Fikir dan risau atas ummat.

 

Beberapa tempoh hari sebelum ini, penulis meneruskan kembara untuk mengislahkan diri dari kesibukan duniawi selama ini kepada kesibukan urusan ukhrawi semata-mata. Di samping itu, menyelami akan kekurangan amalan dan penghayatan pada sifat dan zat Allah. Hal ini kerana Allah itu tidak nampak di mata sehingga ramai manusia melupakanNya. Tetapi untuk memasukkan nilai dan penghayatan benar kepadaNya, perlu melakukan perubahan dan pengasingan. Oleh hal demikian, penulis telah korbankan sedikit ruang masa, tenaga, diri dan harta kerana ingin bina yakin dan iman benar kepadaNya, selain mengamalkan sunnah nabi s.a.w, kekasih Allah yang sempurna.

Inilah yang penulis lakukan dalam tempoh masa tertentu sebelum ini. Mengharapkan ganjaran terbaik di sisi Ilahi, buat kehidupan dunia ini mahupun di akhirat nanti.

Hari ini suasana ummat sangat sukar untuk membayangkan nilai dan keinginan pada akhirat. Ternyata, perbezaan ketara antara suasana kehidupan sahabat nabi s.a.w dan salafus soleh, dengan kehidupan hari ini. Suasana zaman terdahulu telah membina ukhwuwah dan fikir risau atas persaudaraan sesama agama serta matlamat akhirat kelak yang akan tiba, tetapi hari hanya risau bagaimana nak bina kehidupan individu itu sendiri, di samping tak pernah fikir risau akan kehidupan selepas mati.

Bagi seorang hamba Allah yang lemah dan tak terdaya ini,

Penulis mengusahakan perkembangan agama menurut jalan yang diredhai Allah dan dilakukan oleh para nabi a.s. mereka melalui jalan dan kaedah yang sama, maka penulis melalui jalan dan kaedah yang mirip-mirip ada persamaan dengan para anbiya’ a.s.

Mereka mengusahakan agama Islam yang sempurna datang dan diamalkan dalam kehidupan. Usaha mereka siang malam, pagi dan petang. Susah payah, mujahadah dan fikir risau atas ummat yang sentiasa berkembang membuatkan usaha mereka menjadi contoh teladan sehingga hari dan dinobatkan sebaik- baik usaha atas agama Allah sehingga termaktub dalam al-Quran.

Namun, hari ini usaha yang benar dan hak, seperti jalan para anbiya’ telah ditinggalkan oleh ummat. Para nabi tidak lagi diutuskan ke dunia ini untuk memberi peringatan dan manfaat untuk ummat, sehingga ummat terus dalam kekufuran dan kesyirikan. (Nauzubillah).

Tetapi, Allah yang Menciptakan sekalian alam tetap sama. Walaupun para anbiya’ telahpun tiada, tetapi usaha atas agama Allah masih terus kekal diteruskan oleh para ummat nabi s.a.w. Ummat akhir zaman ini bukan sekadar ditugaskan beribadah kepada Allah, malah menjadi tangungjawab mengambil kerja kenabian. Sekiranya diambil tugas yang besar dan bernilai tinggi ini, nescaya urusan duniawinya akan menjadi mudah dan urusan akhirat sentiasa dalam fikiran dan bayangan.

Tugas dan kerja kenabian ini bukan lagi diutuskan kepada para anbiya’ seperti dahulu, kini menjadi beban dan tanggungjawab kepada sekalian ummat yang sedang berada di penghujung  zaman.

Keadaan, suasana dan ikhtiar atas agama perlu diteruskan. Sehingga keputusan Allah meletakkan kemusnahan seluruh alam, sehingga tiada lagi penciptaan kehidupan di muka bumi ini.

Bangunan yang tidak sempurna.

Atas peranan inilah setiap ummat Islam hari ini perlu sedar akan tanggungjawab yang besar untuk menguruskan dan membawa mesej yang benar agama Allah s.w.t sekiranya tidak diusahakan, nescaya akan berlaku banyak kemungkaran dan kegelapan dosa, kerana dir mereka sendiri juga yang melakukan.

Sama ada selamatkan iman dan berada dalam cahaya kebenaran dengan mengambil kerja mulia yang dikurniakan kepada para nabi, atau terus bergelumang dalam kemaksiatan dengan mengikut cara orang yang ingkar akan pesanan para nabi. Hal ini kerana kenyataannya, Iman, Islam dan Ihsan, serta kerja agama ini tidak akan sama sekali difahami melalui teori buku atau pemikir Islam dan orentalis, melainkan dengan keizinan dan kehendak Allah untuk memberikan kebaikan kepada para hambaNya.

Sebegitupun kemunduran dan kerosakan ummat hari ini,  semenjak dua menjak tahun ini, diperhatikan terdapat banyak informasi yang baik untuk perkembangan agama pada akhir zaman. Didapati terdapat banyak pertubuhan, pergerakan, wacana, artikel dan sebagainya yang menjurus kepada hal ehwal keagamaan. Hal ini semakin lama semakin bertambah dari tahun sebelumnya. Melihat pada perubahan ini, telah wujud perbezaan ketara akan segala yang berlaku dan tanda ramai ummat Islam mula sedar dan berfikir akan kebenarannya.

Walaupun bangunan agama yang dibina itu tidak kukuh dan serba sedikit diambil untuk kehidupan, kenyataannya bangunan yang tidak kukuh itu semakin banyak yang mula berusaha mendirikannya. Apabila banyak sumber untuk membina bangunan agama mula diusahakan, nescaya akan nampak peratusan untuk kejayaan membina bangunan lebih baik, walaupun dari sumber, keadaan, situasi dan usaha yang berbeza.

Semoga fikir dan risau akan ummat ini berkembang dalam hati. Agar memperoleh ganjaran terbaik di sisiNya, sama ada sikit atau banyak buat kehidupan di dunia ini dan di akhirat sana.

 

-ya. daku melihat. Teruskan. Semoga berjaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: