Tawakal itu mencukupi

Alhamdulillah…. Hari ini ialah hari yang mulia. Baik dan tenteram. Dihiasi dengan detik-detik renyai hujan di awal pagi.

Di pagi Jumaat yang indah dan permai ini, daku berada di luar daripada kawasan pembelajaran. Demi menyelesaikan beberapa urusan di beberapa tempat yang berbeza, daku telah melalui beberapa perjalanan dan pengembaraan.

Jadi, ada sedikit kesempatan di sini, daku menulis sedikit celotoh tentang tawakal di sini.

Tawakal ialah suatu tingkatan atau martabat dalam ilmu tasawwuf. Ada dua keadaan dalam usaha mencapai tawakal.  Pertama ialah sekadar mencapai, iaitu tidak tetap dalam diri orang tersebut. Kedua ialah tetap, iaitu kekal atau menjadi jati diri orang tersebut.

 

Perbezaan bagi keadaan pertama dan kedua berlaku berdasarkan usaha yang dilakukan oleh seseorang untuk mencapai maqam tawakal. Bagi orang pertama dia hanya mengusahakan pada keadaan yang mendesak atau tiada sesiapa yang mampu menolong melainkan Allah. Usaha orang kedua ialah sentiasa diusahakan, apa-apa sahaja keadaan, masa dan tempat. Tawakal sentiasa menjadi sandaran dan pandangan.

Rujukan tawakal ialah pada Allah s.w.t. satu orang yang benar-benar bertawakal, maka hatinya sentiasa melihat pada kekuatan dan kebesaran Allah.

Oleh itu, permulaan bagi tawakal ialah pada satu perkara, iaitu akidah atau tauhid yang benar pada Allah.

 

Martabat kedua selepas tauhid.

Tawakal ini merupakan perjalanan atau usaha seterusnya selepas mencapai tauhid yang benar pada Allah. Dengan kata lain, orang yang bertauhid ialah orang yang yakin benar (atau iman benar) pada Allah. Merasai dan mengakui akan Allah sebagai puncak dan punca segala sesuatu yang berlaku di alam ini. Tiada sesuatu terlepas dari kekuasaan dan pandanganNya.

Manakala tawakal ialah buah kepada tauhid. Setelah tauhid benar, maka tawakal ialah pergerakan atau tindakan pada tauhid tersebut.

Sekiranya tauhid melibatkan seseorang dengan Allah di mana-mana tempat dan keadaan, maka tawakal lebih sukar, iaitu melibatkan seseorang dengan sesuatu keadaan, tetapi keadaan tersebut tiada gambaran Allah atau ketauhidan di tempat tersebut.

Misalnya begini. Tauhid seperti keadaan orang bercakap tentang tauhid ketika di masjid, berjumpa orang soleh atau sedang mengaji bidang tauhid. Tetapi tawakal pula ketika seseorang naik motor seseorang atau bersama rakan, pergi shopping atau library, makan nasi atau mee, tetapi hatinya sentiasa berharap dan melihat pada kewujudan Allah s.w.t.

Pendek cerita, tawakal melibatkan tempat yang tiada punca atau suasana tauhid, tetapi orang tersebut itu tetap bertauhid (meyakini atau beriman kepada Allah) di tempat tersebut.

Kerana itu maqam tawakal lebih tinggi pada tauhid. Sedangkan tauhid ialah permulaan pada maqam tawakal.

 

Untuk mengetahui atau merasai kebenaran akan perkara ini,  maka perlu dan mesti diusahakan. Seseorang yang tidak berusaha, maka dia tidak merasai akan apa-apa yang orang lain usahakan. Dia hanya sekadar tahu, tetapi tidak memahami akan perasaan, nilai dan kesan pada orang yang mengusahakan tersebut.

Wallahua’lam.

 

Kembara ini

Kembara ini membawa daku kepada usaha memahami nilai tawakal ini. Moga Allah s.w.t sentiasa memelihara dan memberikan petunjuk agar daku dan semua berada di tempat yang benar, dipelihara dan dikasihi Ilahi.

 

Setiap perbuatan itu bergantung pada niatnya. Nait yang terbaik akan menghasilkan hasil yang terbaik, khususnya pada diri sendiri walaupun orang lain tidak peduli.

Setiap manusia itu ada kebolehan dan kemampuan yang berbeza. Tiada yang sama, hatta dia seorang kembar dua serupa. Oleh itu, orang yang untung yang menggunakan kebolehannya utnuk manfaat, bukan untuk keseronokan dan sia-sia.

Tetapi, orang yang paling beruntung ialah apabila dia menggunakan kebolehan tersebut untuk agama Allah s.w.t. Dia membajak tanah di dunia dan dapat hasil,  akhirat pun dapat lagi hasil berkali ganda.

Yang penting, niat kena betul, ikhlas kerana Allah. Niat atau hati kena luas, biarpun perbuatan atau tindakan hanya sedikit dilakukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: