REALITI: PERKARA BURUK PADA MINDA SKRIN

 

(Sikit kesibukan. Tak dapat menulis panjang.)

 

Orang Inggeris memalingkan manusia dari melihat perubahan alam ini kerana perubahan yang mereka lakukan. Mereka meletakkan satu perkataan, iaitu ‘kelalaian’ dalam teknologi yang mereka hasilkan.

Peristiwa demi peristiwa dalam movie Inggeris menayangkan kisah dan berlakunya perubahan pada penciptaan alam. Apa yang mereka tayang dan sebarkan itu satu kebenaran (cuma ada tokok tambah sana sini) tetapi manusia tak mampu buat apa-apa pun terhadap kebenaran yang sedang mereka perhatikan.

Sebab apa? Kerana ada hasutan dan kekaburan telah ditanam dalam benak minda para penonton skrin. Mereka tak dapat keluar dari benak minda itu kerana skrin menahan minda dari berfikir keluar dari skrin.

Minda itu hanya nampak pada skrin. Minda tak dapat berfikir pada realiti.

Minda itu dihijab. Tak boleh keluar untuk berfikir. Skrin menutupi minda manusia. Kesannya, mereka menjadi lalai akan PERUBAHAN YANG SEBENAR SEDANG BERLAKU DEPAN MATA.

 

Minda berfikir vs minda skrin

Ada satu misalan di sini. Sekarang cuba fikirkan.

Satu orang yang menonton rancangan bola sepak di pagi hari pasti pagi esoknya akan teringat bola yang dilihatnya semalam. Minda itu sentiasa berputar pada bola dan bercakap tentang bolanya.

Dalam minda itu diskrinkan dengan bola. Minda ‘yang berfikir’ ditahan dengan minda ‘skrin bola’. Minda skrin ini telah menipu manusia dengan meletakkan fikirannya pada bola. Minda  skrin telah tanam suatu fantasi dalam kehidupan realiti manusia.

 

Begitu juga yang berlaku apabila orang yang menonton movie atau cerita skrin tentang kiamat. Mereka melihat perkara yang benar dan nyata. Secara logiknya manusia makin sedar dan mula merancang sesuatu untuk perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Namun, orang yang menonton tersebut tak boleh buat apa-apa. Mereka hanya boleh lihat cerita tersebut dan bercerita dan blog, buku atau kepada orang lain. Tiada perbuatan boleh dilakukan, selain cakap dan tulis sahaja.

Hal ini kerana ‘minda skrin’ telah ‘menutup’ dari melakukan sesuatu perbuatan akan realiti yang sedang berlaku, sepertimana yang mereka tontonkan. Jika ikut logik, apabila manusia berfikir akan sesuatu perkara, tentu sahaja mereka akan buat berdasarkan pemikiran mereka. Ini adalh fakta sains. Satu orang yang berfikir, dia akan lakukan apa yang difikirkan. Apabila minda bawah sedar (sub concious mind) mula bergerak, sepatutnya sebarang tindakan mula tersebar dan sesuatu dapat dilakukan.

Namun, orang yang tonton drama atau movie ini tak boleh buat apa-apa. Mereka berfikir tetapi tak boleh melakukan sebarang tindakan dalam kehidupan mereka.

Inilah yang berlaku sekarang ini. Ramai orang berada dalam situasi ini. Minda skrin telah block minda berfikir mereka sehingga secara automatik telah menahan tindakan mereka kerana telah block!

Hari ini minda skrin makin banyak disebarkan. Macam-macam jenis gadjet mula menangkap fikiran manusia dan menyebabkan mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

 

Inilah implikasi kepada sesiapa suka main skrin atau tengok skrin. Movie, games, video dan sebagainya. Tiada istilah bijaksana di minda skrin anda, sebenarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: