Usaha Menghidupkan Masjid.

Beberapa hari ini agak sibuk dalam jadual harianku. Peruntukan masa yang daku ada perlu dijalankan sebaik-baiknya.

Tak boleh leka dan lalai. Nanti masa yang lapang terlepas tanpa ada sesuatu pun yang boleh dimanfaatkan.

Alhamdulillah, hari ini ada sedikit kesempatan. Jadi, kesempatan ini daku gunakan untuk menulis di sini.

Kerana ini bagai rutin mingguanku. Dari menulis kerana sesuatu, kepada menulis kerana Allah, iaitu rabbku.

Jika dulu tidak ikhlas menulis keranaNya, kini hanya kepadaNya daku mengharapkan kebaikan dan penerimaan dalam hasil penulisanku.

Setiap detik waktu kini kian berharga nilainya. Betapa ruginya manusia tak pandai hargai masa yang dia ada.

Cuba bayangkan sekarang ini duduk dalam dewan periksa atau kena kurung dalam tahanan. Dalam suatu jangka waktu sahaja kena lakukan atau ditahan. Selepas itu, sama ada bebas atau terperangkap dalam masa yang telah ditentukan.

Manusia tidak sedar akan nilai masa yang telah pergi. Maka, hari-hari seronok untuk minum kopi, tengok TV, baca akhbar, main facebook dan internet, atau tidur sepanjang hari.

Daku sentiasa kata pada diri sendiri, jika daku boleh beli masa mereka yang tak tahu hargai masa mereka, tentu dah lama daku beli daripada mereka.

Terlalu banyak perkara nak lakukan, tetapi masa yang ada kian terhad. Tak mengapalah, moga Allah terima dan gandakan pengorbanan yang daku lakukan.

+++++++++++++++

 

Manusia, masa dan Masjid

Manusia tidak faham dan sedar akan nilai agama dalam kehidupan mereka. Apabila disebut agama, terbayang kaki masjid, beranda masjid, nak kena sembahyang, bayar zakat, puasa dan nak kena pergi haji.

Bayangan di minda tergambar beban bila sebut tentang agama, khususnya masjid. Tak nampak nilai sedikit pun untuk usahakan untuk diri sendiri, apatah lagi untuk sedarkan orang lain.

Paling seronok pun hadiri majlis atau ceramah agama di masjid dan surau dengan topik tertentu. Nak harapkan pergi masjid untuk semata-mata kerana Allah, tentu jauh sekali. Ramai lagi suka duduk di luar masjid sambil minum teh atau kopi.

 

Begitu juga masa bagi manusia di masjid. Masjid ini ialah rumah Allah, kunjungan sentiasa para malaikat. Ah… betapa rugi manusia yang tidak yakin akan perkara ini. Ramai yang tidak sedar dan yakin akan perkara ini.

Hendak buat bagaimana, hal ini kerana masakini bukan seperti zaman terdahulu kala. Penuh dengan perhiasan indah duniawi. Entah berapa ramai yang boleh terselamat dari godaan dan tipu daya dunia ini.

Bertambah lagi tiada suasana agama. Semua sibuk dengan perkerjaan masing-masing dan urusan sendiri. Nak bagi salam kenal atau tidak pun terasa berat sekali.

 

Masjid tanda keimanan

Namun begitu,

Usaha menghidupkan rumah Allah ini ialah peranan setiap orang yang beriman kepadaNya. Allah amat suka kepada orang yang berusaha menghidupkan rumahNya dengan amalan bersendirian dan lebih suka secara beramai-ramai. Para malaikat mengerumuni dan mencari-cari orang sebegini. Mahu dinaungi mereka dengan beribu-ribu rahmat dan keampunan, agar hidup tenang dan naungan Ilahi.

Orang yang berusaha menghidupkan rumah Allah dengan amalan ini yakinlah ada iman dalam hatinya. Malah Nabi s.a.w juga bersabda akan perkara yang sama.

“Apabila kamu melihat akan lelaki  yang melazimkan ( membiasakan ) diri ke masjid maka saksikanlah baginya dengan iman”.

Di akhirat kelak, golongan yang suka menghidupkan surau dan masjid dengan amalan ini akan berada di bawah naungan arasy Allah ketika semau orang sibuk dengan perhisababn masing-masing. Mereka tidak gundah gulana seperti orang lain, berpisah dari kesibukan seperti orang lain.

 

 

Penghidup rumah Allah: lelaki dan wanita

Walaupun usaha menghidupkan masjid ini sebenarnya peranan para lelaki, tetapi bukanlah tidak boleh para wanita untuk turut sama mengambil peranan akannya. Mereka tetap boleh berusaha, cuma tiada penekanan dan tanggungjawab ke atas mereka seperti mana para lelaki bertanggungjawab untuk berusaha.

Hatta, sekiranya satu kampung para lelaki tidak datang solat di masjid dan surau di karyah mereka, para wanita tidak akan menanggung dosa sebab lelaki itu tidak pergi masjid solat di sana. Mungkin berdosa juga, tetapi dosa sebab tak suruh anak lelaki atau suami pergi masjid solat jemaah di sana.

 

Sebenarnya, peranan para wanita berada di sini, iaitu di rumah mereka. Ini tanggungjawab dan tugas mereka yang hakiki. Berusaha mengimarahkan rumah mereka sepertimana lelaki bertanggungjawab bersama-sama mengimarahkan rumah Allah.

Hidupkan rumah mereka dengan amalan seperti mana masjid itu ada amalan. Solat, zikir, bacaan al-Quran, amalan taklim ta’lum (mengajar dan belajar), khidmat (masak, basuh, bantu dan lain-lain), tahajud, tazkirah dan banyak lagi boleh dilakukan di rumah. Maka, ini peranan sebenarnya wanita di rumah. Lelaki pasti tidak mampu lakukan perkara yang sama. Dengan itu para lelaki bertanggungjawab untuk membimbing dan mendorong mereka (anak dan isteri) untuk melakukannya.

 

Oleh itu, masjid dan rumah ialah saling mempunyai kaitan. Seseorang yang mendirikan rumahnya, maka dia juga bertanggungjawab mendirikan iaitu datang beribadah dan mengimarahkan rumah Allah yang berada di kampung halamannya.

Usahakanlah menghidupkan rumah Allah dengan amalan sepertimana hidupnya rumah Allah ketika zaman Nabi. Manakala jadikanlah rumah kamu hidup sepertimana hidup rumah Allah di kawasan kampung yang didiami.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: