Makanan: suatu kajian

 

Dalam kajian yang sedang dilakukan sekarang ialah berkenaan makanan dan nilainya kepada personaliti manusia.

Dulu, daku belajar juga tentang makanan. Tetapi bukan untuk suatu nilai, lebih kepada penghasilan produk makanan demi mengaut keuntungan duniawi. Sama ada penghasilan kepada syarikat, komersial, perkilangan dan lain-lain lagi.

Tetapi, Allah yang menciptakanku ingin daku belajar lebih daripada itu. Kerana Dia yang Maha Mengetahui, apabila daku belajar akan hanya konteks duniawi hakikatnya tiada apa-apa  nilai yang boleh diaplikasi, apatah lagi untuk keuntungan ukhrawi. Malah, banyak yang dipelajari sebenarnya tidak memberikan hasil apa-apa.

Maka, Dia berkehendak akanku untuk belajar pada subjek ini. Alhamdulillah, dengan penuh rintangan, kesabaran, dugaan dan ujian, akhirnya daku boleh belajar juga, dan daku belajar daripadaNya akan apa yang daku tidak ketahui.

 

Pelbagai nilai yang berguna

Apabila makin dikaji akan perihal makanan ini,

Daku terasa terlalu besar akan nilai makanan kepada individu, masyarakat, dan kehidupan (dunia akhirat). Sungguh, perspektif makanan ini terlalu besar peranannya, selagi manusia tahu melihat akan makanan ini dari konteks akal dan mata hati, bukan nafsu di perut sahaja.

Barang siapa yang melihat makanan dari konteks nafsu dan perut, nescaya makanan itu hanya jadi najis sahaja. Lapar makan, dah kenyang tinggalkan begitu sahaja.

 

Tetapi hakikatnya, makanan  lebih daripada itu! Sangat luar biasa peranan dan harganya! Makanan menjadikan manusia lebih baik atau buruk personalitinya, makanan memberi kesan kepada amalannya sama ada sesama manusia atau dengan Tuhannya, makanan juga akan memberi kesan kepada pembentukan sifat rohani insan.

Tetapi, hari ini daku hanya ingin huraikan makanan dan pengaruhnya kepada personaliti insan.

 

Makanan dan personaliti.

Permulaannya, daku ingatkan kajianku ini hanya berkisar halal dan haram. Yalah, itu sahaja  di fikiranku kerana itu sahaja yang pernah dikaitkan dalam pelajaran terdahulu, dapat dilihat di papan iklan, tempat dan kedai jual produk makanan.

Rupa-rupanya, bukan sekadar halal dan haram. Halal haram dalam makanan hanyalah suatu asas dalam pengetahuan makanan, bukan semuanya tentang makanan.

Hal ini kerana halal haram tidak memberikan peranan besar membentuk personaliti manusia. Malah, nilai makanan kepada kebaikan atau keburukan personaliti insan, hanya kira-kira 25% sahaja bergantung kepada halal haram dalam makanan.

Hal selebihnya bergantung kepada aspek yang berbeza. Antaranya aspek akhlak dan adab ketika aplikasi makanan, jenis pemilihan makanan dan metode mengurangkan makan (lapar dan puasa).

Akhlak dan adab inilah yang membentuk 35% paling banyak pengaruh kepada personaliti manusia dari aspek makanan. Sekiranya manusia tahu beradab ketika makan, nescaya dia akan menjadi orang yang beradab selepas makan.

Kemudian, metode mengurangkan makan juga amat penting dalam membentuk personaliti insan. Hampir 30% aspek ini memberi pengaruh kepada personaliti seseorang. Dengan usaha yang gigih, mujahadah, tekan hawa nafsu dan lain-lain demi mengurangkan makan, maka seseorang itu telah membina personaliti baru pada dirinya kerana usaha yang telah dia lakukan.

Selain itu, aspek pemilihan makanan juga penting membentuk personaliti insan. Makanan yang dipilih perlu baik untuk kesihatan, rohani dan jasmani. Tidak hanya demi sedap perut tetapi perlu beretika ketika memilih dan pilihlah hidangan makanan yang menyihatkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makanan suatu kajian

Ini antara sebahagian daripada rentetan kajian yang telah daku lakukan. Alhamdulillah, dengan berkat bimbingan Ilahi, petunjuk dan ilham dariNya, bimbingan juga daripada pensyarah pembimbingku, serta kurniaan tubuh dan minda yang sihat, akhirnya daku mampu merungkai serba sedikit hikmah di sebalik makanan ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada kajianku. Huraian, penjelasan, hujah, bukti, fakta dan sebagainya masih sedang diusahakan. In progressing.

Insya-Allah, aspek kajian ini Allah s.w.t akan memberikan daku kemudahan. Daku hanya mengusahakan apa yang termampu, kerana daku tahu banyak lagi yang daku sebenarnya tak mampu nak lakukan.Insya-Allah, pada bulan hadapan segalanya telah selesai penulisan kajian ini. Insya-Allah dalam bulan Oktober tahun ini akan selesai dan tamat akan peringkat ini.

Insya-Allah.

Yang penting sekali ialah masaku dengan Dia. Dari awal sebelum daku belajar sehinggalah kini daku belajar semua Dia yang bantu daku selama ini. Daku pegang erat-erat akan janji dalam kalamNya yang mulia ini,

“Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa yang bantu (agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu (dunia dan akhirat), dan meneguhkan pendirian kamu.” (Muhammad: 7)

Oleh hal demikian, doa, jaga amalan dengan Ilahi, dan buat kerja yang Dia berikan kepadaku (dakwah) perlu tekad dan berusaha bersungguh-sungguh dilakukan pada masa yang diperlukan. Sekiranya tinggal salah satu daripada tiga aspek ini dalam kehidupanku setiap hari, nescaya urusan duniawi akan menjadi terbeban dan bermasalah, apatah lagi dengan pelajaranku yang nyata diberikan olehNya ini.

Wallahua’lam. Segalanya dalam pengetahuan dan aturan Tuhan pemilik sekalian alam.

 

-Selamat menyambut ulang tahun kelahiran Semoga Allah memberikan keberkatan pada masa kini dan akan datang. Diberikan kemudahan pada urusan, anak-anak dan kehidupan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: