Tiada dua kerisauan dalam satu hati

Agama ini terus bergerak dan tersebar. Tidak orang tahu macamana agama Islam ini tersebar ke seluruh alam. Jika dulu ada nabi atau Rasul atau para sahabat nabi yang ambil tanggungjawab menyebarkan Islam, hari ini semuanya tiada lagi. Tetapi Islam tetap tersebar di mana-mana sahaja, di serata dunia.

Allah s.w.t mengambil tanggungjawab penuh menyebarkan agamaNya setelah ditutup pintu para utusanNya. Dia mengambil peranan setiap muslim untuk menyebarkan ad-dinNya, walau bagaimana cara dan kaedah sekalipun.

Hatta ketika tengah makan Allah boleh menyebarkan dan meluaskan pengaruh agamaNya. Hatta tengah tidur pun Allah boleh sebarkan agamaNya.

Tetapi, paling special, apabila Allah melantik atau mengambil peranan beberapa orang hambaNya untuk menyambung kerja yang pernah diberikan kepada para utusanNya terdahulu, dan mereka ialah para pekerjaNya, selepas para utusanNya.

Utusan Allah digelar nabi dan Rasul. Manakala para pekerjaNya digelar da’ie, atau penyeru agama Allah. Para da’ie tidak digelar nabi atau Rasul kerana mereka tidak ada menerima wahyu, tetapi para nabi dan Rasul ialah da’ie Allah kerana di samping terima wahyu untuk ummat, ketika waktu lain mereka perlu teruskan kerja menyeru setiap manusia untuk berimana dan beramal dengan agama Allah yang hak.

 

Tiada dua kerisauan dalam satu masa.

Apabila setiap pekerja Allah yang Dia telah pilih, maka Allah yang Maha Pengasih akan mengambil tanggungjawab untuk menyempurnakan urusan kehidupannya di dunia ini.

Allah tahu, para pekerjaNya terpaksa buat dua pilihan dan dua keperluan di dunia ini. Satu pilihan untuk beramal dengan akhirat, satu lagi untuk berurusan dengan perkara keduniaan. Satu keperluan untuk menyampaikan kepada ummat, satu lagi untuk hasil tani atau pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini.

Jadi, mereka terlalu sibuk. Dua kerja dan fikir dalam satu masa. Sedangkan manusia itu diciptakan lemah dan tak terdaya nak buat semua.

Maka, Allah s.w.t telah buat keputusan. Barang siapa yang menjadi pekerjaNya, dan betul-betul berkerja untukNya, maka Allah akan menyelesaikan segala tanggungan dan tanggungjawabNya yang tidak mampu diselesaikan atau diberikan perhatian.

Tanpa disangka-sangka macamanalah boleh selesai masalah itu semua.

Mereka dipermudahkan dari sudut duniawi, agar mereka boleh terus kerja dan fikirkan untuk perkara ukhrawi. Tiada kerisauan di hati pekerja Allah akan dua perkara dalam satu masa, sebagaimana orang dunia atau kafir tidak risau dan fikirkan apa yang akan berlaku hidup selepas mati.

-Orang yang kata boleh buat dua-dua perkara dalam satu masa, mereka sebenarnya tak pernah kenal nilai dan kehidupan akhirat. Hanya pandai buat teori. Paling tidak, salah satu mesti kurang dan satu lagi akan lebih.

 

Fikir dan risau Nabi.

Hari ini, manusia tetap kenal dan menyahut seruan Islam, tetapi tidak sempurna sepertimana Allah dan RasulNya berkehendakkan. Inilah keadaan ummat akhir zaman. Disebabkan kekangan dan kekurangan ini, ibadat mereka walaupun hanya dua rakaat, akan menyamai beratus-ratus tahun ibadat ummat para nabi terdahulu.

Kenapa?

Bukan kerana mereka tiada lagi nabi diutuskan, bukan juga kerana mereka ummat yang lemah dan akhir zaman. Tetapi kerana keimanan mereka para Allah, Rasul dan apa yang disyariatkan dalam keadaan yang ghaib dan susah nak difahami oleh akal fikiran, juga kerana mereka berfikir untuk ummat Islam yang lain agar datang kepada agama Allah yang mulia ini.

Fikir ini yang mencambahkan nilai ibadat. Kerana fikir atas ummat dan perbaikan ummat hanya orang tertentu yang mampu dan boleh lakukan.

Oleh kerana itu, setiap Nabi dan Rasul Allah ada dan diberikan daya fikir ini. Mereka tidak mampu fikir untuk kepentingan duniawi, bagi mereka telah dihapuskan perkataan cinta dan kepentingan untuk terus maju hidup pada dunia yang fana’ ini.

Tetapi Allah tidak pernah menyusahkan mereka pada perkara duniawi walau tidak terlalu berfikir dan risau akannya. Malah Allah s.w.t beri kemudahan, jawatan, keluarga dan sebagainya yang diperlukan ketika hidup di dunia ini.

Nabi Sulaiman seorang raja dan ramai isterinya. Nabi Daud seorang raja dan tukang besi, berkeluarga dan ramai rakyat dalam tanggungjawabnya. Nabi Nuh tukang kayu. Nabi Idris seorang tukang jahit. Nabi Musa seorang pengembala, Nabi Ayyub (dikatakan) seorang yang kaya dan penternak berjaya dan para Nabi yang lain ada keperluan kehidupan masing-masing yang tetap mereka teruskan, tetapi sesekali tidak meninggalkan kerja dan perutusan mereka oleh Allah kepada ummat mereka.

Mereka tidak akan sama sekali disusahkan dengan perkara duniawi supaya mudah dan sentiasa fikirkan untuk perkara ukhrawi. Sekiranya terdapat sebarang masalah dalam kehidupan mereka, maka Allah sendiri akan ambil tanggungjawab menyelesaikan ia.

Tiada kehidupan terbaik melainkan kehidupan para nabi. Kerana merekalah contoh dan teladan kepada ummat yang mereka bimbingi, dan menjadi berita sebagai ikutan dalam al-Quran dan hadith yang dibaca hari ini.

Begitulah juga sepatutnya kehidupan para pekerjaNya hari ini. Sama ada yang bagi sepenuh masa atau sebahagian masa untuk menyempurnakan keperluan agama Allah untuk menyebarkan ia ke seluruh alam, Allah s.w.t tetap membuat peraturan yang serupa sepertimana diberikan para utusanNya terdahulu.

Jangan terlalu dirisaukan atas keperluan duniawi, jika benar-benar berkerja dengan Allah, maka Allah akan sempurnakan segala urusan kalian dan taidak akan membiarkan para perkerjaNya menjadi perempat. Ini peranan seorang khalifah di atas muka bumi, maka mustahil orang yang benar-benar taat dan takut kepadaNya di samping menyampaikan kebenaran dariNya dengan hikmah, dibiarkan susah dan payah pada urusan dunia.

Yang penting, buat kerja secara bersama-sama (ijtima’ie), ikut tertib dan kehendak ulama’, jika tidak kalian sendiri mencari jalan susah.

Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: