Makanan: risiko pada rohani

Daku pun tak faham keadaan kini. Sepanjang daku berjumpa manusia untuk menyampaikan agama, terlalu sukar daku lihat keinginan dan penghayatan mereka kepada ad-din yang hak.

Terlalu banyak fitnah (ujian). Sama ada golongan tua atau muda, kaya atau tak berupaya, sihat atau sakit, semuanya sama sahaja.

Bukannya mereka tidak tahu nilai Islam dalam kehidupan, tetapi tidak dapat faham macamana nilai itu ingin diterapkan dan sentiasa menjadikannya tujuan dalam setiap tindakan. Inilah yang sentiasa berlaku apabila daku berjumpa orang tertentu untuk menyampaikan maksud agama Allah.

Bukannya nak jadikan mereka orang soleh, selalu duduk di masjid dan kerja agama sahaja, tetapi ingin dijelaskan dan disampaikan akan perkara yang benar dari RasulNya, dan cuba berikan kefahaman akan nilai agama dalam kehidupan. Nilai agama ini sebenarnya mudah sahaja, iaitu kenal nilai kalimah syahadah dalam diri, tuntutannya serta kelebihannya di dunia dan akhirat. Kemudian, sentiasa memelihara dan timbul kerisauan akan ketinggian waktu dan nilai solah, mengamalkan sikap seorang muslim (berakhlak mulia) dan tidak mencerca akan kekurangan orang lain di hadapannya. Mudah bukan? Tetapi… itulah. Susah nak aplikasi. Sebab:

1)      Nafsu berada di tahap amarah, tak suka benda macam ini.

2)      Dunia ini dah nampak ‘wahan’ di hati manusia. Bila ‘wahan’ pada dunia, buat perkara agama pun jadi tujuan ata keperluan duniawi.

3)      Orang dah kena ‘sihir’ dengan dunia. Tak nampak atau sedar langsung diri sendiri, kawan atau ahli keluarga tak tunaikan solah, tak tutup aurat, tak baca Quran dan tak jaga adab sebagai muslim. Yang risau duit dan urusan duniawi sahaja.

Entahlah. Rasa susah sangat nak jumpa orang di Malaysia ini suka dan risau nilai agama dalam kehidupan mereka. Daku hanya jumpa satu orang saja, dan daku suka untuk jumpa dengannya ketika Allah izinkan untukku bertemu dengannya.

Keburukan dunia, kita sama!

Dulu, daku pun sama-sama bergelumang dalam lumpur-lumpur kotor dunia ini. Tetapi Allah lah yang selamatkan daku dan melindungiku. Kalau tak, bila-bila masa daku boleh terkembali. Kerana itu daku tulis keburukan dunia di sini, sebab bencikan nilai dunia dan benci untuk kembali lagi ke sana, yang tak pernah memberikan daku ketenangan dan mengenali Allah serta harga akhirat, yang hakikat akhirnya tak akan bawa ke mana-mana.

Selain itu, daku menulis akan perkara sebegini suapaya sentiasa datang kesedaran bahawa Allah yang menjagaku dan melindungiku selama ini. Daku tak ada apa-apa. Daku tak mampu buat apa-apa pun untuk datang kepadaNya, kalau Dia tak membimbingku. Walaupun susah jalan yang daku perlu tuju (yangdikehendakiNya) , daku tetap akan lakukannya kerana Dia tidak pernah berbuat sesuatu yang daku tak mampu dan sentiasa ada kebaikan dalam setiap apa-apa yang dikehendaki untuk berlaku kepadaku.

Ya Allah… lindungi dan kurniakan daku sentiasa di atas jalanMu yang lurus. Moga Engkau memelihara juga buat kedua ibu bapa dan kelak ahli keluargaku. Biar kehidupan di dunia baik tetapi tidak pernah melalaikan kami dari mengingatiMu seterusnya menjadi tujuan demi akhiratMu yang terbaik buat para hamba-Mu yang mukmin dan muttaqin.

Lindungilah kami ya Allah… janganlah Engkau memalingkan hati kami kembali di atas jalan yang Engkau tidak redhai setelah Engkau menunjukkan jalan terbaik buat kami, di dunia dan akhirat nanti.

Lindungilah juga kepada mereka yang sentiasa mencari jalan mengenaliMu. Lindungilah kami hamba yang lemah dan tak mampu ini wahai Allah.

———————–

Alkisah….. daku sebenarnya sudah lama tidak menyediakan makanan sendiri. Kebiasaannya, dibeli atau ‘tapau’ dari para penggerai luar.

Semuanya gara-gara terlalu banyak fikir akan perkara ini, sehingga menjejaskan masa, tumpuan dan niatku sebelum ini. Terlalu fikir ingin makan apa dan buat apa, rancang dan sebagainya sehingga menjadi suatu beban.Sehinggakan terganggu dan tidak dapat tumpu perhatian pada ibadah dan masa kerjaku yang lebih penting dan utama.

Maka, kesilapan diri sendiri ini sentiasa menyebabkan daku rasa tak sedap hati. Terasa menyesal akan kesilapan ini. Akhirnya daku berhenti dari teruskan menyediakan sendiri makanan. Daku berhenti sehinggalah bila tiba masa yang baik buat Allah tentukan.

Rezeki:3 cara

Sememangnya rezeki itu milik Allah. Dia yang tetapkan rezeki pada para hambaNya, melalui tiga cara:

Pertama:melalui diri orang itu sendiri. Maksudnya orang tersebut ada kemampuan, dia pergi beli dan makan. Maka, dari tangannya sendiri menjadi asbab untuk rezekinya.

Kedua: dari tangan orang lain. Maksudnya, apabila orang tersebut ada atau tidak kemampuan, maka orang lain yang akan belikan untuknya atau berikan kepadanya, dan menyangka orang tersebut akan berikan kepadanya. Contohnya bos bayar gaji, makan kenduri atau tahlil, kerja dapat upah atau diberi makan, balik kampung dapat wang saku untuk pergi belajar dan dapat pinjaman PTPTN atau biasisiwa untuk bayar yurang pengajian. Ini antara contoh rezeki dari tangan orang lain.

Ketiga: dari jalan yang tidak disangka-sangka. Inilah rezeki daripada Allah, yang mana janji Allah untuk berikan kepada orang yang bertakwa (takut dan taat kepadaNya). Mereka tak sangka pergi atau jumpa orang kat sesetengah tempat, dijemput untuk makan atau bagi makanan. Tiba-tiba sahaja, tanpa perancangan. Tak terlintas langsung dalam fikirannya di situ ada rezeki untuknya. Ringkas cerita, rezeki bahagian ketiga ini datangnya daripada Allah. Maksudnya, orang tersebut tak sangka ada rezeki di sesuatu tempat yang tak pernah dijangka atau diharapkan.

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan tunjukkan jalan keluar kepadaNya dari jalan kepadanya, dan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka .”  (surah at-Talaq:2)

Tawakal selepas kekurangan.

Oleh itu, ketika kali pertama daku berhenti menyediakan makanan sendiri, perkara ini antara yang terlintas di hatiku. “Apa yang akan daku makan selepas ini, sedangkan daku tak lagi sediakan makanan?” nak buat macamana, tindakanku ialah… bertawakal sahajalah kepadaNya. Kerana daku tahu Dialah yang memberikan daku rezeki, sedangkan daku usahakan sahaja. Jadi, daku harapkan terbaik daripadaNya.

Dan memang benar. Sepanjang daku tak berniat nak sediakan sendiri makanan ini, daku dapat rasai akan ketiga-tiga perkara ini. Kadang-kadang daku beli juga makanan, kadang-kadang ada orang bagi kepadaku (seperti waktu keluar di jalan Allah, atau makan ketika mesyuarat mingguan atau di masjid) dan kadang-kadang Allah sendiri yang bagi dari suatu tempat atau jalan yang tidak pernah fikir-fikirkan.

Kebanyakannya…. dari jalan kedua dan ketiga. Jalan pertama hanya sebab daku nak sediakan untuk orang lain, dan daku terpaksa makan bersama untuk meraikannya (padahal kalau boleh tak nak pun. Tapi tak elok pula macam itu….)

Permasalahan bermula….

Cuma permasalahannya, pada jalan pertama ini. Daku terima daripada suatu tempat jualan orang di kedai makan.

Mungkin orang yang biasa beli tak perasan langsung dan tak rasa ada nilai pada diri apabila makan dan beli dari tempat begini. Tetapi, sepanjang daku belajar dan amalkan, memang tetap macam ini ‘terlalu bahaya’ pergi beli sendiri.

Jika tidak, Nabi s.a.w tak akan pesan umatnya untuk makan dari tangan orang bertakwa. Sebaik-baik masakan masakan daripada tangan orang bertakwa.

Tutup makanan selepas saji. Jangan dedahkan. Sebaik-baik tutup pakai penutup yang tidak mendedahkan mata manusia untuk liar melihat akannya.

Makan dengan banyak tangan atau secara berjemaah. Kerana dengan banyak tangan bersama ini -yang sebaik-baik tangan dari tangan orang bertakwa, ada penawar yang manusia tak jangka. Macamana? Kalau masak pun boleh bagi effect, inikan pula makan bersama-sama.

Impak negatifnya, sepanjang masaku asyik makan dari masakan orang dan ‘tapau’ ini, terasa satu kelainan. Rasa tak sedap saja pada keadaan rohaniku, terasa terganggu dan jatuh dalam kondisi keimananku.

Terasa makanan di luar itu menjadi penyebab besar rasa dalam diriku ini. Tetapi, bagaimana nak buat?

Sekiranya daku kembali menyediakan sendiri, bimbang terganggu seperti dulu. Tumpuan dan fikiran ‘lari’ lagi. Lagi banyak masalah dari menyelesaikan masalah. Perancanganku, mungkin dari tanganku sendiri lepas ini tak payah beli lagi di tempat begini. Hanya makan sesuatu yang bukan dijual tempat begini (bukan dimasak dan disediakan- dah siap paket atau lain-lain).

Tetapi daku harap, dapat sediakan sendiri. Walaupun tak hebat dan sedap macam orang lain, terasa rohaniku bertambah dan tiada masalah untuk beribadah, walaupun makan agak banyak. Tetapi itulah… daku tak tahu kehendak Allah. Dia redha atau tidak…

Doa lah moga Allah kurniakan jalan terbaik dan beri kemudahan. Amin.

-kenapa pada kedua atau ketiga tak terasa bermasalah seperti yang pertama? Entah… daku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab bukan ikhtiarku untuk mendapatkannya, jadi tak bersalah akan hal ini dan tak ada kesan secara langsung daripadanya. Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: