Usaha agama Allah: suatu refleksi

Ada satu perkara yang menjadi pemikiranku. Akan ketika dalam usaha sedikit sebanyak mengajak manusia kepada Allah.

Entahlah… perasaan dan penghayatan akan perkara ini tidak sama ketika pertama kali daku diberikan akan kerja ini. Perasaan itu berbeza, dan penghayatan juga berbeza. Tidak pasti kenapa.

Mungkin kerana telah biasa bercakap dan dengar perkara yang sama? Mungkin. Boleh jadi kerana terbiasa dengan keadaan yang sama? Mungkin. Jemu mendengar kata-kata orang lain? Ini tidak mungkin. Atau mungkin iman telah masuk di dada? Ini tiada sesiapa pun tahu ia telah masuk dan tetap ataupun tidak.

Apa yang pasti, kata-kata itu bunyinya seperti biasa. Tak macam dulu.

Dulu bila kata-kata manusia berkenaan usaha ini didengari, naik semangat dan syok untuk menghayati nilai yang wujud dalam ad-din Islam. Kini, dengar juga benda yang sama, tetapi perasaan itu sudah berbeza.

 

Atau, mungkin sebab perkara ini:

1)      Kurang yakin pada apa-apa yang dilakukan. Maksudnya,dah biasa cakap jadi sukar lagi nak melakukan perubahan. Dulu, sekali baca taklim di depan manusia, nampak sinar iman di wajah mereka. Tertarik pada nur hadith yang dibaca.

Walaupun seorang dua, ini pun bernilai sebab nampak cahaya nur pada hadith dalam diri mereka.

2)      Mungkin sebab diri orang yang menyampaikan pula tidak yakin dan mengusahakan apa yang disampaikan. Ringkasnya, cakap boleh berjela-jela, tetapi amal tiada. Mungkin tetapi tiada sesiapa pun mengetahui.

3)      Mungkin juga kewujudan iman di dada. Namun, kenyataannya tidak semua orang imannya sama. Tetapi mereka pun dengar menjadi seperti biasa.

4)      Mungkin orang pengusaha ke atas makin kurang menghayati usaha ini dan makin kurang pengorbanan. Atau mungkin pengorbanannya sama, tetapi pengorbanan kepada dunia pula bertambah. (Daku rasa ini dalil paling kuat. Kurang pengorbanan, kurang penghayatan, dan tidak terkesan pada orang yang mendengarkan.)

 

Yang bezanya, walaupun perasaan dan penghayatan ini terasa biasa, yang berbeza dan tetap terasa beza ialah SUASANA. Ketika setiap minggu duduk sekali dengar cerita tentang Allah, Rasul dan keyakinan pada akhirat (cerita perkara yang sama), SUASANA dalam majlis tersebut tidak pernah sama dengan tempat-tempat yang lain. Sungguh! Walaupun majlis ulama’ besar atau duduk ramai-ramai ketika khutbah hari Jumaat.

Tetapi,yang akan merasai perkara ini mungkin hanya pada orang yang kenal nilai iman dalam kehidupannya. Mungkin.

 

Seorang ustaz berdalil al-Quran.

Satu ketika, seorang ustaz menyampaikan tazkirah/ peringatan dengan dalil-dalil al-Quran. Tetapi, tidak sampai pada hatiku penghayatan dan ketenangan pada ayat-ayat yang dibacakan.

Tak menusuk kalbu.

 

Ketika itu daku terfikir, apakah salah ustaz yang membaza dan berdalil, atau ayat-ayat al-Quran tiada lagi terkesan ketika bacaan dilakukan?

Fikir demi fikir, daku rasa perkara kedua tidak mungkin. Sebab, daku sendiri membaca dan berusaha menyampaikan ia pada orang lain. Kenyataannya, sememangnya al-Quran itu ada aura tersendiri, sama ada ketika daku baca atau dengar orang lain bacakan ia.

Jika benar hatinya pada bacaan, nescaya sejuk dan tenang mendengar bacaan yang disampaikan. Sekiranya hati tak benar atau buat sambil lewa baca (sebab dah pandai dsb), maka nescaya telinga saja dengar sedap, tetapi tak pada jiwa.

 

Maka, disimpulkan di sini, salah orang yang menguasaha, bukan salah barang yang memang dah berkualiti.

 

Suatu usaha yang perlu diteruskan.

Sebegitupun keadaan yang berlaku hari ini pada dakwah yang hakiki ini, usaha ini tetap perlu diteruskan.

Walaupun tiada lagi kedengaran penghayatan manusia (hatta para pendakwah) menyampaikan kata-kata iman, usaha ini tetap perlu dibuat dan diteruskan. Hal ini kerana neraca penerimaan Allah bukan pada penghayatan dan penerimaan orang lain, tetapi usaha yang sentiasa dilakukan berdasarkan panduan ulama’.

Hidayah itu di tangannya, tetapi manusia itu perlu sendiri berkehendak dan berusaha mendapatkan ia.

 

Jadi, beberapa penyelesaian mungkin boleh difikirkan di sini.

1)      Pada malam minggu bercakap tentang Allah, hidupkan malam tersebut dengan  hafalan al-Quran dan as-Sunnah. Perkara ini penting kerana ummat dah makin jauh dari sumber akidah ini. Selain itu, bagi para pendakwah, kedua-dua sumber ini penting untuk tahu dan hafal perkara yang benar. Bukan sekadar sebut dari mulut ke mulut saja. (Apa yang salah, perlu lakukan perubahan). Selain itu, pada malam ini adalah perkara terbaik untuk cakap sesama teman kenal atau tak tentang Allah dan ad-din Islam yang mulia.

2)      Hidupkan malam dengan tahajud dan doa. Mengantuk? Bukan sebab anda tidur lambat, tetapi kerana dua perkara: 1) sembang dunia (dunia masuk dalam hati) 2) makan sampai kenyang.

3)      Teruskan bagi masa untuk agama Allah. Setiap kali bagi masa, nescaya Allah akan bayar balik dengan kebaikan, keberkatan, kerahmatan, kemudahan, dan hidayah yang dalam genggamannya. Tidak berputus asa jumpa manusia mengingatkan mereka akanNya kerana tidak rugi untuk diri sendiri (sebab ada kekuatan iman, ada istiqamah dalam amalam).

4)      Sabar atas usaha ini. Usaha ini memang penuh dengan ujian. Sama ada pada diri sendiri, rakan seusaha, atau orang yang nak dijumpai. Sentiasa datang tak henti-henti. Usaha ini seperti iman juga. Ada turun naik, keluar masuk. Maksudnya, ada ketika orang yang jumpa itu datang, tetapi kemudian masa dia juga yang pergi. Ada ketika ada bersama, ada ketika tiada pula.

Di sinilah didikan Allah. Hati makin kekar untuk menerima sebarang keadaan dan pandangan manusia. Hanya buat ikhlas kerana Dia.

Sabar terus berusaha. Sesungguhnya Allah dan malaikat sentiasa bersama orang yang istiqamah berkata-kata tentang Dia.

 

Doaku,

“Ya Allah, kekalkanlah daku akan usaha ini sehingga akhir hayatku. Jika Engkau memilihku untuk menguasahakan agamaMu, berilah daku kekuatan untuk sentiasa melakukan, dan pilihlah kaki dan kudratku untuk agamaMu. Jika ada kesilapanku pada usaha yang kumampu, ampunkanlah dan tegurlah kesilapanku.”

“Ya Allah, daku kenal dan yakin akan Engkau dan setiap pada janji-janji dalam kalamMu dan kata-kata NabiMu. Daku menanti-nanti dan berdoa Engkau pilihlah akan janji-janjiMu yang penuh kebaikan dan ganjaran itu kepadaku, dan hindarkanlah segala jenis azab dan seksaan itu daripadaku.”

“Ya Allah, daku doakan hidayat itu seluruh alam. Manusia usaha atau tidak akan agamaMu, kembali dan taat kepadaMu.”

“Ya Allah, moga anak cucuku menyambung tali usaha ke atas agamaMu, membesarkanMu. Peliharalah keadaan kami dan lindungilah kami. Nyata, tiada pelindung sebaik-baiknya, melainkan Engkau, Wahai Allah tuhan yang Maha Pengasihani.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: