 

Ya Allah…

Janganlah tinggalkan daku walaupun sedetik. Kerana rasa takutku pada tipu daya duniawi yang mengotori kehidupanku selama ini. Bimbinglah hambaMu yang lemah tak ada kekuatan melainkan dengan kehendakMu, moga kekuatan yang Engkau beri membawa daku melakukan perbuatan yang Engkau sukai.

Moga dipelihara juga kedua ibu bapaku yang dikasihi. Juga buat teman rapat atau jauh, yang sentiasa berhubung ataupun tidak kini.

Gunakanlah daku untuk kebaikan agamaMu. Kerana daku mengharapkan kebaikan dari sisiMu, mengharapkan kehidupan yang diredhai olehMu ya  Allah…. buat dunia dan akhirat nanti.

Amin.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: