Misi: mencari orang yang ikhlas

Ya, benar. Hari ini suasana tidak melambangkan suasana agama.

Sangat disedari akan perkara ini. Jika tidak, pasti kanak-kanak yang kecil dan bersih lebih pandai cakap tentang Allah, agamaNya dan solah, daripada bercakap cerita kartun itu ini, main games dan tengok cerita TV.

Suasana yang parah ini Allah ambil sedikit demi sedikit di sesetengah tempat dan hati manusia untuk membina agamaNya. Disebarkan kalimah dan kalamNya, walaupun tidak sempurna. Tetapi yang nyata, agamaNya terus tersebar untuk mewujudkan  suatu ketika nanti dibangkitkan satu tokoh era baru bagi agamaNya.

Sepertimana nak bina satu bangunan tinggi yang berpuncak, perlu dibina terlebih dahulu dasar dan pasaknya. Tiang, chrome dan lain-lain lagi. Semua itu tidak melambangkan sikit pun tentang bangunan, tetapi sikit demi sikit diambil dan dikutip, dicantum dan digabung akhirnya menjadi bangunan yang besar, tinggi dan berpuncak mercu tanda siap dan sempurna bangunan tersebut.

Begitu juga bangunan agama Allah ini. Sekarang ni tengah kumpul, cantum, gabung bahan-bahan nak buat bangunan sempurna. Dah ada, tengah dibina. Dah siap bina, maka lahir tokoh yang benar agama Allah, membawa manusia pada satu lagi era.

**********

Nilai agamaNya.

Sungguh, suasana hari ini tidak melambangkan perkembangan agama Alalh. Apabila berlaku begini, manusia makin sukar nak faham apakah nilai dan pentingnya untuk lakukan sesuatu amalan dalam agamaNya.

Nampak beban, susah,payah, dan sebagainya. Tak pernah rasa ada manfaat dan kelebihan. Jadi, cukup buat sekadar syarat.

Hakikatnya, lebih daripada itu nilai agamaNya ini. Sehingga apabila seseorang itu betul-betul yakin dan bersungguh-sungguh melaksanakan setiap amalan dalam agamaNya, nescaya semua urusan dunianya akan dipermudahkan, senang dan tak pernah tak cukup nak makan.

Cukup mudah! Sehingga orang yang mengalami (buat amalan itu) pun tak percaya macamana semua masalah dan tanggungan diselesaikan, tanpa perlu susahkan sesiapa pun. Ia bukan satu teori, tetapi realiti.

Inilah nilai sebenar agamaNya. Namun, untuk fahami akan nilai ini, kena sentiasa minta hidayat dan taufik daripadaNya. Sebab, agama ini milik dan pemberianNya, bukan ada kaitan pun dengan kita. Apabila betul hubungan dengan Allah, baru dia akan buka sikit demi sikit faham akan agamaNya yang tercinta.

 

Kerja yang berterusan.

Antara yang paling besar akan kefahaman agamaNya ini, apabila Dia beri faham akan berkerja pula untuk agamaNya. Kerja macam para Nabi dan Rasul, yang merupakan manusia biasa tetapi Allah pilih untuk jadi utusanNya menyampaikan sama ada berita gembira atau ancaman kepada orang yang ingkar taat perintahNya.

Dengan penutupan pintu nubuwwah ini selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, maka kerja ini di-am-kan kepada setiap ummatnya pula. Ummat pertama yang ambil kerja ini ialah para sahabat r.anhum. kemudian para tabien. Seterusnya tabi’ tabiin.

Diteruskan pula tugas ini dengan golongan yang Allah pelihara mereka pada setiap zaman. Sebelum dibangkitkan kembali kerja ini kepada ummat pilihan di akhir zaman.

Kini, kerja itu kembali dijalankan dengan kehendak Allah. Kerja yang bernilai tinggi dan luar dari batasan akal fikiran manusia, tak akan mampu difahami oleh sesiapa pun melainkan dengan kehendakNya.

 

Pada harapan hamba Allah yang lemah dan cuba melakukan usaha ini,

Moga Allah beri faham kepada manusia yang belum atau cuba mendekati akan kerja ini. Kenyataannya, apabila daku makin beri masa pada usaha ini, masaku makin terjaga, makin sistematik. Dari segi rezeki tidak pernah berkurangan. Malah sentiasa ada dan boleh lagi beri kepada orang lain, tanpa mengharapkan langsung dari pemberian atau keinginan bantuan daripada sesiapa.

Inilah sedikit pemberian nikmat khusus daripadaNya kepada sesiapa yang beri kesungguhan untuk berkerja kepadaNya. Dia bukannya nak bebankan sesiapa yang berkerja untukNya. Apabila Allah ambil mereka berkerja denganNya, maka Allah akan sibukkan mereka dengan fikir akan akhirat dan fikir akan ummat. Fikir ini terus berputar dan bergerak bersama dengan langkah dan gerak mereka.

Dari segi pengorbanan, ya mereka perlu lakukan sedikit pengorbanan. Bagi sesiapa yang bersedia untuk berkerja denganNya, maka Allah ingin mereka korbankan kecintaan mereka pada dunia. Bukan hilangkan dunia, tetapi korbankan cinta (sayang) mereka pada dunia. Benda dunia ada saja pada mereka, tetapi tak masuk dalam hati mereka. Bila ada tak tamak, bila hilang atau tiada tak terasa sedih macam orang hilang segalanya.

Kemudian, korbankan masa yang dia ada. Dulu banyak masa tengok TV, internet, dan lain-lain buat benda sia-sia, kini bagi masa itu untuk agamaNya. Fikir akan perkembangan agamaNya. Pada diri sendiri, keluarga, adik beradik, jiran sebelah rumah, orang kampung, dan seluruh dunia.

Mereka tetap ada masa untuk diri, ada masa untuk keluarga, ada masa berkerja, ada masa untuk belajar, dan ada masa balik kampung bercuti. Tetapi kini terhad. Dengan terhad tersebut orang yang berkerja untuk Allah ini faham perlunya manfaatkan masa yang dia ada. ‘Bingai lah’ orang yang berkerja dengan Allah ini apabila tak pandai nak manfaatkan masa yang dia ada terlalu terhad tersebut.

Malah, dengan keterbatasan masa tersebut membuatkan dia makin menghargai masanya. Selain itu, dengan terlalu terhad masanya makin menambah kerinduannya pada akhirat kerana di sana baru boleh enjoy, happy dan go lucky sebab di sana semua nikmat ada dan semua masa untuk diri sendiri, keluarga dan lain-lain boleh bagi. Ya lah… akhirat mana ada had masa kan?

Kerana itulah dunia ini tempat untuk berkerja dan tambah amal. Bukan enjoy hingga lupa nak kena hidup pula di sana kelak.

Ketiga, korbankan tenaga dalam dirinya. Hal ini bergantung kepada rezeki pemberian Allah. ada orang Allah bagi rezeki melalui kerja di pejabat, ada yang kerja di kedai, ada yang petani dan lain-lain. Jadi, tenaga di tempat kerja ini perlu tambah korban bagi untukNya untuk berkerja denganNya.

Memang awal-awal letih, penat dan sebagainya. Tetapi bila dia ikut sunnah dalam berkerja ini dan Allah sebagai pembantunya, maka lama-lama akan jadi mudah, dan tenaga yang digunakan mula dapat dibahagikan dengan baik.

Keempat iala harta mereka.Kini harta mereka tidak lagi dibazirkan seperti dulu. Perlu pandai menyimpan untuk infakkan kepada orang yang memerlukan, orang nak keluar di jalanNya atau untuk mereka sendiri apabila masa khusus keluar di jalanNya untuk berkerja untukNya.

Sungguhpun begitu pengorbanan para pekerja Allah, Allah itu tetap yang  Maha Adil, Maha Baik dan Mulia. Maka digantikan masa, diri dan sedikit harta yang diinfakkan untuk bangunkan agamaNya ini, dengan keberkatan pada kecintaan, masa, diri dan harta mereka di dunia ini.

Walaupun terhad dan makin kurang kuantiti kelapangan untuk digunakan seperti dulu akan keempat-empat perkara ini, tetapi tak pernah berkurang pun dari segi kualiti disebabkan terpaksa berkorban bagi cinta, masa, harta dan diri mereka pada Allah. Allah yang pegang segala urusan permudahkan  urusan mereka di dunia ini, lebih-lebih lagi buat akhirat nanti.

Sekali lagi,

Ini bukan teori. Tetapi realiti apabila seseorang itu benar-benar nak berkerja dan bersungguh-sungguh berkerja untukNya.

 

Misi kini

Kini, daku ada suatu misi. Alhamdulillah, Allah s.w.t mengurniakan ilham kepadaku pada suatu ketika.

Misi ini ialah menggerakkan nilai dan hati kepada dakwah yang dijalankan. Tetapi dia memerlukan orang yang ikhlas. Yang payahnya, mana ada orang tahu siapa yang ikhlas kan? Maka,

Daku pohon tolong doakan supaya dapat bertemu dengan mereka dan dapat ajak mereka untuk laksanakan misi ini. Moga Allah pertemukan daku dengan hambaNya supaya kerjaNya ini yang dijalankan kini kembali ada roh dan jazbah (semangat).

 

-kepincangan dalam usaha ini pernah diberitakan di laman ini terdahulu. Perkara ini turut diakui oleh ramai orang buat usaha ini. Hanya tak bertemu jalan nak buat macamana. Apabila Allah beri daku ilham ini, daku nak gerakkan usaha ini kembali.

Daku tak perlukan ramai orang yang ikhlas ini. Lima orang pun dah ramai. Bayangkan, satu orang ikhlas untuk satu negara. Kalau ada lima orang ikhlas dah lima negara. Banyak kan?

Doakan moga Allah permudahkan.
Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: