Monthly Archives: Mac 2014

Tiada dua kerisauan dalam satu hati

Agama ini terus bergerak dan tersebar. Tidak orang tahu macamana agama Islam ini tersebar ke seluruh alam. Jika dulu ada nabi atau Rasul atau para sahabat nabi yang ambil tanggungjawab menyebarkan Islam, hari ini semuanya tiada lagi. Tetapi Islam tetap tersebar di mana-mana sahaja, di serata dunia.

Allah s.w.t mengambil tanggungjawab penuh menyebarkan agamaNya setelah ditutup pintu para utusanNya. Dia mengambil peranan setiap muslim untuk menyebarkan ad-dinNya, walau bagaimana cara dan kaedah sekalipun.

Hatta ketika tengah makan Allah boleh menyebarkan dan meluaskan pengaruh agamaNya. Hatta tengah tidur pun Allah boleh sebarkan agamaNya.

Continue reading →

Advertisements

Berita akhir zaman (3)

Dalam setiap penciptaan Allah s.w.t, ada konsep zahir dan batin. Zahir ialah apa yang boleh dilihat dan dikenali melalui pancaindera. Konsep batin pula hanya mampu dikenali dengan menggunakan kebijaksanaaan akal dan hati yang bersih.

Begitu juga pada alam ini, alam ini ada ‘roh’ dan ‘jasad’. Hal ini dikukuhkan lagi dengan penemuan hadith nabi s.a.w berkenaan wajah dunia. Begitu juga dengan penemuan Nabi Isa a.s. berkenaan keadaan dunia ini.

Al-Quran pula tidak memecahkan kepala manusia dalm memahami konsep roh pada kehidupan mereka. Al-Quran satu kaalm dan rujukan terbaik sepanjang zaman, yang menerangkan dengan jelas pada manusia akan mewujudan roh dan jasad ini, tetapi dalam keadaan yang santai dan bersahaja. Namun, yang akan mengambil manfaatnya hanya kepada orang yang ada iman dan yakin sempurna kepadaNya.
Continue reading →

Kini, kerja yang penuh tanggungjawab.

Hari-hari penulis memikirkan akan perkara ini. Memikirkan suatu keadaan yang makin lama makin mudarat, makin lama makin jauh dari landasan.

Penulis bimbang sekiranya kemudaratan yang berlaku akan turut terkena tempias kepada diri penulis. Masakan tidak, dulu penulis juga tenggelam dalam kegelapan itu, tetapi Allah yang Maha Baik dan Mulia inginkan selain daripada itu kepada diri penulis. Malah, penulis yakin Allah turut melakukan perkara yang sama (memberi hidayah) kepada orang yang lain. Bezanya, apakah keinginan pula di hati mereka. Inginkah mereka menggenggam keinginan tersebut. Perkara ini Allah tegaskan dalam al-Quran, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam.

Oleh itu,

Di mahkamah akhirat kelak tiada sesiapa pun boleh menyalahkan Dia yang menciptakan mereka. Allah telah beri mereka peluang dan pilihan. Mereka pilih jalan baik, maka sangkaan Allah pada mereka juga baik. Jika pilih jalan buruk, maka sangkaan atau kehendak buruk juga akan didapati oleh mereka.

Continue reading →

Misi: mencari orang yang ikhlas

Ya, benar. Hari ini suasana tidak melambangkan suasana agama.

Sangat disedari akan perkara ini. Jika tidak, pasti kanak-kanak yang kecil dan bersih lebih pandai cakap tentang Allah, agamaNya dan solah, daripada bercakap cerita kartun itu ini, main games dan tengok cerita TV.
Continue reading →

BAYANGAN DUNIA AKHIR ZAMAN. (2)

Cuaca yang menggigit ini membuatkan daku terasa terlalu letih dan penat untuk bergerak. Menyebabkan tidak suka selalu keluar dari bilik. Badan terasa tak selesa nak bergerak.
Sesak jiwa rasanya. Tak rasa upaya pula.
Entahlah. Ini baru sikit Allah bagi panas kat dunia ini. Macam ni pun terasa macam-macam masalah dekat diri sendiri. Entah macamana keadaan kat akhirat nanti.
Continue reading →

Makanan: suatu kajian

 

Dalam kajian yang sedang dilakukan sekarang ialah berkenaan makanan dan nilainya kepada personaliti manusia.

Dulu, daku belajar juga tentang makanan. Tetapi bukan untuk suatu nilai, lebih kepada penghasilan produk makanan demi mengaut keuntungan duniawi. Sama ada penghasilan kepada syarikat, komersial, perkilangan dan lain-lain lagi.

Continue reading →

BAYANGAN DUNIA AKHIR ZAMAN. (1)

 

Penafian: Berita atau penulisan di dalam artikel ini tiada kena mengena dengan yang masioh hidup atau yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan mana-mana agensi, pergerakan atau pertubuhan. Tiada kaitan dengan mana-mana polisi atau kenegaraan.

Suatu catitan nilai peribadi kepada penulis asal. Sebarang cetakan maklumat atau komen hendaklah diwar-warkan kepada penulis terdahulu, sebelum disampaikan kepada orang lain.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Continue reading →

Jadilah roh kepada kebaikan! (edited)

Nukilan ini adalah karya terdahulu. Tetapi penulis telah edited di tempat-tempat tertentu kemudian lampirkan kembali di sini.

Setelah agak lama mengembara melalui jalan Ilahi, barulah disedari betapa besar nilai agama dalam kehidupan di dunia ini, betapa besar lagi agama untuk kehidupan di akhirat nanti.

Ah…. betapa sulit ingin diceritakan apa yang dilalui dan dirasai. Hanya, ingin disampaikan di sini, sesungguhnya hanya agama Islam ini adalah agama yang hak dan cara hidup yang diredhaiNya. Barang siapa yang mengambil dan menjadikan ia sebagai jalan hidup, dia telah menempah kejayaan dunia dan akhirat sana. Sebaliknya, barangsiapa yang tidak menjadikan Islam sebagai agama dalam dirinya dan menjadikannnya sebagai cara hidup, sebenarnya tiada jaminan langsung kejayaan bagi dirinya, malah pintu kegagalan di dunia dan akhirat terpampang di mana-mana pada dirinya. Nauzubillahi min zalik.

Continue reading →