Jadilah roh kepada kebaikan! (edited)

Nukilan ini adalah karya terdahulu. Tetapi penulis telah edited di tempat-tempat tertentu kemudian lampirkan kembali di sini.

Setelah agak lama mengembara melalui jalan Ilahi, barulah disedari betapa besar nilai agama dalam kehidupan di dunia ini, betapa besar lagi agama untuk kehidupan di akhirat nanti.

Ah…. betapa sulit ingin diceritakan apa yang dilalui dan dirasai. Hanya, ingin disampaikan di sini, sesungguhnya hanya agama Islam ini adalah agama yang hak dan cara hidup yang diredhaiNya. Barang siapa yang mengambil dan menjadikan ia sebagai jalan hidup, dia telah menempah kejayaan dunia dan akhirat sana. Sebaliknya, barangsiapa yang tidak menjadikan Islam sebagai agama dalam dirinya dan menjadikannnya sebagai cara hidup, sebenarnya tiada jaminan langsung kejayaan bagi dirinya, malah pintu kegagalan di dunia dan akhirat terpampang di mana-mana pada dirinya. Nauzubillahi min zalik.

Kembara menuju Ilahi.

Kembara Ilahi ini sebenarnya mempunyai suatu nilai yang sangat dalam dan panjang. Mempunyai pelbagai halangan, rintangan, onak, duri dan pelbagai lagi dugaan yang perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Apabila seseorang yang melalui jalan Ilahi dengan sabar dan tabah akan setiap  ujian Allah ke atas dirinya , nescaya Allah akan membukakan jalan kebaikan kepada dirinya seterusnya mengubah sifat buruk yang selama ini wujud dalam dirinya menjadi sifat mulia. Sebaliknya mereka yang tidak bersabar akan ujian Allah, maka Allah tidak rugi apa-apa. Mereka pula yang tidak akan berubah menjadi apa-apa dan tidak akan dapat manfaat apa-apa, melainkan sekadar salah satu ragam kehidupan.

Inilah nilai hikmah di sebalik ujian Allah. Allah yang memilih ujian untuk hambaNya melaluinya. Bergantung kepada hambaNya untuk terima dengan sabar atau menolak dari kehendak untuk sabar.

Menemui Jalan Daie.

Dalam kembara ini, akhirnya Allah menemukan penulis dengan jalan para daie. Jalan para nabi dan jalan terbaik buat ummat akhir zaman ini untuk menyelamatkan akidah, iman dan keselamatan di akhirat sana, terutama kepada diri mereka sendiri.

Jalan ini tiada perkataan mudah. Apabila suasana telah terbina, ramai telah dapat menerima, dan ada orang yang boleh membangunkan usaha agama di sesuatu kawasan atau penempatan, maka para daie ALlah perlu pergi ke tempat seterusnya. MEreka akan dihantar ke tempat lain untuk diusahakan pula. Kenapa? Kerana ummat Islam hari ini menjadi ramai dan berada di mana-mana. Tetapi bilangan orang yang dipilih kerja untuk Dia hanya seberapa, walaupun kenyataanNya Dia telah umumkan hak pekerjaan  ini kerana ummat akhir zaman.

Jalan ini juga penuh dengan ujian dan kepelbagaian keadaan. Dengan ujian yang menimpa (dari nafsu sendiri, orang yang ditemui, dan syaitan yang menghasut) dan keadaan yang menimpa membuatkan orang yang sentiasa sabar akan keadaan tersebut menjadi sifat yang diinginkan ALlah kepada para daieNya. Dengan ini, mereka tidak lagi terkesan pada keadaan yang mendatang, tugas penyeruan pada ALlah dan agamaNya pula dilakukan ikhlas semata-mata keranaNya.

Akhirnya,

Wujudlah dalam diri mereka sentiasa dalam keadaan fikir dan risau akan ummat dan agamaNya. Kewujudan fikir dan roh dakwah yang berterusan ini turut dirasai apabila mereka mengatakan atau bertemu masyarakat, seterusnya dirasai akan roh kebaikan yang dibawa bersama pada diri mereka.

Jadilah roh kepada kebaikan!

Hari ini, setiap orang sentiasa nampak roh dan menuju kepada roh(semangat, keinginan) kejahatan. Daripada keinginan hati, pandangan mata sehinggalah menjadi buah perbualan, pasti ada perkataan sia-sia dan tak berguna sentiasa menjadi perhatian dan ungkapan.

Hal ini telah mematikan hati orang-orang yang mencari kebaikan untuk mengharapkan masih wujud kebaikan di atas muka bumi ini. Mereka merasakan tiada lagi pintu kebaikan yang pernah wujud di zaman terdahulu ketika Islam mula berkembang di atas muka bumi.

Tetapi hakikatnya tidak sedemikian! Selagi Allah masih terus memberikan kehidupan dan menciptakan makhluk di atas muka bumi, selagi itu kebaikan masih wujud di dunia ini.

Hanya bezanya,dulu manusia sikit dan tak globalisasi. Kini manusia makin ramai dan globalisasi. Jadi, yang ramai dan global (= perihal duniawi) itulah yang sentiasa terpampang di minda dan hati manusia di alam ini. Sedangkan pembawa roh kebaikan itu masih wujud cuma tenggelam dalam ‘ramai dan global’ dunia ini.

Begitulah perancangan dan kehendak yang Maha Menguasai dan Menciptakan. Buatlah apa yang makhlukNya berkehendak akannya, dan Dia juga ada perancangan dan aturanNya sendiri, yang hanya Dia Maha Mengetahui, menjadi Rahsia dalam ZatNya sendiri.

Dia memelihara, menghidupkan dan mematikan. Dia yang menggerakkan dan Dialah juga yang akan membinasakan.

Sesungguhnya, roh kepada kebaikan (mengingatkan manusia kepadaNya, kepada nilai agama dan akhirat yang  akan datang) sentiasa wujud di atas muka bumi ini. Hanya,

Seseorang itu perlu sentiasa meminta kepadaNya dan terus berusaha berdoa lagi dan lagi kepadaNya. Pasti Dia akan tunjukkan jalanNya kepada anda. Tetapi, sekiranya anda masih lagi ‘bodoh sombong’ setelah anda menemui petunjukNya,atau anda tergesa-gesa berdoa dan meminta kepadaNya, andalah yang bersalah bukannya Allah yang telah memberikan kepada anda.

Hanya Allah Maha Mengetahui sedangkan makhlukNya tak tahu apa-apa.

Dialah yang merahmati atas segala keadaan. Tidak akan mampu manusia itu melakukan sesuatu keadaan, sekiranya ALlah tidak berkehendak akannya untuk melakukan.

 

-Selamat ulang tahun kelahiran Ziyad. Moga Allah memberkati usiamu, menjadi anak yang soleh, hati yang bersih dan minda yang cerdas. Demi kebaikan dalam agamaNya dan dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: