BAYANGAN DUNIA AKHIR ZAMAN. (2)

Cuaca yang menggigit ini membuatkan daku terasa terlalu letih dan penat untuk bergerak. Menyebabkan tidak suka selalu keluar dari bilik. Badan terasa tak selesa nak bergerak.
Sesak jiwa rasanya. Tak rasa upaya pula.
Entahlah. Ini baru sikit Allah bagi panas kat dunia ini. Macam ni pun terasa macam-macam masalah dekat diri sendiri. Entah macamana keadaan kat akhirat nanti.

Di kampung pun panas juga, tetapi tidak menggigit sebegini. Ini semua berlaku atas kesalahan manusia itu sendiri. Amal yang rosak maka menjadikan keadaan dunia pun rosak. Amal baik maka keadaan dunia pun baik.
Suasana makin lama makin berubah. Suasana senang nak buat dosa, susah nak buat baik. Suka nak pentingkan diri sendiri, daripada pentingkan keadaan saudara atau teman yang lain.

Apa yang boleh dibuat… macam inilah keadaan akhir zaman. Nak cari manusia hatinya mulia dan sentiasa penuh untuk lakukan kebaikan, seperti 1 per 1 juta orang. Wallahua’lam.
*******************
Berita kedua.
Setiap sesuatu itu ada tulang belakangnya. Dan apabila ada tulang belakang barulah boleh bergerak dengan betul. Tak ada tulang belakang boleh jadi lumpuh.
Begitu juga dengan dunia ini. Dunia ini pun ada pemegangnya, ada tulang belakangnya. Tulang belakang kepada dunia (bumi ini) ialah agama Allah. pendek cerita, kerana agama lah dunia ini masih berdiri hari ini. Apabila agama dah rosak, maka dunia ini pun nak punah, seperti yang boleh dilihat hari ini.
Tulang belakang kepada agama pula ialah dakwah. Pendek cerita, sekiranya tiada orang sebarkan atau bagitahu perkara betul tentang agama Allah pasti perkara batil (sesat) yang datang dan jauhkan manusia dari amalan agama yang sempurna. Dengan adanya dakwah, maka agama yang betul tersebar di alam ini.
Kerana itulah Allah hantar para nabi. Para nabi itu lah yang menegakkan tulang belakang agama Allah ini. Jika tidak, Allah tak akan utus atau pilih mereka di kalangan manusia di alam ini.
Tulang belakang kepada dakwah pula ialah ziarah. Maksudnya, tak ada buat ziarah tak ada lah dakwah yang sebenar berada di atas muka bumi. Buatlah server internet, laptop, komputer, TV dan sebagainya, tidak akan datang agama yang sempurna melalui cara ini. Apabila disampaikan agama melalui cara ini bukannya ziarah, maka agama hanya difahami melalui akal dan nafsu sendiri bukan wahyu Ilahi.

Ini lah gambaran berita akhir zaman. Akhir zaman manusia pegang agama dengan hawa nafsu mereka. Hasilnya paling ketara, akidah tak benar, akhlak tak ada, syariat ambil sambil lewa. Dunia pun berubah, tunggu masa untuk mengkhatamkan ia.
Di akhir zaman nanti, sebelum dikhatamkan dunia ini, maka agama yang benar kembali bangkit. Orang yang tidak berpegang pada tali agama, maka mereka akan binasa pada keinginan diri sendiri yang menyesatkan mereka kembali. Walaupun dia orang Islam, tetapi Islamnya hanya di mulut bukan di hati. Walaupun kebenaran ternyata depan mata, mereka tidak bersedia untuk menerima kenyataan kebenaran berada di hadapan mereka. Seterusnya kebenaran itu terus pergi meninggalkan manusia yang tak mahu kepada mereka, dan mereka ini terus sesat dalam keadaan ‘tangguh-tangguh’ sehingga rugi dan terus rugi.
Sebelum akhir pada zaman itu, agama yang benar yang telah bangkit mewujudkan satu era baru. Era ini ialah era peperangan menegakkan yang hak. Sebelum era tersebut, kemusnahan super dahsyat akan berlaku. Manusia terus berperang satu sama lain dan bencana alam terus terjadi. Akhirnya bilangan manusia pun makin berkurangan.

Wallahua’lam. Tiada sesiapa pun pasti dan mengetahui melainkannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: