BAYANGAN DUNIA AKHIR ZAMAN. (1)

 

Penafian: Berita atau penulisan di dalam artikel ini tiada kena mengena dengan yang masioh hidup atau yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan mana-mana agensi, pergerakan atau pertubuhan. Tiada kaitan dengan mana-mana polisi atau kenegaraan.

Suatu catitan nilai peribadi kepada penulis asal. Sebarang cetakan maklumat atau komen hendaklah diwar-warkan kepada penulis terdahulu, sebelum disampaikan kepada orang lain.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Wacana tangan ini terus bergerak. Allah telah memberikan daku taufik untuk terus istiqamah menulis di sini bagi memberi berita kesedaran kepada ummat ini akan masa yang makin suntuk untuk mereka sedar apa-apa yang berlaku hari ini.

Dahulu, tangan ini tidak pernah bijak dan tahu menulis atas mana-mana laman maya atau realiti. Tetapi, Allah yang berkehendak atas sesuatu keadaan akan terus melakukan kehendakNya, tanpa memerlukan sokongan atau bantuan dari sesiapa dan mana-mana. Yang jahil diajar menjadi pandai.Yang tidak bijak diajar menjadi bijaksana. Yang tidak tahu diajar untuk mengetahui. Yang tidak tahu menulis diajar untuk menulis.

Semuanya bermula dari tidak. Apabila Allah berkata ya, maka yang ‘tidak’ itu berubah menjadi ‘ya’. Tersirat dalam kata ‘kun’, apa yang tidak dan menjadi mustahil bagi manusia, tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t.

Seterusnya,

Allah menyampaikan perintah dan kehendak dalam setiap ajaran yang diberikan. Ada perintah dalam kesenangan, ada kehendakNya dalam bimbingan yang diberikan. Lebih-lebih lagi dunia ini adalah tempat mengumpul dan membuat amalan, maka mustahillah tiada perintah atau kehendak Allah pada didikan hambaNya di dunia ini.

Semata-mata untuk kebaikan buat sang hamba juga. Membetulkan matlamat dan tujuan hidup kerana Dia, seterusnya melakukan perintahNya semata-mata kerana Dia.

Maka,

Ada suatu berita yang menjadi renungan penulis. Satu tanda yang semakin berterusan, ditokok tambah tanda lain yang boleh dilampirkan sebagai penguat berita yang sedang berlaku ini, seterusnya menjadi pedoman bahawasanya perkara ini perlu disampaikan di sini.

Dengan taufik dan inayah Allah daku menulis di sini. Sekali lagi dinafikan sebarang penglibatan mana-mana individu atau perkumpulan, badan atau pergerakan, seterusnya berkait dengan mana-mana polisi.

p/s: penulisan ini ditulis dalam bentuk catitan. Secara ringkas dan mudah. Belum diedit menjadi penulisan yang lebih sempurna.

 

Berita pertama.

Pada pertengahan tahun 2013, satu jemaah dakwah telah dihantar ke suatu kawasan Madura, Indonesia. Jemaah ini terdiri dari seramai 6 orang dan mereka bergerak dalam satu matlamat dan agenda, iaitu menyampaikan kepada seluruh manusia bahawa Allah itu Tuhan mereka, Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusanNya dan cara hidup baginda membawa kejayaan dunia dan akhirat, serta akhirat sebagai tujuan yang kelak akan tiba.

Proses pengislahan diri dan masyarakat ini mengambil masa selama 1 bulan di sana. Tempoh baki masa yang lain dihabiskan di dalam Malaysia. Hampir sembilan masjid telah mereka datang dan usahakan untuk hidupkan dengan amalan. Seterusnya memperbaiki diri sendiri dan mengajak orang lain untuk sama-sama bergabung tenaga menghidupkan rumah Allah dan faham nilai Islam dalam kehidupan, di samping usahakan untuk mereka juga berada di jalanNya.

Pada masjid yang terakhir, terdapat satu peringatan untuk sama-sama ahli jemaah fikir-fikirkan. Berita ini disampaikan sebanyak dua kali, membayangkan  kekuatan pada berita yang disampaikan buat pertama kali.

Pada malam pertama masjid terakhir, amir kepada jemaah ini telah bermimpi. Mimpi akan hiruk pikuk peristiwa kiamat.

Huru-hara, manusia melarikan diri, menyelamatkan diri, suasana kacau bilau dan pelbagai lagi. Hal ini sangat memeranjatkan kepada amir jemaah sehingga beliau (yang agak tua) bertambah uzur dan demam untuk beberapa hari.

Pada malam berikutnya, seorang lagi ahli jemaah yang sama mimpi akan perkara yang sama. Mimpi akan berlakunya peristiwa kiamat.

Bulan yang bulat dan mengambang dilihat menjadi bertambah besar. Seterusnya tiba-tiba menggelegak dan mula nampak riak nak pecah. Keluar lava seperti gunung berapi dan tiba-tiba bulan itu mula berpecah!

Orang ramai mula panik dan berusaha mencari tapak perlindungan. Berpusu-pusu menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam tempat perlindungan. Tiada sesiapa tahu apa yang perlu dilakukan.

Akhirnya, ada seorang pemuda berpesan,

“Baca (dan jagalah) al-Quran.”

 

Keterangan.

Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada penulis. Pada penghayatan pertama mula-mula mengganggap perkara yang disampaikan itu hanya sekadar mimpi. Tetapi apabila melihat rentetan zaman, perubahan zaman,  tempat mereka yang bermimpi dan penguat yang wujud kepada orang pertama yang bermimpi,

Daku anggap ianya bukanlah satu perkara main-main. Tetapi suatu peringatan buat zaman yang makin di penghujungnya, yang ‘tirai baru’ buat dunia akan bermula tidak lama lagi.

Allah s.w.t menyampaikan peringatan ini kepada mereka yang berada di jalanNya. Hati mereka menumpukan dan berkorban jiwa dan harta keranaNya. Tiba-tiba disampaikan berita melalui mimpi, sebagai berita yang disampaikan kepada orang lain agar mereka bersedia juga akannya.

Terutama pada peringatan manusia kedua yang bermimpi. Iaitu, “Baca (dan jagalah) al-Quran.” Perkara ini menunjukkan tiada lagi penyelamat yang benar kepada manusia melainkan kalamNya sahaja. Hari ini manusia sibuk mengejarkan kepentingan duniawi, belajar tentang sains dan teknologi, kimia, fizik, biologi, perniagaan, pengurusan, kewangan dan alin-lain lagi semata-mata demi kepentingan duniawi. Tiada langsung yang mutlak dan ikhlas demi kepentingan agamaNya, apatah lagi demi hanyasanya kerana Allah s.w.t. Jika mereka benar-benar berniat dan berbuat semua itu kerana Allah, nescaya mereka tidak akan alpa dan leka dari membaca kalamNya (al-Quran), kerana inilah yang paling disukai dan dicintaiNya, berbanding segala jenis bacaan manusia.

Ini adalah ringkasan peristiwa yang disampaikan sebagai berita pertama. Berikut akan disampaikan peristiwa-peristiwa lain yang berlaku atas dunia ini, sebagai paparan berita seterusnya.

 

Tetapi, yang lebih penting pada mesej ini,

BACA DAN JAGALAH AL-QURAN. MASA ITU TIDAK PERNAH MENUNGGU MANUSIA UNTUK MEMBINA AMALAN MEREKA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: