Makanan: pembaziran yang berleluasa!

 

 

Hari ini ingin bincangkan suatu topik. Topik berkenaan makanan untuk sama-sama menghayati dan ambil ikhtibar.

Terlalu banyak cerita dan berita berkenaan makanan ini. Hanya perlu tahu memilih dan memikirkan, baru ada kesan dan sedar ada manfaat dan mudarat yang banyak di sebalik makanan yang masuk ke perut kita.

Antara mudarat yang besar ialah masalah kesihatan. Ya… terlalu banyak kes makanan dikaitkan dengan kesihatan. Bukan sengaja nak perbesarkan.. tuan-tuan dan puan-puan boleh menyemak sendiri di dlam akhbar nasional atau tabloid menceritakan penyakit yang berlaku disebabkan gejala makan secara ikut nafsu, berterusan makan sehingga berlebih-lebihan.

Tetapi kali ini penulis bukan ingin mengisahkan tentang makan secara berlebih-lebihan. Tetapi menceritakan tentang gejala orang makan tetapi sampai tak lalu sehingga buang begitu sahaja.

Ia digelar pembaziran yang berleluasa.

 

Kenduri + kendara.

Antara tempat yang paling banyak melakukan pembaziran ialah di majlis kenduri kendara. Terlalu banyak. Sehingga ulat, lipan, tikus dan sebagainya yang datang untuk makan pun tak habis nak jamah makanan yang terlalu banyak dibuang begitu sahaja.

Apakah orang yang buat majlis kenduri tak pandai bajet makanan untuk orang hadirin yang nak datang makan? Apakah orang yang adakan majlis kenduri tak rancang orang yang datang makan? Atau bagaimana sebabnya berlaku banyak pembaziran ini?

Bukan disebabkan tak merancang. Tetapi merancang tidak tepat seperti yang diwar-warkan.

Dijemput 1000 orang untuk datang makan. Maka, dibuat lebih menjadi 1200 orang untuk makan.

Ok. Ikut logik mesti orang akan kata, “Ah… majlis kenduri. Makan free. Siapa yang tak mahu datang bukan? Tentu ramai nak datang. Jemput 1 keluarga, paling kurang ada 5 orang ahli keluarga, jadi jemput 100 keluarga= 500 orang. Kalau 200 sudah tentu 1000 orang. Nanti jadi ahli keluarga itu ramai, tambah lebih la…”

Inilah yang biasa manusia fikir-fikirkan. Apabila berlaku begini, mulalah edisi pembaziran.

Tetapi, ada pula yang kata,

“Lebih baik membazir daripada nanti tak cukup bagi makan sedangkan tetamu mungkin ramai lagi nak datang. Malu kita nanti…”

 

Perancangan manusia tidak pernah tepat.

Manusia ini hanyalah suatu makhluk yang dijadikan. Mereka tidak mampu, maka Allah bagi kemampuan. Setiap zuriat yang baru dilahirkan akan tiada kemampuan. Apabila telah besar dan dewasa, maka Allah akan beri dan tambah kemampuan untuknya melakukan berdasarkan qada’ dan qadar yang telah ditetapkan.

Isunya di sini,

Manusia bukan merancang dia yang akan lahir di dunia ini. Malah yang melahirkan dan menciptakannya, bukanlah ibu bapanya sendiri.

Semuanya daripada kehendak Allah. Dialah yang melakukan segalanya, dan manusia itu adalah bahan ciptaanNya.

 

Berbalik pada isu pembaziran yang pesat berlaku di mana-mana kini,

Bermula manusia rasa dia mampu melakukan dan semua berlaku atas dasar perancangannya.

Hakikatnya, semua dalam takdir Allah, Dia berkehendak barulah berlaku sesuatu peristiwa.

Yang  perlu manusia lakukan hanyalah merancang dan terus merancang, bukannya menentukan.

Bila dia rasa dia mampu menentukan,itulah yang berlaku pelbagai kesilapan dan kesalahan atas perkara yang dirancangkan. Antaranya ialah kes pembaziran ini.

 

Penyelesaiannya….

Maka penyelesaian untuk isu pembaziran berleluasa (terutama bila buat kenduri atau majlis makan-makan. Mesti banyak kes macam ini buat bangkit), maka perlu buat beberapa perkara.

Pertama, rancang berapa keluarga atau orang nak jemput. Ok, kata 100 keluarga sahaja, iaitu = 500 orang. Maka masak sekadar 500 sudah. Kalau lebih orang? Memang akan berlaku lebih, tetapi perut setiap orang yang datang lain-lain. Ada datang minum air, ada datang ambil banyak tapi buang pula. Macam-macam. Yang penting yakin rezeki Allah bagi, kita merancang sahaja. Baru Allah cukupkan keperluan.

Kedua, masak jangan guna pinggan, tetapi guna kawah. Guna pinggan ibarat mengira rezeki kita yang tanggung semua, tetapi masak guna kawah ibarat usaha untuk rezeki, tetapi yang tanggung Allah. perkara ini berlaku kerana pinggan, kita yang bajet. Tetapi kawah, kita bajet selebihnya biar Allah yang tanggung ia.

Ketiga, jaga amal. Dalam amal yang benar, banyak keberkatan yang akan diterima. Jadi, rancanglah untuk masak sekian-sekian, sambil itu jaga amalan, solah dan majlis yang baik. Baru ada keberkatan. Jika tidak, nescaya banyak pembaziran berlaku, dan maksiat pula yang masuk dalam hati manusia datang nak makan.

Keempat, tak payah buat karaoke atau ntah hibran apa-apa lagi. Tak ada orang makan kenduri sampai satu jam duduk di atas kerusi. Orang datang situ perut lapar, hanya fikir nak makan sahaja. Lagipun, itu semua melalaikan. Kalau pasang kaset ceramah atau apa-apa zikir, barulah hati makin suci, orang pun sedar inilah gaya Islam menjamu manusia makan. Nikmat makan dapat, penyucian rohani pun dapat.

 

Sekian sahaja. Yang penting buat sesuatu sekadar mampu sahaja. Tak payah lah berlebih-lebihan. Buat sakit kepala.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: