Niat dan Perbuatan yang Ikhlas

Keadaan dah berubah. Sangat sedar akan kenyataan ini. Mungkin nampak hanya satu perubahan cuaca, tetapi bagiku impak terlalu besar, kerana yang mengubah itu bukannya  manusia, tetapi pencipta kepada manusia.

Hal ini menimbulkan kebimbangan dalam hatiku. Apa-apapun, selagi ada hayat dan meneruskan kehidupan di muka bumi ini, selagi itu masih berpeluang menanam benih agar boleh bertimbun hasil dapat dikumpul di sana kelak.

Berdoa banyak dan sentiasa tingkatkan kesedaran akan tanda dari yang Maha Menguasai. Jangan jadi orang yang tercela, tanda dah bagi, bukti dan terima, tetapi masih tak sedar diri keadaan yang bakal menimpa dirinya.

Bukan mudah nak mencapai hakikat ikhlas. Tetapi tetap perlu diusahakan.

Allah s.w.t hanya menerima amal perbuatan yang ikhlas dilakukan keranaNya. Oleh itu, nak atau tidak, perkara ini perlu juga dilakukan oleh sekalian makhlukNya.

Orang ikhlas terselamat daripada tipu daya syaitan. Ya, syaitan itu sentiasa menggoda, tetapi kerana ikhlas untuk Allah bukan kerana dirinya sendiri, maka nilai godaan itu tidak berkesan untuk dirinya. Hal ini kerana godaan syaitan menuju pada nafsu. Sedangkan mengajar manusia untuk pentingkan dirinya sendiri. Maksudnya apa yang keinginan untuk mengangkat hanya pada dirinya, maka syaitan akan mendatangkan godaan atas perkara itu. Tetapi apabila seseorang buat perkara baik dan tinggalkan perkara buruk kerana Allah, maka tidak ada lagi nafsu dapat menguasai diri. Nafsu telah ditekan untuk buat perkara tersebut kerana Allah, bukan kerana suatu nilai untuk dirinya sendiri.

Oleh hal demikian, orang ikhlas sentiasa menekan hawa nafsunya. Tidak pernah berbuat sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri. Sebaliknya, dia berbuat sesuatu kebaikan sama ada memberi kesan pada diri sendiri atau pada orang lain, semata-mata kerana Allah dan RasulNya yang suka untuk dilakukan perbuatan tersebut.

 

Ikhlas dalam ibadat.

Ikhlas yang paling besar ialah ikhlas dalam beribadah. Hal ini kerana ibadah ialah kehendak dan perintah Allah kepada manusia. Nak tak nak, manusia tetap kena lakukan ia.

Dalam ibadah seperti solah fardhu, ikhlas akan terpancar dari segi nilai ketaatan, kerendahan dan kekhusyukan ketika sedang bersolah. Jika tak dapat ketaatan, kerendahan diri dan hati, serta khusyuk dalam solah, ternyata belum ikhlas lagi lakukan kerana Allah dan menurut sunnah Nabi s.a.w.

“Sahaja aku solat….. kerana Allah taala.”

Dalam niat itu jelas perlu ikhlas buat kerana Allah. Tetapi niat sahaja tidak membayangkan perbuatan, ini yang mengurangkan ganjaran pahala di sisinya.

Niat dah dapat satu pahala. Tetapi perbuatan pula tidak ikhlas (tanpa taat, khusyuk dan khudhu’-kerendahan hati dan diri-), maka satu pahala tersebut akan terpecah-pecah lagi, sehingga menjadi paling buruk iaitu dilemparkan kembali ke muka orang yang melakukan seperti kain buruk kerana tiada ikhlas dalam ibadah yang nyata wajib untuk dia melakukan.

Oleh hal demikian, perlu kenal dan perhatikan perbuatan dalam ibadah juga semata-mata kerana Allah. Apabila ikhlas beribadah kerana Allah, perlu wujudkan dalam perbuatan solah itu tanda taat kepadaNya, khudhu’ (kerendahan diri dan hati) kepadaNya, dan khusyuk (tumpuan hati) kepadaNya. Inilah yang dimaksudkan beribadah seperti kamu nampak Allah di hadapanmu, jika tidak mampu ketahuilah bahawa Allah itu sedang melihat kamu.

Ini hanyalah satu contoh dalam ibadah. Boleh diaplikasi dalam ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain.

Yang penting, niat dan perbuatan yang ikhlas kepada Allah. Niat yang ikhlas bermaksud tujuan semata-mata kerana Allah. Perbuatan yang ikhlas bermaksud melakukan dengan taat (melakukan dengan syarat dan rukun tepat seperti yang diperintahkan), khusyuk (tumpuan hati) dan khudhu’ (kerendahan hati dan diri) kepadaNya, menurut kaedah yang diajar oleh baginda nabi s.a.w.

 

Ikhlas dalam niat Ikhlas dalam perbuatan
Tujuan semata-mata kerana Allah
  1. Taat (melakukan dengan syarat dan rukun tepat dan benar seperti yang diperintahkan)
  2. Khusyuk (tumpuan hati)
  3. Khudhu’ (kerendahan hati dan diri)

 

Tanda ibadah tidak ikhlas.

Selain itu, seseorang yang tidak ikhlas juga boleh dikenal pasti akan tandanya. Memang benar ikhlas ini rahsia antara Allah dan hambaNya, tetapi sekiranya memang terpampang jelas depan mata kesalahan yang dilakukan, adakah lagi rahsia antara Allah dan hambaNya?

Hal ini boleh disemak sendiri dalam diri tuan yang melakukan. Bukannya sukar malah terlalu mudah, sehingga orang lain pun boleh sedar seperti anda tidak ikhlas melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.

  1. Tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika melakukan ketaatan pada Allah.

Perkara ini biasa berlaku dewasa ini. Tidak khusyuk dalam ibadah sehingga boleh terbayang cerita, soalan periksa, pekerjaan atau masalah lain yang timbul ketika melakukan ibadah tersebut. Tindakan ibadah tersebut nampak cepat dan sambil lewa.

  1. Tergesa-gesa dalam beribadah.

Orang yang ikhlas melakukan sesuatu ibadah, dia perlu pastikan wudu’nya sempurna, pakaiannya bersih, nafasnya teratur, dan gerakannya bacaan atau perbuatan solahnya tidak dibuat sambil lewa. Bila telah tergesa-gesa, bukan sahaja wudu’ menjadi tidak sempurna (boleh sampai was-was), pakaiannya sekadar ala kadar (cukup syarat sah solah), nafasnya tidak teratur (nak cepat selesai) dan gerakannya cepat seperti ada urusan yang lebih penting daripada beribadah kepada Allah.

  1. Bodoh sombong.

Istilah ini kasar bunyinya, tetapi perlu ditegaskan di sini agar sama-sama sedar nilai solah di sisi Allah s.w.t.

Setiap amal ibadah perlu dilakukan dengan adanya ilmu dan zikir. Ilmu bermaksud pengetahuan akan hukum hakam dan kelebihan (fadhail) dalam ibadah. Zikir ialah mengingati Allah sepanjang ketika beribadah. Sekiranya ada ilmu tetapi tiada zikir dalam ibadah, akan timbul fitnah (ujian). Sekiranya ada zikir tetapi tiada ilmu dalam ibadah, akan sesat. Tetapi jika tiada ilmu dan tiada zikir ketika beribadah, inilah dipanggil bodoh sombong. Telah tahu diri tiada pengetahuan tentang ibadah secara ikhlas dan sempurna, tambah lagi tiada langsung mengingati Allah ketika melakukan ibadah, tetapi masih tak mahu mencari ilmu atau berguru. Bukan sahaja fitnah wujud, sesat pun tidak terkecuali boleh berlaku.

  1. Tidak peduli akan orang lain.

Perkara ini biasa berlaku apabila beribadah secara berjemaah atau melibatkan orang ramai. Sekiranya bersendirian, fakta ini terkecuali.

Ikhlas dalam berjemaah perlu keserasian bersama-sama. Sekiranya tidak bersama-sama, bukan sahaja tidak ikhlas untuk datang beribadah secara berjemaah, malah perbuatan yang pentingkan diri sendiri ini dicela dalam hati orang yang ikhlas untuk beribadah secara berjemaah.

Perbuatan tidak peduli akan orang lain ini seperti sengaja melambat-lambat solat sunat (sedangkan waktu tetap iqamah telahpun masuk), mempercepatkan iqamah (sedangkan waktunya masih panjang), ambil tertib azan atau iqamah orang lain (sedangkan boleh berkomunikasi dengan tuan imam atau bilal yang azan jika ada urgent perlu segera solah bersama-sama), sengaja meninggikan suara atau melambatkan perbuatan ketika sedang bersolah bersama-sama.

(Inilah kepentingan dan hikmah di sebalik ibadah secara berjemaah. Dengan adanya ibadah secara berjemaah, maka seseorang  yang melakukan kesilapan boleh ditegur dan sama-sama koreksi diri. Jika dilakukan secara bersendirian, siapa yang ingin menegur? Kenal ke selama ini banyak melakukan kesilapan dalam ibadah?)

Mungkin ada banyak lagi. Tetapi cukup sekadar tiga isi penting akan kesalahan umum sehingga boleh melucutkan martabat ikhlas beribadah keranaNya. Yang penting, ada usaha untuk perbaiki diri dan terus menambah kualiti ibadah agar kelak mendapat ganjaran baik (bukan tercela) di sisiNya.

Wallahua’lam.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: