Monthly Archives: April 2014

Nilai seorang sahabat.

Setiap orang mempunyai pilihan, setiap orang mempunyai kelebihan, dan setiap manusia diberikan kemampuan. Tidak semuanya sama dan tiada yang sama juga pada nilainya.

Sebegitupun kemampuan, kelebihan dan pilihan ini diberikan, tidak sesekali dibolehkan manusia memilih, atau dilebihkan atau diberi kemampuan pada agama. Agama tetap tertakluk pada keperibadian manusia. Maknanya, setiap manusia mampu dan boleh melakukannya berdasarkan kemampuan yang ada. Tidak kira kecil atau besar, sakit atau sihat, muda atau tua semuanya orang mampu buat dalam mengusahakan perkara agamanya.

Continue reading →

Advertisements

Makanan dan kesannya pada manusia

Insya-Allah, tidak lama lagi boleh selesaikan untuk first draft tesis peringkat ini. Data sudah dikumpul, dicatat dan analisa. Penulisan major semua telah selesai, cuma sedikit lagi perkara minor dan perlu pembetulan.

Awal bulan lima dijangka boleh selesai semua. Insya-Allah. Doakan moga Allah mudahkan dan dapat selesaikan pembelajaran ini pada masa yang baik dan ditentukan.

Continue reading →

Antara takdir dan doa

 

Daku baru sahaja selesai menghadiri majlis ijtimak dakwah yang diadakan di sini baru-baru ini. Majlis yang diadakan selama tiga hari ini cukup padat dengan program, manusia yang datang, jemaah dakwah yang dikeluarkan dan macam-macam lagi.

Yang paling penting, ulama’ datang untuk menyampaikan kata-kata nasihat, penerangan dan dorongan untuk terus giat meneruskan usaha. Walaupun setiap orang itu sibuk dengan pelbagai tugas, kerjaya dan lain-lain lagi, usaha atas agama tidak boleh ditinggalkan sebegitu sahaja, sepertimana seseorang tidak boleh meninggalkan solah fardhu walaupun waktu itu dia sedang bekerja, tidur, mandi, makan atau lain-lain lagi.

Ingin juga dicatat beberapa pesanan ulama’ di sini. Tetapi masanya belum sesuai untuk hari ini. Ada waktu yang lebih sesuai, kelak akan daku tampilkan juga di laman ini.

Insya-Allah.

Continue reading →

Tawakal itu mencukupi

Alhamdulillah…. Hari ini ialah hari yang mulia. Baik dan tenteram. Dihiasi dengan detik-detik renyai hujan di awal pagi.

Di pagi Jumaat yang indah dan permai ini, daku berada di luar daripada kawasan pembelajaran. Demi menyelesaikan beberapa urusan di beberapa tempat yang berbeza, daku telah melalui beberapa perjalanan dan pengembaraan.

Jadi, ada sedikit kesempatan di sini, daku menulis sedikit celotoh tentang tawakal di sini.

Continue reading →

Islam, roh dan jasmani

 

Di antara tanda kesempurnaan Islam ini ialah penyempurnaan cakupan aspek kehidupan. Maknanya, di sebalik yang tersurat itu ada yang tersirat. Di sebalik syariat ada hakikat. Di sebalik perkara zahir yang diperintahkan, ada hikmah mengapa ia diperintahkan.

Kerana perkara tersirat inilah maka para para pentafsir al-Quran lahir pada hari ini. Ramai ulama’ pelbagai mazhab dan bidang ilmu berkembang sampai hari ini. Ramai juga yang mengeluarkan buku atau tajuk tertentu, tetapi olahan dan huraiannya berbeza dari penulis atau pengkaji terdahulu.

Namun, yang tersembunyi atau tersirat ini amat penting ada pembimbing atau guru. Hal ini kerana ramai yang telah sesat kerana ikut sangat yang tersirat sampai tinggal pula yang zahir, wajib untuk dilakukan itu.

Continue reading →

REALITI: PERKARA BURUK PADA MINDA SKRIN

 

(Sikit kesibukan. Tak dapat menulis panjang.)

 

Orang Inggeris memalingkan manusia dari melihat perubahan alam ini kerana perubahan yang mereka lakukan. Mereka meletakkan satu perkataan, iaitu ‘kelalaian’ dalam teknologi yang mereka hasilkan.

Peristiwa demi peristiwa dalam movie Inggeris menayangkan kisah dan berlakunya perubahan pada penciptaan alam. Apa yang mereka tayang dan sebarkan itu satu kebenaran (cuma ada tokok tambah sana sini) tetapi manusia tak mampu buat apa-apa pun terhadap kebenaran yang sedang mereka perhatikan.

Sebab apa? Kerana ada hasutan dan kekaburan telah ditanam dalam benak minda para penonton skrin. Mereka tak dapat keluar dari benak minda itu kerana skrin menahan minda dari berfikir keluar dari skrin.

Minda itu hanya nampak pada skrin. Minda tak dapat berfikir pada realiti.

Minda itu dihijab. Tak boleh keluar untuk berfikir. Skrin menutupi minda manusia. Kesannya, mereka menjadi lalai akan PERUBAHAN YANG SEBENAR SEDANG BERLAKU DEPAN MATA.

  Continue reading →

Keadaan yang  makin merunsingkan. (Berita akhir zaman -4)

 

Hari ini daku ingin menambah fikir dan risau buat para pembaca akan perkara yang berlaku dalam kehidupan ini. Perkara ini dilakukan agar setiap orang tahu mereka bertanggungjawab berfikir atau melihat luar dari kotak fikiran mereka, tidak hanya peduli dan fikir untuk kerjaya, masalah diri dan keluarga sahaja.

Terlalu banyak aspek kehidupan yang perlu diteliti, dilihat dan dikaji. Hal ini kerana manusia ialah khalifah Allah di muka bumi, bukannya jadi orang yang pentingkan diri sendiri dan tidak peduli apa nak jadi pada bumi.

Disebabkan daku sedar pemikiran begini tak mungkin semua orang dikurniakan, maka daku menulis akan perkara ini di sini. Moga-moga ada yang terbuka akal, minda dan hati, seterusnya merancang beberapa perubahan dalam kehidupan.

Pesan yang khusus: hargailah masa  yang kita ada. Itu sahaja.

Continue reading →

Antara takdir, amalan dan niat.

Setiap satu perkara dalam kehidupan ini bermula dengan takdir Allah. Selepas ditetapkan takdir, maka akan berlakulah perkara yang ditakdirkan (ditentukan).

Ini adalah permulaan bagi setiap hidupan. Tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan atau langit, bumi, matahari dan sebagainya. Semuanya dalam takdir atau ketentuan Allah s.w.t. setelah Allah menciptakan makhlukNya, maka dia tetapkan keadaan, tempat, kelebihan, kekurangan, dan tarikh luputnya.

Sepertimana seorang manager atau pengeluar barangan di kilang, dia akan tetapkan kelebihan, kekurangan, keadaan, cara guna (manual) dan tarikh luput akan sesuatu produk yang dikeluarkan.

Bila sampai tempoh atau keadaan yang ditetapkan sepertimana dirancang oleh si manager itu, maka perkara tersebut pasti akan berlaku.

Continue reading →

Usaha Menghidupkan Masjid.

Beberapa hari ini agak sibuk dalam jadual harianku. Peruntukan masa yang daku ada perlu dijalankan sebaik-baiknya.

Tak boleh leka dan lalai. Nanti masa yang lapang terlepas tanpa ada sesuatu pun yang boleh dimanfaatkan.

Alhamdulillah, hari ini ada sedikit kesempatan. Jadi, kesempatan ini daku gunakan untuk menulis di sini.

Kerana ini bagai rutin mingguanku. Dari menulis kerana sesuatu, kepada menulis kerana Allah, iaitu rabbku.

Jika dulu tidak ikhlas menulis keranaNya, kini hanya kepadaNya daku mengharapkan kebaikan dan penerimaan dalam hasil penulisanku.

Continue reading →