Antara takdir, amalan dan niat.

Setiap satu perkara dalam kehidupan ini bermula dengan takdir Allah. Selepas ditetapkan takdir, maka akan berlakulah perkara yang ditakdirkan (ditentukan).

Ini adalah permulaan bagi setiap hidupan. Tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan atau langit, bumi, matahari dan sebagainya. Semuanya dalam takdir atau ketentuan Allah s.w.t. setelah Allah menciptakan makhlukNya, maka dia tetapkan keadaan, tempat, kelebihan, kekurangan, dan tarikh luputnya.

Sepertimana seorang manager atau pengeluar barangan di kilang, dia akan tetapkan kelebihan, kekurangan, keadaan, cara guna (manual) dan tarikh luput akan sesuatu produk yang dikeluarkan.

Bila sampai tempoh atau keadaan yang ditetapkan sepertimana dirancang oleh si manager itu, maka perkara tersebut pasti akan berlaku.

 

Begitulah juga bagi makhluk terbaik ciptaanNya, iaitu manusia. Tetap ada takdir atau ketetapan bagi mereka.

Namun, ada sedikit berbeza bagi mereka. Juga bagi selain manusia iaitu Jin.

Perbezaannya ialah mereka bukan sekadar ditetapkan, tetapi ditanya balik akan mereka apa yang telah mereka lakukan ketika mereka diciptakan dan hidup di dunia dulu.

Makhluk selain jin dan manusia tidak akan ada kaitan tentang perkara ini. Khusus pada jin dan manusia. Kenapa?

Sebab mereka diberi satu kelebihan yang mana makhluk lain tak ada. Iaitu akal fikiran.

Akal fikiran ini ialah penggerak untuk melakukan sesuatu dalam jangka waktu yang ditetapkan. Jadi, manusia dan jin bukan ‘robot’ atau dikawal 100% seperti benda lain. Mereka boleh merancang, bertindak sendiri dan sebagainya, tidak seperti makhluk yang lain.

Sebab itu manusia dan jin ada tentera, bangunan, kerajaan, kenderaan dan lain-lain lagi. Cuba lihat pada Kanggaroo, Zirafah, Gajah, Pokok Ru, Pokok Palma dan lain-lain, ada mereka buat kerajaan, pemerintahan, tentera dan lain-lain seperti manusia?

Kelebihan ini dinyatakan dalam al-Quran berkenaan jin dan manusia ini diciptakan sebagai khalifah di muka bumi. Jin diciptakan terlebih dulu. tetapi disebabkan mereka suka buat kerosakan walaupun diutus oleh Allah akan utusannya (bagaimana? Wallahua’lam) membetulkan mereka, namun kerosakan yang mereka lakukan lebih nyata. Maka, Allah mula menciptakan manusia untuk ganti mereka sebagai khalifah di alam ini, kerana Allah telah mengambil tanggungjawab untuk memusnahkan banyak kaum jin disebabkan kesalahan mereka sendiri.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah al-Baqarah: 30)

Maka, di sinilah bermula perkataan ‘amalan’ dalam takdir yang telah ditetapkan, khususnya kepada manusia. Mereka ini ada perkataan ‘amalan’ sedangkan makhluk lain tak ada perkataan ini. Makhluk lain lakukan sebab mereka ‘diperintahkan’.

 

Amalan penentu kehidupan kedua

Jadi, kerana perkataan amalan inilah manusia berbeza antara makhluk lain hatta para malaikat yang tiada dosa. Inilah kelebihan dan boleh jadi kemudaratan kembali kepada manusia, yang bukan dalam tanggungjawab Allah terhadap mereka.

Kerana amalan, manusia akan dihisab dan kembali dipersoalkan. Persoalan yang panjang berjela dan semua orang ketika itu sangat bimbang, risau, runsing, takut dan berpeluh-peluh memikirkan keadaan penghisaban mereka. Tempat penungguan mereak ialah padang mahsyar, padang yang luas bagai gurun sahara, tiada hidupan lain selain jin dan manusia yang terdahulu sehingga terkemudian kembali dibangkitkan untuk dihisab setiap satu persatu amalan mereka ketika hidup di dunia ini.

Di sinilah bermula keadilan Allah. Dulu, Allah bagi mereka lapang dan sebagainya, kini sesiapa yang banyak buat baik, baiklah keadaannya ketika dihisab dan lain-lain lagi di sana. Banyak buat buruk, teruk dan dahsyatlah keadaan mereka di sana.

Sehingga orang kafir berkata, “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” (surah an-Naba’: 40).

 

Niat ialah Suatu Perancangan.

Demikianlah perbezaan antara takdir antara manusia dan jin dengan kehidupan lain. Ringkasnya, takdir semua hidupan telah ditetapkan. Tetapi perbuatan pada jin dan manusia di dalam konteks ‘amalan’ berdasarkan apa yang diniatkan’, tetapi selain dari dua golongan ini perbuatan mereka disebabkan diperintahkan.

Sekarang, pergi kepada maksud yang lebih dalam, iaitu istilah amalan: berdasarkan apa yang telah diniatkan.

Dalam termonologi tasawuf, perkataan hati sentiasa disebutkan. Hati merupakan suatu yang lebih luas dan mendalam maksudnya, sehingga manusia (khusus dah sekarang, tak lagi disebut jin-banyak pula nak kena tulis) sendiri tak mampu mengawal ia.

Hati ini merupakan tempat yang mulia dan perhatian Allah. atau boleh jadi tempat yang paling tercela dan keji di sisi Allah (kerana syaitan duduk kat situ). Maka, hati lah yang paling sebenar membezakan antara manusia dengan hidupan lain. Hati sebenarnya yang paling mula dihitung, kemudian menjadi amalan.

Sehingga hati yang berniat untuk lakukan sesuatu perkara,  telah dinilai pahala walaupun tak buat lagi. Apabila dibuat, jadi amalan, maka akan diganda pahala lagi. Jika buat sesuatu tetapi tak diniatkan maka tiada pahala dilakukan untuknya. Yang berbuat sesuatu tanpa diniatkan ialah perbuatan makhluk yang lain. Mereka tidak diciptakan hati untuk menyatakan niat. Tiada niat untuk hidupan tersebut. Bila tiada niat, tiadalah perancangan. Bila tiada perancangan, maka tiada perbuatan pada yang dirancangkan (menggunakan akal untuk lakukan). Mereka lakukan hanya berdasarkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. Tetap dilakukan sehinggalah mereka dimatikan olehNya.

Sebegitupun, dosa dan pahala tidak bergantung pada perbuatan hati. Hal ini kerana amalan dikira pahala atau dosa berdasarkan apa yang telah zahir dilakukan.

Oleh itu, walau pun seseorang itu ahli atau berkerja untuk dunia, tetapi sentiasa niat kerana Allah, maka pahala amalannya itu tetap diterima. Tetapi jika perbuatan tersebut tidak langsung bagi manfaat kepada ummah, maka amalannya tidak diterima atau dengan perkataan lain tiada ganda pahala untuknya. Hanya pahala niat sahaja.  

 

Kehidupan hari ini.

Begitulah rentetan kronologi Allah meletakkan pelbagai kelebihan pada diri manusia. Mereka perlu sentiasa luaskan akal fikiran dengan melihat kewujudan Dia. Seseorang yang sentiasa melihat pada kewujudan Allah, maka Allah akan sentiasa memberikan petunjuk dan pertolongan kepadanya apabila senang atau susah ketika hidupnya di dunia. Mereka yang sentiasa melihat pada kewujudan Allah, bukan sekadar pada nama tetapi pada zatNya yang Maha  Besar dan Maha Kuasa, kerana takdir mereka di dalam penguasaanNya sampai bila-bila.

Apabila manusia makin mengenali kehebatan Allah, maka Allah akan memalingkan jiwanya dari mengagungkan dunia. Diluaskan hati dan akal fikirannya, sehingga dunia langsung tak bermanfaat pada dirinya untuk suka kepada perhiasan dunia.

Mereka lakukan sesuatu kerja, belajar, main dan lain-lain di dunia semata-mata kerana Allah, yang menciptakan mereka di dunia ini. Jika mereka diciptakan di syurga, nescaya sikit pun hati mereka ada buat perancangan untuk memiliki atau berbuat sesuatu untuk dunia ini.

Wallahua’lam. Mohon maaf sekiranya sukar nak faham nukilan ini. Mohon pada Allah jika menghadapi sebarang kesukaran.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: