Islam, roh dan jasmani

 

Di antara tanda kesempurnaan Islam ini ialah penyempurnaan cakupan aspek kehidupan. Maknanya, di sebalik yang tersurat itu ada yang tersirat. Di sebalik syariat ada hakikat. Di sebalik perkara zahir yang diperintahkan, ada hikmah mengapa ia diperintahkan.

Kerana perkara tersirat inilah maka para para pentafsir al-Quran lahir pada hari ini. Ramai ulama’ pelbagai mazhab dan bidang ilmu berkembang sampai hari ini. Ramai juga yang mengeluarkan buku atau tajuk tertentu, tetapi olahan dan huraiannya berbeza dari penulis atau pengkaji terdahulu.

Namun, yang tersembunyi atau tersirat ini amat penting ada pembimbing atau guru. Hal ini kerana ramai yang telah sesat kerana ikut sangat yang tersirat sampai tinggal pula yang zahir, wajib untuk dilakukan itu.

Begitu juga dengan roh dan jasad. Allah s.w.t meletakkan pada jasad manusia ada rohnya. Roh pula tidak bergnatung pada keadaan jasad manusia. Tetapi roh memerlukan jasad untuk menajdikan manusia itu sempurna.

Dengan kata lain, manusia hanya hidup apabila ada roh dan jasad. Tanpa roh manusia itu mati. Tanpa jasad, manusia itu dianggap tidak hidup lagi.

Kerana itu Allah beritahu dalam al-Quran, bahawa kita akan hidup dua kali, mati dua kali. Mati pertama sebelum lahir di dunia ini. Roh dah ada, tapi jasad tak ada. Mati kedua ketika lepas hidup di dunia iaitu jasad ada di bumi tetapi roh dah diangkat atau dipindah ke alam lain. Hidup pertama ketika hidup di dunia kerana roh dan jasad berfungsi. Hidup kedua di alam kubur nanti apabila roh ada tetapi jasad bertukar buat sementara sebelum ke alam akhirat. Jasad sementara ini hidup untuk menerima seksaan atau balasan sebelum kembali dibangkitkan di alam akhirat. Di sana baru ada jasad kedua yang sempurna, bergantung pada amalan dan keimanannya. (wallahua’alam. Tidak pasti sempurna atau tidak jasad di dalam kubur. Tetapi yang sempurna ialah apabila dia dibangkitkan baut kali kedua.)

 

Itu definisi roh yang pertama. Bagi definisi roh kedua ialah berkenaan spiritual energy atau semangat atau aura yang wujud dalam diri.

Dalam kehidupan ini, roh ini sentiasa dikaitkan dalam kehidupan. Ada yang melihat dari sudut fengsui, yoga, roh semangat (animisme), psikiatri dan lain-lain lagi. Begitu juga dalam Islam, malah lebih lengkap lagi. Hal ini kerana selain daripada Islam datang daripada fikiran manusia. Sedangkan Islam datang daripada wahyu pencipta manusia.

Roh atau aura ini memang wujud. Kewujudannya memang sukar nak pastikan tetapi manusia boleh usahakan. Usaha yang paling ulung ialah amalan. Amalan yang terbaik ialah berzikir dengan adab kepada Allah s.w.t. (Jika tak sempat sempurnakan juga zikir tersebut di mana-mana. Ia bukan sekadar roh, tetapi perhatian Allah kepada anda)

Satu orang yang berzikir dia akan rasa tenang. Tenteram jiwanya. Rasa lapang dada. Hal ini kerana zikir itu yang mendatangkan roh baik pada jiwa. Malah Allah juga berfirman akan perkara yang sama dalam surah ar-Ra’d, ayat 28.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah”. Ketahuilah! Dengan “dzikrullah”itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d:28)

 

Setelah lama seseorang yang istiqamah dalam zikir atau amalannya, maka roh atau aura dalam dirinya akan menjadi tetap. Apabila mencapai ketetapan, maka dia akan merasai roh yang wujud pada diri orang lain.

Satu orang yang banyak maksiat, rohnya penuh dengan kacau bilau. Satu orang yang berdegil atau keras hati atau buruk sangka pada orang lain, rohnya sakit atau menyakitkan orang lain. Satu orang yang banyak berzikir, rohnya akan rasa tenang pada orang lain. Satu orang yang fikir dan sibuk duniawi, dia sebenarnnya tiada roh. Satu orang yang bukan Islam, dia juga tak menerima (atau tak ada) roh ini.

 

Roh dan dakwah

Begitu juga dalam dakwah ini. Malah lebih penting lagi, sebab tiap-tiap nak kena jumpa dan bercakap kepada manusia.

Jika keadaan roh tak sempurna, maka cakapnya ada sikit roh, tetapi lebih kepada bunyi kosong sahaja. Tetapi jika seseorang itu teruk rohnya (kerana degil, suka tengok keburukan orang lain, maka bukan sahaja orang tak terkesan dengan cakapnya, lebih teruk orang tak suka dengannya.

 

Namun begitu,

Isu roh ini tetap dalam tanggungan Allah. Allah yang pegang dan amat mengetahui akan perkara ini. Firman Allah dalam surah Isra’ ayat 85:

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

 

Wallahua’lam. Allah s.w.t yang Maha Mengetahui, hamba ini langsung tak tahu apa-apa.

-kerana itu misi mencari orang ikhlash perlu diteruskan. Mereka mempunyai roh yang baik. Tetapi jika seorang tak akan ada kekuatan yang sempurna. Kini perlu dikumpulkan dan sama-sama buat kerja. Kemudian diagih-agihkan mengikut tempat dan kedudukan mereka.

Berdoa moga Allah berikan daku kekuatan dan kemudahan menjalankan misi ini. Masa makin tidak ada nak bersenang kini. Kelajuan masa makin pantas kerana bumi makin pantas berputar kini.

Hati ini terlalu ingin terbaik di sana. namun begitu, banyak tanggungjawab ketika hidup di dunia

Biarlah mereka turut kenal akan hari yang kemudian, membantu dan mengingatkan hambaMu ini kepada Dia.

Perhitungan itu banyak dan banyak,

moga setiap amalan dipermudahkan dan diringankan penghisaban

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: