Ilmu Allah: dua perkara

Sungguh, bukan datang sendiri kefahaman atas agama Allah, atau kefahaman atas nilai dunia dan akhirat, melainkan Allah s.w.t. yang memberikan kepada seseorang itu petunjuk.

Kefahaman atas agama Allah itu amatlah luas. Kefahaman atas nilai dunia dan akhirat juga tidak oleh dinilai dengan mata zahir ini. Tetapi, kedua-dua kefahaman ini akan datang di atas kelapangan hati, pandangan hati yang bersih dengan kurniaan dan rahmat dariNya.

Oleh itu, apabila diceritakan atau dikhabarkan akan nilai dunia, akhirat atau agama Allah, bukan setiap orang yang dikhabarkan itu faham akan perkara yang sama. Tidak semua dikurniakan keinginan dan kemampuan untuk menilai akannya.Walaupun di dalam kelas yang sama, medan yang sama.

Semua berlaku dalam kehendak Allah. yang perlu seseorang itu lakukan hanyalah usahakan apa yang telah diketahui olehnya, yang nyata baik untuknya buat agama dalam dirinya serta akhirat yang akan datang kepadanya.

Dalam medan agama ini,

Allah s.w.t banyak mengajarku akan banyak perkara yang daku tidak ketahui. Dalam banyak perkara tersebut, daku kena selalu fikir dan renungkan dengan hati yang dalam, baru datang kesedaran atas nilainya kepada diri sendiri, seterusnya berdoa sentiasa moga Allah tambahkan ilmu dan kefahaman, memberikan kepadaku taufik (kekuatan) untuk amalkan.

Antara dua ilmu yang bagiku terlalu besar dalam hidup ini ialah dua perkara.

Pertama, ilmu jiwa.

Kedua, ilmu masa.
Ilmu jiwa dan jasad.

Ilmu ini telah lama berlaku. Sebelum daku dipilih olehNya berada di jalan ini. Ilmu ini pembuka jiwaku merenung akan kebesaran dan kekuasaan Ilahi, membawa daku menilai yang hakikat diriku yang hanyalah diciptakan, ditambah sifat lemah, lalai dan pelbagai kejahilan yang tak sedar selama ini.

Ilmu jiwa dan jasad membuka hatiku merenung akan setiap kurniaan dan bimbinganNya. Ilmu ini tidak statik, terus berkembang bergantung kepada didikanNya seterusnya membawa natijah kepada kefahaman, setelah melalui suatu pengalaman atau rintangan, yang dalam kehendakNya.

Alhamdulillah…. segala puji bagi Allah yang memberikan daku belajar akan ilmu ini. Yang nyata, ilmu Allah yang luas ini sebenarnya tidak pernah berakhir walaupun daku meninggalkan dunia ini.

Mengapa tidak pernah berakhir? Ia bergantung kepada ilmu kedua ini.
Ilmu masa.

Masa itu mempunyai pelbagai tamsilan dan ungkapan oleh para ahli falsafah atau cendekiawan. Sememangnya masa itu terlalu bernilai, apatah lagi apabila diberi pengetahuan akan masa ini.

Nilai masa itu tersangatlah besar. Sehinggakan sekiranya boleh dibeli masa orang yang tidak tahu menghargainya, terasa ingin dibeli masa mereka dan digunakan dengan sebaik- baiknya.

Tetapi, apakan daya. Masa adalah milik Allah, dan diberikan berkadar atas setiap makhluk yang telah diciptakan olehNya.

Ilmu masa inilah pengenalan yang terlalu dalam akan dunia dan akhirat. Ilmu masa ini merenung akan harga dan kehidupan di dunia ini, dan kehidupan di akhirat kelak.

Hanya ada sejenis manusia yang beruntung kerana masa yang digunakan. Dan betapa ramai yang rugi disebabkan masa yang disia-siakan.

Nabi s.a.w sentiasa berpesan akan masa yang ada di dunia ini, apa yang perlu diusahakan dan mengapa perlu mengingatkan akan akhirat yang masanya tiada noktah dan berpanjangan.

Allah s.w.t ialah yang paling tegas akan nilai masa kepada penciptaanNya. Sehinggakan sekiranya ajal telah tiba, tak ada lagi dolak dalih ditangguhkan. Apabila dah sampai ke sana, tiada lagi masa untuk boleh kembali ke dunia.

Kerana masa, ilmu yang dalam milikan Allah (bukan dari akal fikiran manusia) tidak pernah berakhir untuk sesiapa merenung dan mengambil manfaat akannya. Sekiranya ditanya akan suatu ilmu dari Allah kepada setiap ahli-ahliNya, pasti akan mempunyai jawapan yang berbeza dan tidak akan sama.

Kerana semuanya kembali kepada masa. Dan masa itu dalam genggamanNya. Dan apa yang dalam genggamanNya tidak pernah pudar selama-lamanya.

Yang pudar ialah apa yang diberikan kepada dunia. Dunia akan makannya sikit demi sikit dan hilang dari nilainya.

Sedangkan akhirat, walaupun sikit saja untuknya, itu yang paling bernilai untuk seseorang apabila tiba di sana nanti.
Akhir kata,

Memang agak susah nak payah artikel kali ini. Malah, daku sendiri pun masih sentiasa perlukan petunjuk daripada Ilahi. Tetapi, berdoalah sentiasa mohon Allah tambah kefahaman seterusnya kekuatan untuk amalkan apa yang dalam kebenaran.

Ilmu Allah itu terlalu luas untuk dinilai dengan akal fikiran. Paling kurang, amalkan apa yang jelas baik dalam al-Quran dan as-Sunnah, jadikanlah ulama’ terdahulu yang memang muktabar sebagai panduan, janganlah ambil mudah dengan pandangan ulama’ kini, kerana semakin zaman menghampiri pengakhirannya, makin jauh manusia faham dan mengamalkan agamaNya secara sempurna menurut cara kekasihNya.

Wallahu’alam.
.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: