Bimbingan Allah (3)

Alhamdulillah…. segala puji bagi Allah yang masih memberikan daku kehidupan dan rezeki untukku meneruskan kehidupan, sama ada untuk keperluan duniawi ini, dan hari akhirat yang akan berkunjung tiba nanti.

Bersyukur lagi kepada Allah, dengan limpahan rahmatNya, masih lagi dikurniakan nikmat Islam dan Iman, kerana tiada daya manusia untuk menggapainya, sekiranya tiada langsung pilihan Allah untuk merahmati hamba-hambaNya.

Bersyukur lagi dengan kurniaan Allah, betapa banyak diberikan kepadaku taufik untuk terus menyatakan keimanan dan melakukan amalan, yang nyata memang daku tak mampu melainkan Dialah yang memberikan daku kekuatan dan kelapangan untukku melakukan.

Terima kasih ya Allah. Moga Engkau sentiasa memberikan daku petunjuk di atas jalanMu yang sentiasa benar dan jauhkanlah daku daripada jalan yang Engkau tidak redhai sama ada di dunia atau akhirat nanti.

Juga kepada kedua ibu bapaku, guruku, sahabatku, jauh dan dekat, dan buat sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.

Amin.

Daku tak berapa ingat ini kali ke berapa daku mengaitkan tulisanku dengan bimbingan Allah. Walau apa-apapun, hari ini daku ingin mengaitkan sekali lagi tentang bimbingan Allah.

Sekiranya manusia itu akalnya bersih, hatinya jernih, dan nafsunya ketenangan, kenallah diri orang tersebut kepada bimbingan Allah. Sebaliknya, akal yang kotor, hati yang gelap, dan nafsu yang menguasai, tiadalah diketahui apakah itu bimbingan Allah.

Kerana Allah itu sebenarnya sentiasa memberikan bimbinganNya. Paling kurang Dia pasti akan tunjukkan kepada manusia (beirman atau tak, kafir atau Islam) di atas jalanNya yang benar. Hanya, manusia itu dalam keadaan bersih atau tidak, itu sahaja.

 

Bimbingan Allah bergantung kepada kehendakNya. Ada manusia yang Allah terus membimbing mereka tanpa asbab. Ada manusia Allah membimbing mereka dengan asbab. Ada manusia Allah membimbing mereka dengan dan tanpa asbab.

Bergantung kepada kehendakNya, dan kemampuan orang tersebut. Yang nyata, sekiranya seseorang itu ingin terus dibimbing oleh Allah, dia kena banyak BERSABAR dan BERDOA supaya Allah sentiasa membimbingNya.

Hal ini kerana bimbingan Allah bukan seperti bimbingan manusia. Bimbingan Allah ialah SUSAH PAYAH MENANGGUNG SEGALA DERITA. Inilah permulaan bimbingan Allah. jika tak ada perkataan ‘DERITA’ dan ‘SUSAH PAYAH’, maknanya belum lagi Allah membimbing, maksudnya. (Dalam al-Quran sentiasa diteruangkan akan perkara ini. Cuma tak dapat nak ulas dan tuliskan ayatNya di sini).

 

Keinginan manusia.

Hakikatnya, bimbingan Allah itu bergantung pada dua keadaan. Pertama, kehendakNya. Kedua, keinginan orang yang dibimbingNya.

Dalam kehendak Allah, Dia akan melakukan mengikut apa yang telah ditakdirkan dan apa yang Dia inginkan. Oleh itu, tiada manusia tahu kehendakNya dan Dia berhak melakukan apa sahaja.

Keinginan manusia ialah apa yang manusia itu hajatkan dan berkeinginan. Hal ini dikuasai dan sentiasa dalam pancaran hati manusia dan memang dia tahu apa yang dihajatinya. Dengan keinginan inilah dia merancang dan melakukan sesuatu tindakan.

Oleh itu, dalam mencapai maksud bimbingan Allah, perlu juga pada dua keadaan ini, iaitu kehendak Allah dan keinginan manusia. Kehendak Allah, Dia akan tetapkan takdir dan ketetapan untuk memilih hambaNya untuk dibimbing. Tetapi, bergantung pula kepada manusia kerana Allah telah berikan iradat untuk mereka berkeinginan, merancang dan berfikir.

Sekiranya manusia itu tidak mahu ikut dalam bimbingan Allah (yang telah diberikan), maka Allah tidak rugi apa-apa. Maksudnya, Dia boleh pergi daripada manusia itu bila-bila masa. Tetapi sekiranya seseorang itu sentiasa berhajat untuk dibimbing, selagi itu Allah sentiasa membimbingnya dan memeliharanya daripada perbuatan yang jauh dari kehendakNya.

Hanya, perlu BERSABAR UNTUK SUSAH PAYAH DAN DERITA, serta BANYAKKAN BERDOA MOHON DIBIMBINGNYA.

Inilah hikmah dalam takdir dan iradat manusia. Dia itu mengikut sangkaan sang hamba, dan Dia Maha Memberi yang berkadar kebaikan buat sang hamba. Sebegitupun, semuanya berbalik kepada rahmatNya.    

 

Dengan asbab atau tanpa asbab.

Tentang bimbingan Allah dengan atau tanpa asbab, bergantung kepada kemampuan seseorang hambaNya. Ada hambaNya mampu tanpa asbab, ada pula hambaNya perlukan asbab untuk dibimbingNya.

Contohnya tanpa asbab ialah para anbiya atau orang terdekatNya. Terus Allah bimbing mereka mengikut kehendakNya atas sesuatu perkara. Manakala dengan asbab untuk orang soleh atau orang biasa. Dia tetap membimbing mereka, tetapi melalui perantaraan hambaNya.

Tentang darjat mereka, sedikit pun sang hamba tiada kuasa menentukan ia. Bukan pula bergantung kepada asbab atau tidak dalam bimbinganNya. Semuanya mengikut kehendakNya. Naik atau turun menurut kehendakNya, dan sedikit tiada kuasa atau penilaian yang boleh dilakukan oleh hamba yang lemah, daif dan diciptakan olehNya. Hanya, bagi orang yang sentiasa mengikut bimbinganNya, nescaya Allah berikan cahaya keimanan dan ketakwaan pada diri mereka, melepaskan kesusahan hidup ketika di dunia, dan memberikan tetap terbaik di akhirat sana,

Apabila mereka sentiasa BERSABAR DAN BERDOA atas bimbingan yang diberikan olehNya.

Berkenaan ganjaran dan kesan dibimbing olehNya, terlalu banyak. Boleh didapati akan ganjaran dan kesan ini apabila anda sentiasa menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dan bahan bacaan.

Pendek kata, apa sahaja nikmat dan pemberian kepada orang beriman dan bertakwa, itulah yang akan didapati di sebalik bimbinganNya ini.

 

Wallahua’lam. Moga Allah sentiasa berikan taufik untuk faham dan amalkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: